Puisi buat wanita..

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Semoga bermanfaat.. :)

Wahai kakakku
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
Asyik berteman tangisan dan sendu sahaja

Wahai adikku
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
Tetapi di situlah wahai adikku
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
Menjadi ‘izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya
Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun

Duhai adikku
Lembut wanita bukan lemah
Tetapi senjata

Namun wahai kakakku
Wanita itu fitnah dunia

Pernahkah adikku dengar
Pesanan Ilahi pada hambaNYA?
‘Wahai lelaki2 yang beriman
Tundukkanlah pandanganmu & tutupkanlah auratmu’

Pada siapakah dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar ar-rijal
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak akan mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada
dirinya

& tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita
Agar memelihara auratnya
Kerana di situlah kehormatannya
Bukan fitnah semata2
Jikalau ar rijal & an nisa sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu

Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu
Lebih baik dari ribuan lalaki yang soleh

Tetapi kakakku
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu

Wahai adikku sayang
Al Haya’ (sifat malu)
Ada dalam diri setiap insan
Wujudnya seiring dengan nafas insani
& al haya’ itulah pakaian iman
Pada diri wanita itu,indah al haya’ sebagai pembenteng diri

Namun
Bila mana al haya’ itu lebur
Imannya runtuh
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

Namun adikku
Wanita solehah itu pasti melindungi diri meraka
Dari perbuatan murahan itu

Wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
Pandai2lah engkau menilai
Antara permata & debu2 kilauan pasir

Wahai adikku
Janganlah adik gusar
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
& janganlah engkau sekali2 merendahkan diirmu
Menggugurkan diri..menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tiggi mertabatmu..

p/s Jadi sahabat2 yg dikasihi kerana Allah, jangan biarkan dirimu gusar. Allah pasti menetapkan yang terbaik..andai bukan sekarang, percayalah janji Allah itu pasti..menantimu di hadapan. InsyaAllah, Allah kan dah kata, yang terbaik hanya untuk yang terbaik..so, jadilah yang terbaik. :)

~Salam Kasih~

About these ads

3 thoughts on “Puisi buat wanita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: