Seni Menikmati Ujian..

Assalamualaikum w.b.t ditujukan buat sahabat dan sahabiah yang insyaAllah dikasihi dan diredhai oleh Allah s.w.t.. Semoga kalian semua berada dalam naungan kasih sayang Tuhan pada hamba-hambanya. InsyaAllah.

wardahsolehah

Yang ingin saya sampaikan pada hari ini, bukanlah tentang solat. (gambar xde kaitan)..Tetapi yang sebenar-benarnya adalah tentang “Seni Menikmati Ujian”. Nampak macam menarik..ujian pun ada seni ke..? InsyaAllah, pasti ada seninya.. Hanya kita sahaja yang merasakan tidak perlu untuk mengetahui semua itu. Hanya kita sahaja yang kadangkala, menganggap ujian itu satu penderitaan, satu beban yang tertimpa dalam hidup kita hinggakan tidak pernah sekali pun merasakan bahawa, ujian itu satu nikmat kehidupan. Juga tanda kasih sayang Tuhan Yang Rahman.

Manusia, insani, hamba atau apa-apa jua gelarannya pasti tidak akan sedikit pun lari dari ketidaksenangan, kepayahan, musibah atau ujian. Kerana itulah fitrahnya kehidupan di dunia.  Allah s.w.t juga telah berfirman dalam surah al-Balad:

“Sesungguhnya, Allah telah menciptakan manusia itu berada dalam keadaan susah payah.”

Seperti ikan di lautan, yang seluruh tubuhnya tenggelam di dalam air..begitu juga manusia yang telah Allah ciptakan hanya dengan satu tujuan,  satu matlamat..yang solatnya, ibadahnya, hidup dan matinya hanya ditujukan buat Allah yang Esa, Rabb sekalian alam. Manusia yang akan sentiasa tenggelam, larut dalam segala kepayahan yang Allah kurniakan.. tetapi, tidak pula bermaksud untuk membuat kita menderita kerana Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286 :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”

Lihatlah sahabatku, begitu cintanya Allah pada kita sehinggakan Dia yang Maha Kuasa tidak sanggup membebani kita dengan kepayahan dan kesusahan yang kita sendiri tidak mampu untuk menanggungnya. Padahal, jika itu kehendakNya..Dia hanya perlu berkata, “Kun Fayakun”. Maka, nikmat Tuhan yang manakah ingin kamu dustakan..?

Saya juga bukanlah seorang insan yang dapat lari daripada semua ini. Kerana saya hanya insan biasa yang masih bergantung, menumpang kasih sayang Allah yang setiap detik memberi saya udara dan mengalirkan darah saya ke saliran yang tepat. Namun, disebalik ujian itu terselit sebuah rasa yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tetapi melalui sebuah rasa iaitu bahagia.

Ya, ujian adalah satu kebahagiaan. Mengapa..? Kerana Allah memberi ujian kerana ingin menguji keimanan kita, untuk dinaikkan lagi tingkatan darjat di sisi Allah jika kita menempuhi dengan sabar.. “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk (yaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali padaNya.”

Bersabar dan tabahlah dalam setiap musibah, dan ketahuilah bahawa manusia itu tidak kekal, sabarlah sebagaimana sabarnya orang-orang yang mulia, kerana ia hanyalah giliran yang menimpamu di hari ini dan hilang di esok hari. Jika musibah yang menyedihkan menimpamu, maka ingatlah musibah yang menimpa Nabi Muhammad s.a.w..

Sahabatku, ingatlah… Bila mana kita ditimpa musibah, itu tanda bahawa Allah sayang dan kasih pada kita kerana Dia masih memberi peluang kepada kita untuk menangis, merintih padaNya yang Esa. Kerana Dia juga masih memberi peluang kepada kita untuk meningkatkan tahap keimanan padaNya.  Hakikatnya, Allah merindukan rintihan hamba-hambaNya.

Seringkali kita terlupa bahawa.. Kehidupan ini adalah satu ujian kerana dunia, bumi yang kita pijak, langit yang berdiri teguh tanpa tiang ini adalah kurniaan sementara yang Allah kurniakan buat kita semuanya. Kehidupan ini ibarat satu tempat persinggahan,  didalamnya tiada satu pun yang kita miliki. Kita ibarat musafir yang hina, tidak punya apa-apa. Sedarkah kita..?

Tidakkah kita ingat bahawa..

“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (Ali-Imran:185)

Maka, jadilah kita seorang hamba yang patuh terhadap ketentuan Tuhannya. Merasa hina hidup di dunia yang fana kerana hakikatnya tujuan kita hanyalah menuju Allah Maha Pencipta. Jika ditimpa musibah, katakanlah.. “Inna lillahi wa inna ilahi raji’un”. Jika satu hari nanti kita meras lemah tak bermaya, sesungguhnya Allah telah menyampaikan keindahan kata-kataNya.. “Dan janganlah kamu merasa lemah dan bersedih hati, sesungguhnya kamula orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman.” (Ali-Imran:139).

Tadabbur ayat-ayat cintaNya. Percayalah, kamu akan merasakan seperti Allah berbicara ketika kamu kesedihan kerana hakikat penciptaan Al-Alquran adalah demi kecintaan Dia kepada kita. Subhanallah.

Akhir kalam,

“Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usahamu yang seperti sia-sia.. Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa.. yakinlah pada Allah. Dia lebih tahu dirimu..”

Put your trust in Allah. He will always be beside of you..🙂

~Ampun dan maaf dipinta, jika ada silap dan cela. Kerana saya hanyalah seorang hamba yang tidak sempurna, sering melakukan kesalahan yang tidak dipinta. Selamat bertemu kembali.. !~

7 thoughts on “Seni Menikmati Ujian..

  1. insyaAllah..ujian itu satu bahagia buat org2 beriman..

    tp dgn bersenjatakan SABAR..hehe..

    post yg menarik dan boleh menjadi panduan buat hamba Allah yg

    sedang atau bakal diuji Allah~ bersabar lah…

  2. assalamualaikum wrm wbt,

    alhamdulillah, semoga kita semua akan menjadi sabar dan ikhlas untuk menempuhi ujian drpd Allah swt. InsyALlah, semua kesusahan itu, pasti akan berlalu, namun, cara untuk kita hadapinya yang membezakan orang yang bertaqwa, sabar mahupun jahil…
    🙂

    • Waalaikumsalam..
      InsyaAllah.. “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu.” Az-zariyat:56
      Jazakillah ukhti, sgl kebaikan ukhti hanya Allah mampu membalasnya.🙂

  3. Salam.. Ni nak tegur sikit kpd penulisnya. Jgnlah gunakan perkataan “Sang” selepas mahupun sebelum nama Allah seperti yg ada dlm artikal di atas, iaitu ” Allah Sang Maha Pencipta”. Sebab bagi saya perkataan “sang” hanya layak buat makhluknya sahaja. Tidak molek jika dibuat begitu dgn nama Allah sedangkan Allah itu yg Maha Agung. Eloklah saja dibuat Allah Maha Pencipta.

    Saya harap penulis tak tersinggung dgn teguran saya..Assalamualaikum wbt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: