Merekalah permata..

Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhuwah fillah buat sahabat sahabiah yang dikasihi sekalian.. Semoga sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur menikmati segala nikmat Penciptanya..Amin.

wardah solehah

Sebagaimana manusia lain, saya juga dikurniakan oleh Allah dengan sebuah keluarga. Keluarga yang telah menjadi permata saya sejak sekian lama. Alhamdulillah, saya bersyukur masih dikurniakan ibu dan ayah yang mana mereka ini sangat penyayang terhadap saya dan adik beradik saya yang lain. Segala puji saya tujukan buat Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Allah yang telah memberikan pinjaman mak dan abah kepada saya, yang telah menyalurkan kehangatan kasih mereka buat saya.. Masih basah di ingatan saya, kisah semasa saya masih mentah, baru berumur 15 tahun..kira tak matang la masa tu.. hehe.

Seorang sahabat bertanya kepada saya..

Sahabat : Nazihah, aku nampak kau dengan adik kau semalam. Itu rumah  kau ke..?

Saya       : Hm..ooo ye ke..? Ha’a, tulah rumah aku. Kenape..?

Sahabat: Tak de pape..tapi lawa kan rumah ko..?

Itu antara dialog saya bersama seorang sahabat saya..sahabat saya itu seorang Muslimin. Mungkin bagi anda, dialog ini nampak seperti biasa..tak ada apa-apa yang istimewa. Tapi, bagi saya..kata-kata sahabat saya itu membuatkan saya begitu terasa waktu itu. Sakit hati, kecil hati..saya hanya terdiam waktu itu. Tidak mampu untuk berkata apa-apa. Mana tidaknya, itu adalah kata-kata sinis bagi saya. ..tapi lawa kan rumah ko..? . Padahal, rumah yang direzekikan Allah buat keluarga saya pada masa itu, hanyalah sebuah rumah papan separuh batu yang kecil dan uzur, atap berlubang sana-sini,dinding sudah mulai reput dimakan anai-anai.. Dan rumah itu yang sehingga kini setia menanti kami hingga remaja.. Ya, masa tu saya sedikit pun tidak terfikir untuk bersyukur kepada Allah kerana memberikan kami tempat berteduh. Apa yang saya tahu..hanyalah menangis, meratapi nasib saya yang hidup dalam keluarga serba kekurangan. Saya hanya tahu membanding-bandingkan keluarga saya dengan keluarga sahabat-sahabat yang lain.. Keluarga mereka ada kereta, kenapa saya tak ada..? Hanya dua buah motor yang selalu minta diganti, menemani waktu kecil saya.. Pergi sekolah, balik sekolah..bahkan basikal yang saya naiki setiap hari adalah sedekah jariah insan-insan yang memahami. Kalau hujan, abahlah yang menghantar kami naik motorsikal walaupun hujan mencurah-curah. Kadangkala, cemburu melihat rakan-rakan lain menaiki kereta. Saya masih ingat semua  kenangan itu..pengorbanan abah saya, perjuangan mak saya.. Pada masa itu sedikit pun saya tidak bersyukur, hanya tahu bertanya..mengapa? mengapa? dan mengapa..? Na’uzubillah, ampuni diriku Ya Allah.

Namun, setelah saya menginjak dewasa..saya sedar satu perkara bahawa merekalah permata saya. Tanpa mereka yang membesarkan dan mendidik saya, tidak mungkin saya di sini saat ini. Terima kasih Allah. Saya sedar, bahawa ada insan-insan di luar sana yang lebih susah dari saya..ada yang tiada keluarga, ada yang hidup sendirian. Saya beruntung masih punya mak dan abah serta kakak dan adik-adik.  Maka nikmat Allah yang manakah hendak saya dustakan..?

Merekalah yang membuatkan saya tersenyum saat ini. Mengingatkan adik bongsu saya yang baru berumur 1 tahun 7 bulan, saya sudah mula mengukir senyuman. Malah terasa nak balik rumah.heee..🙂 Mengingatkan adik kembar saya, yang baru berusia 13 tahun, 3 orang adik lelaki saya, dan adik-adik kecil  yang berusia 5 dan 6 tahun.. tak lupa kakak saya yang baru saja jari manisnya tersarung sebentuk cincin. InsyaAllah, tidak lama lagi ingin mendirikan rumah tangga. Semoga kakak bahagia melayari bahtera. Amin.Teringat semasa hari raya yang lepas.. Ramai yang bertanya, “ziha bila lagi..?”. Aduh..soalan apa ni..tapi, dengan tenang saya menjawab..”InsyaAllah, pakcik makcik..bila sampai jodoh nanti..” (hehe, macam xde kaitan jek..). Apapun, saya doakan kakak bahagia ye..🙂

wardah solehah

Dengan kehadiran mereka hidup saya menjadi lebih ceria, melayan kerenah-kerenah adik-adik yang semakin membesar inginkan perhatian..Dengan kehadiran mereka juga, Allah menguji saya. Ya..saya diuji dengan keluarga. Kerana mereka, air mata saya terlalu murah untuk tumpah, hati saya terasa pedih dan sakit hingga sampai satu saat saya hampir berputus asa. Namun, saya tahu..ini adalah ujian buat saya. Allah sayang saya. Kadangkala, terasa begitu kerdil diri ini..tidak mampu berbuat apa-apa untuk keluarga tercinta. PadaMu aku berserah Ya Allah.. Kecewa bila usaha tidak menampakkan hasil, resah, gelisah, takut..saya hanya mampu berdoa setiap hari, “Ya Rahman..selamatkan keluargaku dunia akhirat. Tunjukilah mereka jalan yang benar. Tsabatkan kami di atas cahayaMu ya Allah…”. Mungkin hasilnya, bukan sekarang..namun di masa akan datang di mana kita sendiri tidak akan dapat mengagaknya. Perancangan Allah itu lebih baik, and HE knows the best for us..

Terasa satu nikmat kebahagiaan mempunyai keluarga sebegini.. Nikmat dikurniakan hidayah dari Allah s.w.t.. Mungkin saya bukan saya yang sekarang, jika dulu saya hidup dalam kemewahan, hidup dalam serba kecukupan, hidup dalam keluarga yang serba serbi ilmu agama cukup. Nikmat hidayah itu sangat indah, tidak dapat diucap dengan kata-kata.  Moga Allah kekalkan hidayah pada saya dan semoga Allah memberi hidayah kepada keluarga saya  sepertimana saya.

Satu impian saya agar keluarga ini menjadi keluarga yang bahagia dengan Islam, menjadikan Islam sebagai the only way of life.. amin. Merekalah permata saya, galian saya untuk menuju syurga bersama mereka.

Akhir kalam, bersyukurlah sahabatku dalam setiap dugaan, sabarlah hatiku dan hatimu.. Kerana pasti tidak akan sia-sia ketetapan Allah.. Pasti ada seribu satu hikmah yang tersembunyi. Bersangka baiklah dengan Allah yang mentadbirkan segala-galanya..

Salam kasih.

Selamat berjuang sahabatku..

wardah solehah


8 thoughts on “Merekalah permata..

  1. Assalamualaikum..

    ana sbnarnya xbesa leave comment dalam blog orang ni..
    takut tersalah cakap, menyinggung hati sesiapa..

    tapi setelah baca post enti ni, terdetik untuk meluahkan sedikit pendapat..

    This is my first time, heard about ur family.. apa yang ana boleh katakan, enti xperlu bersedih akan sebarang kekurangan yang ada dalam taraf hidup mahupun kemewahan harta… Enti telah pun mendapat dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat iman dan Islam..

