Kami Merinduimu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..

Masih adakah rasa cinta kita buat Rasulullah s.a.w..? Berapa lama sudah kita melupakan susuk tubuh yang tidak pernah berputus asa menegakkan kalimah Allah, hinggakan kita masih lagi dapat merasai nikmat Iman dan Islam..? Sedarkah wahai sahabat sahabiah sekalian, betapa Rasulullah s.a.w merindui kita semua umat akhir zaman. “Ummati, ummati, ummati..”.. Rasulullah memanggil-manggil kita di saat kewafatannya..umatku, umatku, umatku. Sungguh, betapa cinta baginda kepada kita, sedangkan tidak pernah sekalipun baginda melihat wajah kita. Maka, katakanlah wahai sahabat, “Kami rindu padamu Ya Rasulullah..”. Kami rindu..

Ingin saya kongsikan kisah di bawah ini. Kisah tentang seorang Umar yang sangat merindui Rasulullah s.a.w.. Hebat keperibadianmu ya rasul. Baginda yang mesti kita cintai selepas Allah s.w.t.. Adakah kita sedar betapa zalimnya kita melupakan pemimpin agung ini..? Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad. Hayati dengan hatimu sahabatku..

wardah solehah

Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. ” (09:24)

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, setelah Rasulullah s.a.w meninggal dunia, terdengar Umar bin Khattab r.a menangisi baginda s.a.w sambil berkata:

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah, dahulu hanya sebatang pokok kurma kau jadikan sandaran berdiri apabila sedang berkhutbah. Kemudian, ketika orang semakin ramai, engkau pun menggunakan mimbar agar mereka dapat mendengar seruanmu. Maka, merintihlah pokok kurma dengan perasaan sangat sedih kerana berpisah denganmu. Lalu kau letakkan tanganmu di atasnya, sehingga ia pun tenang kembali. Jika sebatang pokok kurma pun begitu, apatah lagi umatmu, tentulah lebih layak merinduimu ketika kau berpisah dengan mereka.”

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w., sedemikian besarnya keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga Dia menjadikan ketaatan kepadamu sama seperti ketaatan kepadaNya. Sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:

“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah.” (An Nisaa’;4:80)

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, demikian besar keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga Dia memberitahumu tentang kemafaanNya ke atas dirimu, sebelum memberitahumu tentang kesalahan apa yang telah engkau lakukan. Maka Dia pun berfirman:

“Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang)….” (At Taubah;9:43)

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, sedemikian tinggi darjatmu, di sisi Allah Taala, sehingga meskipun Dia mengutusmu sebagai Nabi terakhir, namun Dia telah menyebutmu dalam peringkat pertama di antara para Nabi dan RasulNya. Maka dia pun berfirman:

“(Teruslah bertakwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya); perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, danNabi Musa, serta Nabi Isa Ibni Maryam…”  (Al Ahzaab;33:7)

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w,  sedemikian besar keutamaanmu di sisi Allah Taala,  sehingga para penghuni neraka sangat teringin seandainya mereka dahulu (ketika masih hidup di dunia) mematuhimu,  sementara mereka sedang merasakan azab di dalam neraka.”

“Mereka berkata: Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.”  (Al Ahzaab;33:66)

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, betapa Sulaiman bin Daud a.s telah diberi oleh Allah taala mukjizat berupa angin sebagai kenderaan yang kecepatannya di pagi hari sama dengan perjalanan sebulan dan kecepatan di waktu petang pula sama dengan perjalanan sebulan, namun perkara itu tidaklah lebih ajaib daripada Buraq yang pada peristiwa Israk Mikraj telah engkau naiki di malam hari sampai ke lapisan langit yang ketujuh, lalu engkau pulang (pada malam itu juga) dan mendirikan sembahyang Subuh di al Abthah (halaman Kaabah).Semoga selawat dan salam Allah Taala tetap ke atas dirimu.”

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, betapa Isa bin Maryam a.s diberi oleh Allah Subhanahu wa Taala kemampuan untuk menghidupkan orang yang telah mati, maka itu tidaklah lebih menghairankan daripada daging domba yang telah di racuni dan di bakar, terus berbicara kepadamu dan berkata: “Jangan memakanku, sebab aku telah di bubuh racun.”

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, telah berdoa Nuh a.s ke atas kaumnya dengan berkata:

“Wahai Tuhanku!  Janganlah Engkau biarkan seorang pun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!” (Surah Nuh;71:26)

“Maka seandainya engkau berdoa ke atas kami seperti doa Nuh a.s itu, nescaya kami semua telah binasa. Betapa tulang belakangmu telah diinjak, wajahmu telah di lukai dan gerahanmu telah di patahkan, namun engkau tetap sahaja tidak mahu mengucapkan sesuatu selain yang baik-baik sahaja. Ketika itu engkau telah berdoa:

“Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti dan barangkali belum mendapat hidayah.”

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, engkau telah memperolehi begitu ramai pengikut walaupun usiamu sangat pendek,  yang bilangannya jauh melebihi Nabi Nuh a.s. yang sangat panjang usianya. Sangat ramai orang yang beriman kepadamu, sementara yang beriman kepadanya hanyalah sedikit sekali.”

“Demi ayah dan ibuku., wahai Rasulullah s.a.w,  seandainya engkau hanya mahu bercampur dengan orang-orang yang sepadan denganmu sahaja,  nescaya engkau tidak akan sudi bergaul dengan kami. Seandainya engkau hanya berkenan menikahi wanita-wanita yang sedarjat denganmu, nescaya engkau tidak akan sudi menikahi golongan kami. Seandainya engkau hanya berkenan makan bersama dengan orang-orang yang setaraf denganmu, nescaya engkau tidak sudi makan bersama-sama dengan kami. Namun demi Allah, engkau telah duduk-duduk bersama kami, menikahi wanita-wanita dari keturunan kami dan makan bersama-sama dengan kami. Engkau juga biasa mengenakan pakaian dari bulu biri-biri, menunggang keldai, meletakkan makananmu di atas lantai dan menjilat jari jemarimu selepas makan, yang kesemuanya itu bersumber dari sikap rendah hatimu. Semoga Allah Taala melimpahkan selawat dan salamNya ke atas dirimu.”

wardah solehah

“Alangkah baiknya, seandai rindu dan cinta kita kepada Allah dan Rasulullah melebihi rindu kita kepada insani…Maha suci Allah yang telah mencipta Muhammad, insan yang berbudi pekerti mulia…semoga kita memperoleh syafaat dari baginda di akhirat kelak…Amin”

Kami merinduimu..

Salam kasih..



5 thoughts on “Kami Merinduimu..

  1. assalamualaika Ya Rasulullah~

    trima kasih atas ingatan ni..moga cinta kita kepada Allah dan Nabi Muhammad tidak hilang hingga ujung nyawa~ amin..

    mai masih ingin mendalami Cinta ini kepada pemberi cinta sebenar~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: