Posted by: jannatulwardah on: October 18, 2010
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Hari ini, tanggal 10 Dzulkaedah 1431 Hijrah bersamaan 18 Oktober, genap usia ke 20 seorang sahabat saya, Siti Hajar Najwa Binti Ramli. Tika ini, saya sangat merindui dia.. (ceh3.. ). Rasa kasih dan sayang menyelubungi segenap hati, mungkin ini yang dinamakan ukhuwah kerana Allah..indahnya persahabatan tidak dapat diungkap dengan kata-kata, dek ia kemas tersimpan di dalam hati yang Allah redhai.. insyaAllah..
Untuk Najwa Yang Tersayang..
Ziha doakan wa sentiasa Allah lindungi,
Gunakan umurmu sebaik2nya,
Lengkapkan ia dengan iman dan cinta kasih terhadap Allah s.w.t..
Kerana itulah cinta yang sebenar-benarnya.
Kudoakan jua agar dirimu tetap tabah dan kuat,
Menghadapi segala mehnah dan cabaran mendatang.
Semoga dirimu Allah jadikan seindah2 peribadi wanita,
seperti serikandi-serikandi Islam semulia Khadijah, Aishah dan Fatimah.
Semoga dirimu menjadi bidadari secantik Ainul Mardhiah,
Menghiasi dunia dan taman syurgawi yang hakiki.

Sahabat-sahabat tersayang
Untuk sahabat saya yang lainnya, ukhuwah fillah abadan abada.. Semoga Allah redhai persahabatan kita semua. Saya sertakan puisi buat kalian yang saya kasihi dan sayangi kerana Allah s.w.t.. InsyaAllah.
UKHUWAH yang terbina bersama..
takkan pernah untuk di lupa..
tak terlintas untuk dibiarkan begitu saja..
malah,
tak sanggup untuk membiarkan ianya menyepi walaupun hanya seketika..
di dalamnya ada gelak ketawa..
penuh dengan gurauan senda..
terselit juga sedih duka..
namun,
semua itu takkan mampu untuk kita ulangi kembali..
semua yang berlalu,
biarkan saja ia berlalu pergi..
tapi,
sentiasalah sematkan ukhuwah itu dihati..
doa tak putus² sesama diri..
peringatan demi peringatan sentiasa diberi..
kerana kita berukhuwah bukan kerana duniawi..
tapi kerana ukhrawi..
yang kita sandarkan semuanya pada Illahi..
Salam kasih..
October 18, 2010 at 6:31 pm
Assalamualaikum…
kehadapan ziha yg dsayangi krana Allah,trime ksih krana hadir dlam hdup ini sbg seorang shaabat yg selalu mngingatkan diri ini pda hebatnya Allah krana tlah menciptakan kasih sayang sesame muslim…
syukran untuk ingatan,ucapan dan doa…moga ziha sntiasa dberkati dan drahmati Allah…
<3 ziha…
p/s:post ini sungguh comel,terharu..=)
October 18, 2010 at 11:32 pm
waalaikumsalam..
najwa sayang, terima kasih ye..
ziha sgt syg wa..xtahu nape.. mgkin sbb wa yg plg memahami ziha..
terima kasih wa atas perhatian wa terhadap ziha dan yg lain..
semoga kita teguh dlm jalan perjuangan bersama2.. insyaAllah.
doakanlah shbatmu ini..