Mencari Bunga Di Syurga

Bersaksi Cinta di atas Cinta

Posted by: jannatulwardah on: October 2, 2011

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t

 

Puisi – Saya Cintakan Awak

Kadangkala saya merasakan,
Allah amat baik, kepada saya awak diberikan.
Mencintai awak sahaja sudah satu kebahagiaan,
Apatah lagi apabila cinta berbalasan.

Namun lama kelamaan seram menyelimuti hati,
Tatkala saya meluaskan makna cinta kepada awak.
Terdetik satu masa, hendak selama-lamanya bersama,
Ya, selama-lamanya.
Maka terekstensi sehingga melepasi kematian,
Menyedarkan akan wujudnya dua pengakhiran.
Maka ke manakah kita akan bersama?
Di situ wujud kegerunan.

Maka saya mula memahami cinta,
Kalau benar saya cintakan awak,
Maka saya akan jaga awak dan diri saya dari nerakaNya.
Kalau benar saya cintakan awak,
Saya tidak akan mengajak dan melakukan apa-apa yang menjemput murkaNya.
Sebab, saya hendak bersama awak selama-lamanya.
Mustahil di neraka kita akan bahagia,
Maka syurga jualah tujuan kita.

Saban hari bersabar menahan diri,
Memang kadangkala perasaan inginkan itu dan ini,
Tetapi belum sampai masa,
Sedang sekarang adalah masa mempersiapkan diri.
Biar boleh jadi yang siap membawa awak pergi ke syurgaNya,
Kerana itulah dia makna cinta sejati.

Memang awak,
Memang saya tidak akan mampu menjadi sempurna,
Tetapi biarlah saya tahu sekurang-kurangnya saya telah berusaha semampu daya.
Biar nanti jangan cinta kita hanya sebatas dunia,
Dan di hadapan Allah kita berbalahan,
Kerana menuduh salah satu kita pembawa ke neraka.

Saya cintakan awak sepenuh hati,
Mengharap menjadi yang terbaik untuk awak nanti.
Biar kita bina keluarga yang mampu menjadi saham dunia akhirat,
Di dunia membina ummah Islam yang kuat,
Di akhirat menggapai syurga yang hebat.

Sebab awak amat berharga,
Untuk sekadar saya lempar ke neraka,
Dan mustahil, kalau saya cinta,
Saya membawa awak kepada kemurkaanNya.

~Hilal Asyraf~
2310
011011
Secrets Accoustic,
Irbid,
Jordan

***

Bersaksi cinta di atas cinta. Biar hingga ke taman syurga. :-)

Salam kasih.

Kasih Ibu

Posted by: jannatulwardah on: August 22, 2011

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t.

Abang, tunggu mak di syurga ye!

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

“Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!”

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: “InsyaAllah, abang akan sihat!”

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa harini?” Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!” Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!” Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?”

Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!”

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?”

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

“Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

“Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

Abang pada tahun 2007.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

“Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?”

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

“Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

“Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.”

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!”

Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!”

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang. Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!” Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas… Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: 

“Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana
ya! Di syurga!”
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, , kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

********

Pertama kali saya mendengar kisah ini dari seorang Pakar Motivasi terkenal, iaitu Dr Fadzilah Kamsah dalam sebuah Seminar yang bertajuk ‘Mama, Saya Ok!’. Sebuah seminar yang saya rasa mampu memberikan impak positif terhadap perubahan anak-anak serta ibu bapa dalam menangani masalah rumah tangga. Keluhan anak-anak yang terpendam, juga keluhan ibu bapa yang tidak terluah.

Seluruh dewan seakan-akan sayu. Terasa bergenang air mata insan yang berada di situ.

Dengari, hayati.

Sebuah kisah yang mungkin hanya kenangan, tetapi ini kisah benar yang perlu dijadikan iktibar.

Salam kasih. :-)

Phase 3: Respect Your Limits

Posted by: jannatulwardah on: August 19, 2011

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Ramadhan!

10 hari lagi yang tinggal. Muhasabah amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan, berjayakah menghasilkan taqwa?

Respect Your Limits

Hari ini Allah berikan peluang kepada saya menghadiri satu ceramah berkaitan ‘Balik Kampung Campaign’ yang dianjurkan oleh PETRONAS, khusus untuk staff-staffnya yang majoritinya akan pulang ke kampung hujung minggu hadapan. Sesi ceramah yang mengambil masa selama empat jam, juga diselang-selikan dengan video-video menarik itu benar-benar menarik hati saya. Perasaan lucu yang hadir membuatkan saya sering tertawa bahagia. :-)

Izinkan saya kongsikan sedikit ilmu yang saya dapati di sana. Ceramah yang bertajuk ‘Respect Your Limits’ ini disampaikan oleh seorang lelaki 30-an daripada PLUS. Maaf ye sahabat, saya lupa namanya.. Ada tiga isi penting yang disampaikan.

1. Respect Your Body

2. Respect Your Vehicle

3. Respect the Regulation

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh PLUS, statistik penyebab kemalangan yang telah berlaku adalah disebabkan Human Factor.

Apakah itu Human Factor atau Faktor Kemanusiaan?

Human Factor yang dimaksudkan ialah speeding, sleeping, not focus dan sebagainya. 

Percaya atau tidak, peratusan yang terbesar penyebab kemalangan berlaku adalah speeding. Lebih-lebih lagi di lebuh raya. Kan? :D

Respect Your Body. Maksudnya, sebagai seorang manusia kita sedia tahu kemampuan tubuh kita yang memerlukan rehat. Jadi, pastikan anda mengambil rehat secukupnya sebelum memandu pulang ke kampung. Ingat, anda tidak menjaga nyawa anda sendiri, tetapi nyawa keluarga anda juga. Pastikan juga, anda berhenti rehat sebentar di mana-mana RnR selepas memandu selama dua jam. Hal ini kerana, kajian membuktikan yang manusia yang boleh memberi perhatian dalam pemanduan selama dua jam sahaja. Bak kata encik PLUS.. :-)

Respect Your Vehicle. Pastikan kereta anda dalam keadaan yang selamat untuk pemanduan yang jauh ye sahabat-sahabat. Ambil masa untuk service kereta anda. Kereta juga punya kebajikan untuk kita jaga. Anda lebih tahu itu. Sebabnya saya hanya ada kereta sahabat saya untuk dijaga.

Respect the Regulation. Patuhi peraturan jalan raya. Pakai tali pinggang keledar anda untuk keselamatan diri anda dan keluarga. Patuhi had laju yang telah ditetapkan.

Mungkin ada yang akan kata,

“Kalau nak mati, mati juga kan walaupun kita patuhi semua peraturan?”

Ya, saya tidak menafikan pernyataan itu. Tetapi sebagai manusia yang telah Allah ciptakan, kita punya peranan untuk memelihara nyawa kita dan juga nyawa keluarga kita. Ajal dan maut, hanya Allah yang mengetahui. Tugas kita hanyalah berusaha memelihara apa yang telah Allah beri. 

Respect Alquran’s Guideline

Ada sesuatu yang bermain di benak fikiran saya semasa mendengar butir-butir bicara encik PLUS tadi.

Ia tentang KITA.

Ya, tentang KITA yang bernama MANUSIA.

Yang dibicarakan di atas hanyalah peraturan jalan raya atau panduan yang diperlukan untuk memastikan diri dan keluarga kita selamat sampai ke kampung halaman.

Kali ini, saya ingin berkongsi perkara yang lebih besar. Perkara yang terkadang KITA yang bernama MANUSIA selalu lupa. Lupa tentang PERATURAN hidup yang Allah tetapkan dalam Al-Quran.

Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, (menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (al-Baqarah: 02)

Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) … (al-Baqarah: 185)

Ramai manusia ingin bebas. Tetapi erti kebebasan itu disalah ertikan. Bebas dari segala peraturan yang Allah tetapkan, hingga diri sendiri binasa merana hingga ke akhir usia. Tiada lagi keampunan, bila sakarat tiba dengan munkar di hati masih beraja. Nauzubillah.

Berhibur di kelab malam, menghisap dadah, melakukan seks luar nikah, minum arak dan sebagainya. Percaya atau tidak, ramai remaja berpegang kepada prinsip kebebasan sebegini. Hidup yang sebegini, bebas dari peraturan Allah taala sedangkan Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah, bahawa sesungguhnya al-Quran itu diturunkan untuk membedakan antara yang hak dan yang batil… Juga antara yang buruk dan yang baik.

Hanya kita yang tidak cuba mengambil iktibar.Cuma kita yang tidak mahu mencari.

Jangan Jadi Hamba Akal

Saya teringat satu sesi Kuliah Zuhur yang saya hadiri di Surau Al-Muhsinin baru-baru ini, oleh Ustaz Yusaini Yahya…

‘Buat ibadah dengan penghayatan, bukan kefahaman..”

Saya yang baru sahaja tiba di situ, agak terpinga-pinga… Dalam hati saya sedikit ragu,

“Yeke ustaz ni? Bukan dengan kefahaman dulu ke baru timbul ikhlas dan penghayatan..?”

Seperti mengetahui apa yang tersirat dalam hati saya, ustaz menyambung bicaranya,

‘Ketika zaman Rasulullah s.a.w, ada dua golongan manusia.. Satu golongan yang tidak mahu menerima Al-Quran, satu lagi golongan yang benar-benar beriman dengan al-Quran..’

‘Golongan yang tidak mahu menerima al-Quran ini, kita boleh lihat dalam diri Abu Jahal. Seorang manusia yang berbangsa Arab, memahami maksud al-Quran tetapi tidak mahu menerima isi yang terkandung dalam al-Quran..’

‘Agaknya kenapa ya?’

‘Sebabnya, akal Abu Jahal yang tidak boleh menerima al-Quran.. Jangan jadi hamba kepada akal, jadi hamba Allah. Hamba Allah menerima sesuatu perkara yang terkandung dalam al-Quran dengan IMAN.’

‘Lihat sahaja Abu Bakar as-Siddiq. Bagaimana beliau boleh mempercayai perkara yang tidak masuk dek akal sekalipun? Bagaimana ia boleh mempercayai peristiwa Isra’ dan Mi’raj, yang bilamana perkara ini disampaikan kepada orang Quraish Mekah.. Mereka mengatakan Muhammad seorang yang gila?’

‘Ini kerana ia menerima dengan IMAN kepada Allah, IMAN kepada Rasulullah s.a.w.’

Satu lagi contoh yang disebutkan oleh Ustaz Yusaini dalam Kuliahnya.. Bagaimana tahap iman masyarakat Islam yang baru menerima Islam pada masa itu, pada saat perintah hijab diturunkan kepada muslimat..

Keadaan muslimat pada masa itu tatkala mendengar ayat (surah al-ahzab) perintah hijab diturunkan, mereka segera pulang.. Menutupi aurat mereka dengan apa-apa jua jenis kain yang ada. Yelah, dulu mana ada tudung yang cantik molek seperti apa yang kita ada sekarang. Lihat, tanpa banyak soal mereka menerima dengan IMAN yang mereka ada terhadap Allah s.w.t.

Namun, saya tidak menafikan kepentingan kefahaman. Kefahaman itu penting dalam menjamin keistiqamahan. Dengan kefahaman kita semakin mantap dengan apa yang kita lakukan.

Analoginya sama seperti anak-anak kecil yang disuruh untuk solat. Padahal, ia tidak tahu menahu mengapa perlu berbuat demikian? Sama seperti kita dahulu.. Tetapi, kita manusia yang diberikan pertimbangan pada fitrahnya. Semakin menginjak usia kita, sepatutnya langkah perlu kita majukan kehadapan untuk memahami Islam secara menyeluruh. Iman semakin mantap, dan kita semakin tahu atas sebab apa kita wujud di atas muka bumi.

Jadi, pastikan kita semua menjadi orang-orang yang beriman.. Mencari ilmu untuk iman.

Jadilah hamba Allah, bukan hamba akal. Bila akal tidak dapat menerima, biarlah iman dalam dada yang menguruskannya.

Sebab itulah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda..

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.”

Punca Segala

“Jadi pemandu teksi ni, kadang-kadang menguji dik. Besar ujian..”

Tak semena-mena pak cik teksi ini memulakan topik bicara yang baru setelah panjang lebar bercerita tentang keluarganya. 

‘Err, kenapa pak cik?’

‘Bukan pak cik nak tengok, taknak tengok.. Tapi kalau dah pakai pakaian entah apa-apa, susah nak elak dik. Syaitan ni dok kata kat pak cik.. “Tengoklah, tengoklah..”‘

‘Erm, ramai ke anak-anak muda remaja malam-malam buta pak cik.. yang mabuk dan sebagainya?’

‘Majoriti orang Melayu dik..’

Waktu itu saya dalam perjalanan ke Kota Damansara, menghadiri majlis buka puasa bersama-sama rakan-rakan seperjuangan saya.

‘Diorang ada sembang-sembang dengan pak cik?’

‘Ada, diorang ni kadang-kadang sunyi kat umah. Mak ayah sibuk berbusiness, pergi outstation sana sini.. anak-anak ditinggalkan.. kurang kasih sayang..’

Benar. Ramai ibu bapa yang tidak sedar, kasih sayang tidak boleh didapati dengan wang semata-mata. 

Pokok asasnya adalah dari keluarga. Pendidikan keluarga. Sejauh mana usaha ibu bapa untuk membentuk anak-anak dengan penghayatan Islam.

Ramadhan Phase 3

Akhir kata, selamat mengejar lailatul qadar sahabat2.

Semoga kita istiqamah dan diampunkan dosa-dosa oleh Allah s.w.t.

Semoga berkat dan bermanfaat apa jua yang tertulis di sini.

Salam kasih. :-)

Assalamualaikum w.b.t.

Menanti Saat Bertemu

Amalan hari ini..?

Zikrullah

About Me..

Wardah solehah..
Mengharap kasih suci, mendamba cinta Ilahi, agar diri ini terbimbing menjadi insan yang diredhai..InsyaAllah.

Maratib Amal

Permata

Baitul Muslim

Ahlan wa Sahlan

  • 25,817 hits
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.