    “…Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.(Ibrahim: 7)

    Suka ana ingin menceritakan tentang sedikit pengalaman family ana.. Parents ana dulu datangnya dari Cambodia / Kemboja.. datangnya mereka ke Malaysia pada 1975 sehelai sepinggang, tidak ada apa2 harta pun.. Dinaungi ayah angkat mereka, dengan hidup yang sangat2lah serba kekurangan, abah ana xpernah berputus asa dengan rahmat Allah.. Doa n tawakkal, sentiasa diiringi dengan usaha xputus2..

    “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan ia bersabar maka itu lebih baik baginya.” (H.R. Muslim).

    Sorry for any inconveniences…
    Wallahu ‘alam..

  2. Waalaikumsalam ya akhi..
    Jazakillah wa syukran atas nasihat enta.. Moga Allah memberkati enta..namun, bukanlah ana bersedih diatas semua tu.ana bukan bersedih krn harta atau taraf hidup..tidak sesekali ana merasakan itu sekrg..alhamdulillah, ana tahu itu semua dr Allah dan ana tahu banyak lg insan2 yg susah di luar sana. yg ana coretkan hanyalah pengalaman ana semasa ana belumpun mendpt hidayah Allah itu..xrase bersyukur langsung..astagffirullah. tapi, skrg
    ni apa yg ana sedihkan adalah apa yg ramai org xtahu.. xperlulah ana ceritakan di sini..mgkin ia adlh ujian Allah utk ana.menguji sejauh mane tawakal ana pdNya.. InsyaAllah, ana xkan berputus asa sprt mane Rasulullah s.a.w yg x pernah berputus asa terhadap Abu Talib..bape saudara baginda.. Wallahu’alam..

  3. salam kak ziha…
    kak x penah citer pun ke sy sal ni… x aci.. huhuhu.. walaupapapun, tabahkan hati ye kak.. adik sentiasa doakan kak agr sentiasa brada d bawah rahmat n redha Allah.. n senyum sokmo k.. ^_~..

    “Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi.. Moga lelahmu di hargai Illahi walau dicemuh insani.. “

    • waalaikumsalam..
      cam ne la akak nak cite..sbb akak bukanlah org2 yg suke meluahkan rase di hati.akak suke pendam..hehe. Lagipun, terlalu peribadi utk diceritakan..panjang lg kisah akak sbnrnye, cume itu antara peristiwa yg akak xdpt nak lupekan smpi skrg..tp insyaAllah pd akak, bukan itu yg menjadi kesedihan akak..ade yg tersirat akak xdpt nak luahkan.namun, itu semua membuat akak lebih merasa bahagia, membuat akak lebih terasa kehadiran dan dekatnya Allah dgn akak..Dia lebih dekat dr urat leher kite. Subhanallah. Apepun yg berlaku, kte mesti yakin adenye Allah yg menentukan sgala2nya..n then, u will feel the happiness..🙂

      jazakillah deyla.. adik akak pun mesti kuat dan tabah ye. akak sedar, mgkin dugaan deyla lebih kuat dr akak..semuanya mengikut kemampuan hambaNya. Be strong k..🙂

  4. SubhanAllah,, betol2 menusuk dalam hati😦

    Beruntunglah barangsiape yg diuji oleh Allah,,
    Yakinlah !!
    semua ujian Allah itu bukan untuk menjatuhkan kite,,
    tetapi untuk membawa kite lebih dekat kepade-NYA,,
    InsyaAllah🙂

    • Salam..
      Jazakallah.. moga enta juga kuat dan tabah menempuh sgl cabaran dan dugaan kehidupan. InsyaAllah.
      Syukran.

    • waalaikumsalam..
      syukran, jazakillah..
      moga enti kuat dan tabah menghadapi ujian kurniaan Allah..
      bukanlah ujian itu utk menjauhkan kte, krn ujian itu yg akan mendekatkan kte pd Allah..
      Allah Maha Tahu..bhw hati2 ini lebih lembut,lebih mengharap pdNya..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: