Cukuplah Allah Menjadi Saksi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t..

wardah solehah

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda..

Seorang lelaki dari Bani Israel telah meminta bantuan sahabatnya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar. Lalu sahabatnya itu berkata, “Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini. Ia menjawab, “Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku!” Orang itu berkata lagi, “Datangkanlah seseorang yang menjamin pinjamanmu.” Peminjam itu hanya menjawab, “Memadailah Allah s.w.t menjaminku.” Akhirnya sahabatnya itu pun berkata, “Engkau benar!”

Maka, wang itu diberikan kepadanya dengan janji supaya dibayar kembali dalam jangka masa yang telah ditentukan. Setelah itu, orang yang berhutang itu pun berlayar untuk suatu keperluan. Lalu, apabila tempoh masa yang dijanjikan, dia segera mencari kapal yang dapat menghantarnya pulang ke tempat asalnya untuk menjelaskan hutang itu..tetapi gagal.

Maka dia pun kemudian mengambil sebatang kayu lantas menebuk lubang padanya, dan memasukkan wang sebanyak 1000 dinar di dalamnya beserta surat kepada sahabat yang memberi pinjaman itu. Lalu, ia meratakan kembali kayu tersebut dan memperbaiki kayu tersebut dan memperbaiki keadaannya. Selanjutnya, ia pun pergi ke laut dan berkata :

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah mengetahui bahawa aku meminjam wang daripada sahabatku sebanyak seribu dinar. Dia meminta kepadaku seorang penjamin, maka aku katakan waktu itu, “Cukuplah Allah sebagai penjamin.” Dan ia memintaku seorang saksi, maka aku katakan juga, “Cukuplah Allah sebagai saksi.” Kemudian dia pun berpuas hati dan  yakin dengan janjiku itu. Aku telah berusaha keras mencari kapal untuk mengirimkan padanya wang yang telah aku pinjam, tetapi aku tidak mendapat kapal untuk meghantarku  pulang… Kerana itu aku kirimkan wang ini kepada-MU.”

Lalu, ia melemparkannya ke laut dan pulang.

Sahabat yang memberi hutang itu keluar menunggu kedatangan kapal yang disangkanya membawa peminjam itu. Dia pun keluar rumah untuk melihat barangkali ada kapal yang membawa wang untuknya. Tiba di tepi laut, dia menemui sebatang kayu. Dia lalu mengambil kayu itu untk keperluan isterinya. Namun, ketika dia membelah kayu tersebut ia mendapati wang yang dipinjamkan itu berada di dalam kayu tersebut beserta dengan sepucuk surat.

Selang beberapa waktu, datanglah orang yang berhutang dengan membawa wang 1000 dinar kepada sahabatnya. Beliau berkata, “Demi Allah, baru hari ini aku dapat menaiki kapal membawaku pulang setelah sekian lama aku ternanti-nanti.”

Sahabatnya berkata.. Bukankah engkau telah mengirimkan wang itu melalui sesuatu?” Ia menjawab, “Memang aku telah memberitahu kepadamu bahawa aku tidak dapat pulang sebelum ini.”

Sahabatnya itu berkata lagi, “Sesungguhnya, Allah telah menunaikan apa yang engkau kirimkan kepadaku melalui kayu. Bawalah wang 1000 dinar mu ini kembali, moga Allah melimpahimu dengan keberkatan.”

-The end–🙂

Oleh itu, sahabat sahabiah yang dikasihi Allah sekalian, cukuplah hanya DIA menjadi paksi kehidupan kita. Kerana DIA adalah sebenar-benar cinta, sebenar-benar pengharapan. Tanpa DIA, tiadalah kita.. Allahu akbar!!!

Serahkan kehidupanmu seluruhnya pada Allah, tanamkan dalam hatimu.. “CUKUPLAH ALLAH BAGIKU..tiada yang lain selainNya..”

Salam kasih.

🙂


6 thoughts on “Cukuplah Allah Menjadi Saksi..

  1. Salam..
    Subhanallah.. Serahkan cinta hati kita hanya utk Allah, Dialah yg Maha Esa.. dan Dia akan tentukan yg terbaik utk kite.. amiin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: