Luahan hati Adam

Assalamualaikum w.b.t

Coretan ini saya edit daripada blog seorang sahabat Muslimin. Yang baik kita jadikan panduan.. Yang kurang baik kita jadikan sempadan.

wardah solehah

Salam..Selepas seminggu baru ana berkesempatan menulis tentang tajuk blog ana ni. Sebenarnya tajuk blog ni merupakan pertanyaan dari seorang sahabat ana. Kenapa buat blog yang banyak pasal muslimah sedangkan ana ni lelaki? Ada yang kata ana ni seolah-olah nak menarik para muslimah ke blog ni untuk ana berkenalan dan macam-macam lagilah. Tapi tu semua tak penting, lagipun ana ada calon dah pun. Tak kisah langsung. Tetapi kalau betul anda ikhlas dengan diri anda tak perlulah anda lihat kepada jantina ana yang lelaki ni…

Jadi untuk pertanyaan tadi jawapannya mudah sahaja, kerana kebimbangan ana melihat kaum wanita pada hari ini. Cuba kita lihat kebanyakan wanita pada hari ini? Berapa banyak yang melakukan zina, berapa banyak yang mengandung anak luar nikah, yang menggugurkan anak luar nikah dan banyak lagi. Bukanlah ana hendak salahkan kaum wanita ni 100% tetapi ambillah apa yang ana tulis ni sebagai renungan.

Sebenarnya tidak akan ada seorang lelaki yang akan melontarkan senyumannya kepada anda, berbicara lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal. Sesudah itu anda berdua bersama-sama berasrama, menikmati kelazatan yang hanya sebentar dan akhirnya berzina tanpa ada hubungan yang sah.

Tetapi sesudah itu apa yang kita lihat pada hari ini. Lelaki ini akan lupakan anda dan pergi meninggalkan anda. Dan anda, akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya. Lelaki ini akan pergi dengan diam-diam dan dengan keras untuk meninggalkan anda, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, anda perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal dan semakin membesar di perut anda. Anda sedih dan muram, bingung dan gelisah.

Anda harus ingat, lelaki yang membesarkan perut anda takkan dihukum oleh masyarakat tetapi anda akan terus dihukum dan dipandang serong oleh masyarakat selama-lamanya. Percayalah wahai para wanita sekalian, beranikanlah diri anda untuk menolak cinta dari lelaki kerana lelaki yang baik dan soleh akan datang kepada anda dengan tujuan yang baik.

Ana lihat pada hari ini ramai wanita yang tewas dengan pujuk rayu, rupa paras dan harta lelaki ini tadi. Jika ini yang dijadikan ukuran anda takkan bahagia selama-lamanya. Percayalah cakap ana. .

Memetik kata-kata Ali Thantawi..

Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab. Bohong! Bohong! Bohong! Demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Sebagai lelaki ana mengaku, apa yang dikatakan itu memang benar. Andai anda mendengar perbualan diantara lelaki-lelaki yang fasik ini barulah anda akan tahu. Mereka hanya bercerita tentang kecantikan anda, luaran dan dalaman. Bahaya betul pengakuan ana ni tapi inilah hakikat dalam kehidupan lelaki yang fasik ini tadi.

Ana juga ingin mengingatkan, lelaki yang fasik menginginkan sesuatu yang amat berharga iaitu maruah dan harga diri anda. Lelaki takkan berani untuk melakukan dan memulakan terus tetapi mereka akan memberi isyarat awal dengan pujuk rayu dan sebagainya.

Sebagai contoh, lelaki ini berkata ingin mencium anda. Mereka mungkin akan berkata dengan nada yang bergurau tetapi dalam hatinya penuh dengan pengharapan agar anda merelakan lelaki ini mencium anda. Sekiranya anda muslimah yang berakhlak dan terhormat, tolaklah pujuk rayu mereka ini dengan sekeras-kerasnya. Jika anda tewas sekali, anda akan terus tewas selama-lamanya sehinggalah anda menyesal yang teramat sangat suatu hari nanti.

Jika dosa lelaki itu kerana zina, tetapi anda mungkin akan lebih lagi. Dosa anda berganda dari berzina, hamil seterusnya membunuh pula anak yang anda kandungkan itu. Cuba kita lihat pembunuh dari kalangan penzina pada hari ini. Bermacam-macam cara dan bermacam-macam jenis. Bila keluar sahaja dari perut, ada yang tinggalkan di surau dan masjid-masjid. Ada yang bunuh lalu diberi makan kepada anjing, ada yang dibuang ketika bayi itu masih bernyawa, ada yang lahir sahaja disumbat dalam mangkuk tandas dan ada yang kejam diblendernya jadi hancur dan berkecai. Semuanya ini bagi menutup kesalahan mereka di dunia. Berkali-kali ganda dosa yang anda dapat berbanding lelaki. Kerana itulah Allah swt menyebut wanita lebih senang untuk masuk ke syurga dan senang juga untuk masuk neraka.

Begitu juga dengan aurat anda, jagalah sebaiknya. Dosa wanita yang mendedahkan aurat juga lebih banyak dari lelaki yang mendedahkan aurat. Betul tak..? hmm, tak perlulah ana terangkan dengan mendalam kerana ana pernah banyak kali menulis tentang aurat sebelum ini. Hanya untuk mengingatkan anda semua.

Pintu pemulihan ada di hadapan anda. Kunci pintu ada di tangan anda. Jika anda meyakini dan anda berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Anda benar, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah dan memulakan bicara, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaan anda dan tanpa kelunakan sikap anda, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Andalah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Anda berkata kepada pencuri: “Silakan masuk” Dan setelah anda dicuri dan dirompak barulah anda sedar. Ketika itu barulah anda berteriak…. “Tolong…. Tolong….. aku dicuri, aku dirompak”.

Seandainya anda tahu bahawa lelaki itu serigala dan anda ialah kambing, pasti anda akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya anda sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti anda akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kaya dan kedekut terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar dari daging kambing, dan bagi anda lebih buruk daripada kematian kambing itu dan nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Cuba kita baca artikel yang ana ambil dari sebuah akhbar ni…….

KUALA LUMPUR – Hidup seorang gadis, Anis, 23, (bukan nama sebenar) pada mulanya cukup sempurna dengan mendapat pendidikan yang tinggi sehingga ke peringkat sarjana serta mempunyai ibu bapa yang amat menyayangi.

Segala kehendak gadis itu dituruti oleh ibu bapanya termasuk dibelikan komputer riba sehingga kasih sayang kepada Anis melebihi daripada sembilan adik-beradiknya yang lain.

Namun, kebahagiaan yang dikecapi Anis tidak berpanjangan apabila berlakunya peristiwa hitam dirinya dinodai teman lelaki pada Oktober tahun lalu sehingga menyebabkan dia melahirkan anak luar nikah bulan lalu.

“Sejak itu saya seperti dibuang oleh keluarga, mereka masih tidak dapat terima kenyataan saya buat perkara terkutuk ini (melahirkan anak luar nikah),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika mengimbas kembali masa lalu, selain melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, Anis berkata, dia menerima pendidikan agama Islam yang cukup.

Bagaimanapun, kerana cinta terhadap teman lelaki yang dihalang oleh keluarganya, Anis akhirnya termakan pujuk teman lelaki yang secara sengaja mahu menodainya bagi membolehkan Anis menjadi miliknya.

“Selepas usia kandungan tujuh bulan baru saya beritahu ibu. Dia terus terdiam kaku tidak percaya anak yang paling disayangi sanggup memalukan keluarga,” katanya.


Cuba kita lihat kisah Anis ini..
Anis yang menerima pendidikan agama yang cukup akhirnya termakan juga dengan pujuk rayu lelaki ini tadi dengan alasan lelaki ini supaya Anis menjadi miliknya setelah cinta mereka dihalang. Akhirnya dia mengandungkan anak yang haram dan memberitahu ibunya. Seterusnya dia dipinggirkan oleh keluarga dia sendiri kerana keluarga Anis tidak percaya anak yang sangat disayangi dan dipercayai akhirnya memalukan keluarga sendiri. Jadi betullah apa yang ana cerita sebelum ini bahawa lelaki takkan dihukum masyarakat tetapi wanita, akan terus dipandang hina oleh masyarakat termasuklah keluarga sendiri. Lelaki yang fasik ini pula terus meninggalkan Anis tanpa sebarang kata. Betul bukan apa yang ana tulis dan beritahu tadi..?
Jadi sudah terbukti apa yang ana cakapkan tadi. Banyak lagi artikel yang ana jumpa lebih kurang sama dengan cerita dan artikel yang ana ambil ni. Jadi fikir-fikirkanlah. Adakah anda mahu menjadi wanita biasa yang mudah ditawan kegadisannya atau muslimah yang berani untuk mencegah kemungkaran dan menegakkan hukum tuhan. Jadi para wanita dan muslimah sekalian, itulah nasihat yang hak dan benar. Mudah-mudahan anda mahu mendengar. Bukan di tangan kami kaum lelaki, hanya di tangan anda kunci pintu kebaikan. Sekiranya anda mahu memperbaiki diri, maka pasti seluruh ummat akan menjadi baik. Dan ingat juga, apa yang ana nukilkan di sini adalah berdasarkan pengalaman ana sendiri, juga peringatan untuk anda. Oleh itu, percaya dan cegahlah kemungkaran yang ada. Insyaallah anda akan selamat dunia dan akhirat…Tamat..


Selesai membaca artikel ini, ada satu perkara yang saya fikirkan..
Bukan tiada baiknya artikel ini, namun bukankah lelaki itu pembimbing para wanita. Arrijalu qawwamuna ‘ala an-nisa.. Tidak cukupkah dengan ibadah puasa yang Allah tetapkan untuk melawan nafsu terhadap wanita..? Usahlah begitu lemah wahai Adam..!!! Kerana dirimu pembimbing kami. Saya tidaklah begitu faham tentang  Muslimin tetapi lawanlah nafsu itu. Saya sedia maklum banyak cabaran dan godaan yang dihadapi. Maka, perangilah!!! Kerana bila tiba saatnya, pasti akan ada yang terbaik untuk dirimu wahai pemuda pewaris agama, insan yang akan menjadi sayap kiri yang berperibadi, membantumu ketika susah dan senang serta menjadi penemanmu di syurga kelak. InsyaAllah.

wardah solehah

Buat saudariku tercinta..

Jagalah akhlakmu, peliharalah anugerah itu..kerana dirimu adalah perhiasan dan seindah-indah hiasan adalah wanita yang solehah.. Hiasi dirimu dengan sifat malu, sucikan hatimu dengan takwa padaNya.. InsyaAllah, dirimu adalah bidadari cerminan Ainul Mardhiah..

Buat Adam dan Hawa..

Saya tidak akan menudingkan jari-jemari saya pada sesiapa kerana saya juga seorang hamba yang lemah. Hanya seorang manusia yang menumpang kasih Allah di muka bumi. Maka, atas dasar kasih dan cinta saya sebagai seorang saudara.. Saya ingin memperingati diri saya sendiri dan sahabat-sahabat, jagalah dirimu, akhlakmu,  batas-batasmu dan jagalah Allah. Kerana Dia lah yang sentiasa melihat dirimu.. Melawan fitrah itu memang payah, justeru peliharalah ia supaya fitrah itu tetap  terletak ditempatnya yang hak..

Akhir kata, setiap dari kita ada peranan masing-masing. Jadi, tidak perlu menyalahkan sesiapa pun. Lihatlah diri kita sendiri..sudah cukup sempurnakah untuk menuding jari..?

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.~(An-Nur:30-31)

Wallahua’alam

Salam kasih..

4 thoughts on “Luahan hati Adam

  1. subhanaAllah..cantik sekali ciptaanNya sahabat..

    jgn dikesal hari dan sejarah hitam yg lalu yer syg kerana dugaan dan kesedihan yg lps lah yg mnjadikan kte kuat dan sabar pd hari ni..(^___^)

    alhamdulillah..mai gembira bila membca blog awk. kerana awk bukan seorang yg suka meluahkan perasaan ( bukan seperti mai). moga kebahagian kte dan kesedihan dpt dikongsi bersama.

    org yg beriman itu akan sabar bila diduga..amin~

  2. Assalamualaikum..syukran ya ukhti, kenangan itu yg membuat ziha bahagia sekarang.subhanallah. Ketetapannya usah diragui.. kerana diri ziha yg lemah ni, terlalu mudah utk berasa tewas.. Moga Allah memelihara kite semua..amin. Jazakillah.

    ~hm..mai salah post comment ni, supposely comment artikel atas tu kan…? tp xpe, i appreciate that..~

  3. salam kak ziha..
    post yg ni membuatkan sy sedar balik akn tanggungjwab kte sbgi muslimah.. ~_~.. terima kasih kak ingtkan kami semua agar lebih tegar mghadapi dunia ni.. sesungguhnya bukan mudah utk mghadapi dunia yg penuh dgn cabaran ni trutama adik kak sorg ni.. huhhuhhhh.. tolong bimbing sy ek kak, andai sy tersilap langkah… sy perlukan bimbingan kak… huhu.. syukran..
    dan post kak yg kt atas tu, sy nk wish smoga lebih tegar.. sy pun penah merasainya.. sungguh Allah itu Maha Hebat!!! pasti ada hikmah disetiao kejadian yg ditetapkan Nya..🙂

    • waalaikumsalam..
      syukran adikku yg disayangi krn Allah. InsyaAllah, moge kite semua sedar bhw apa yg Allah kurniakan adalah utk dipelihara bukan utk dicarik2 kesuciannya. Akak doakan roisah fadhilah yg diciptakan Allah ini, menjadi wanita solehah yg akhirnya dikurniakan buat seorg insan soleh..insyaAllah, moga deyla istiqamah di jalan Allah..jgn sekali2 mengalah ye.🙂
      jazakillah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: