Pena Seorang Nisa’

Assalamualaikum w.b.t..

Pertama-tamanya, seinfiniti lafaz kesyukuran ditujukan kepada Tuhan sekalian alam, Yang Menciptakan sesuatu tanpa ada kecacatan padanya, Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana. Ucapan salam dan selawat buat junjungan besar Muhammad Ibn Abdullah, penghulu sekalian nabi yang memberikan syafaat kepada umatnya di akhirat kelak bilamana seluruh makhluk yang lain hanya mampu mendoakan keselamatan dirinya sendiri. Seterusnya para sahabat, tabi’, tabi’ tabi’in, syuhada, ulama’ dan generasi pewaris perjuangan menegakkan kalimah tauhid لا اله الا الله di atas muka bumi ini.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan hidayahNya telah memberi saya peluang untuk melahirkan blog saya sendiri. Pada 21 Ramadhan ini, rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan “Selamat Menyambut Ramadhan Karim” kepada sahabat dan sahabiah sekalian. Semoga keimanan kita lebih jitu dan utuh untuk menjadi benteng persediaan menghadapi nikmat ujian dan nikmat musibah di masa akan datang. Perbaharuilah iman dan gapailah taqwa..semoga Ramadhan kali ini, kita semuanya tidak menjadi orang-orang yang kerugian. InsyaAllah.🙂

wardahsolehah

Dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13.. Allah s.w.t. telah berfirman :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

Tujuan sebenar blog ini dilahirkan adalah, untuk sedikit sebanyak berkongsi rasa dan ilmu yang tidaklah banyak pada diri saya. Namun, ilmu yang sedikit itu bila tidak disalurkan akan menjadi seperti air yang hanya berada di dalam cawan. Hanya sekadar disimpan dan lama-kelamaan, boleh jadi air itu tumpah lantas menjadi sesuatu yang akhirnya sia-sia.

Malah, Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda..

“Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat.”

Jadi, saya ingin mengambil inisiatif ini kerana kadangkala kita sendiri tidak mampu menegur kesalahan yang berlaku hanya di depan mata. Atas dasar kasih antara umat Islam yang bersaudara, saya juga ingin menggunakan blog ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan segala nasihat yang mampu saya berikan, kerana saya juga manusia yang realitinya tidak sekuat mana. Saya hanyalah hamba yang hina dan lemah. Masih juga menumpang kasih Allah yang memberi nafas setiap detik, dan mengalirkan darah saya mengikut salurannya. Allahu Akbar.

Oleh kerana itu, saya juga ingin membantu meringankan kesusahan sesiapa sahaja, walaupun hakikatnya saya tidak mampu berbuat demikian secara sendirian. Namun, saya percaya bahawa Allah bersama saya dan saya punya sahabat-sahabat yang Allah kurniakan di sisi saya.. Alhamdulillah.

Yang saya harapkan adalah, sahabat dan sahabiah semua akan mendapat manfaat dari blog saya selepas ini.

wardahsolehahSebelum saya terlupa..

Mengapa ye blog ini dinamakan “mencari bunga di syurga”..? InsyaAllah, nama ini tidaklah dirancang sebenarnya. Hanya kerana Allah memberi ilham pada saat akhir dan pasti ada hikmah dalam setiap ketetapanNya.. Setiap dari kita akan mencari bunga di syurga nanti..? Percaya atau tidak..?

Bunga yang saya maksudkan adalah melambangkan keindahan syurga (jgnla sebarkan syurga mcam bunga plak..salah tu)..tetapi yang pasti syurga memang tidak akan dapat di bayangkan oleh akal. Apa yang ingin saya sampaikan adalah, marilah kita mencari kebahagiaan yang hakiki dan abadi iaitu syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Kerana dunia ini adalah sekadar tempat persinggahan. Kita hanyalah ibarat seorang musafir yang perlu menempuh satu perjalanan jauh semata-mata kerana ingin mencapai satu matlamat, satu visi yang abadi iaitu bertemu Allah s.w.t. yang menciptakan kita semuanya. InsyaAllah.

Oh ye..bunga juga ditujukan buat Muslimah yang dikasihi kerana Allah sekalian. Bahawa wanita itu cukup indah kejadiannya, dianalogikan dengan sekuntum bunga mawar yang indah dipandangan mata. Tetapi sayang, apabila durinya tiada untuk melindungi, jadilah ia sekuntum mawar yang tidak berharga.. Sewenang-wenangnya didekati sang kumbang yang hanya mengambil kesempatan semata..

Oleh itu, sahabiah-sahabiah sekalian.. Jadilah kalian dan diri saya sendiri seperti sekuntum mawar yang berduri, indah tetapi tahu untuk membatasi dengan syariat yang pastinya akan memelihara fitrah insani.

Dunia itu perhiasan, dan seindah-indah hiasan adalah wanita yang solehah..

Muslimin pun jangan lupa ya..tanggungjawab kalian untuk membimbing kami..

“Ar-Rijalu Qawwamuna ‘ala An-Nisa”

(maaf ye, terselit sedikit tajuk ni. xde kaitan pun sebenarnye)

Semoga kita semua menjadi insan soleh solehah yang diberkati Allah..

Akhir kalam, yang baik itu datangnya dr Allah..dan yang tidak baik itu datangnya atas kelemahan diri saya sendiri. Ampun dan maaf, sekiranya ada insan2 yang terguris hati dengan apa yang disampaikan..

InsyaAllah, selamat bertemu kembali..

Salam kasih..🙂

7 thoughts on “Pena Seorang Nisa’

  1. assalamualaikum

    tahniah ukht sebab berjaye mengadakan blog sendiri
    semoga blog ukht ni menjadi gedung ilmu dan dapat menambah iman setiap pembacanya….

    teruskan usha untuk menyampaikan ilmu kpd masyarakt sekeliling…semaoga allah sentiasa merahmati ukht dan blog ukht khususnya..

  2. Alhamdulillah berkat hasil usaha awk belajar berblog dpt jugak awk meluahkan perkongsian yg mai percaya awk mmg suka berkongsi..semoga awk bahagia dgn blog yg insyaAllah bermanfaat buat semua..truskn usaha ziha~ (^__^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: