Kenapa nikah tak jemput aku?

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t.. Kaifa halukum sahabat sahabiah yang saya kasihi kerana Allah ta’ala..insyaAllah, saya harap antum antunna semua berada dalam keadaan dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t.. amin. Setelah lama tidak menaip, alhamdulillah kali ini diberi peluang oleh Allah untuk menggerakkan jari jemari saya, menaip satu demi satu perkataan yang saya ingin sampaikan. Subhanallah. Besarnya  nikmat yang Allah beri..🙂

wardah solehah

Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah kisah. Tidaklah terlalu panjang, pendek saja tapi bermakna. InsyaAllah. Sebuah kisah yang berlaku dalam hidup saya. Tidaklah terlalu bermakna. Hanya ingin dijadikan pengajaran dan iktibar. (hm, xtahu jugak macam mane boleh jadi cam ni..redha je la).

Alkisah pada satu hari, saya masih ingat tarikh dan masanya..hari sabtu, 31 haribulan. Masa tu, saya baru je nak balik dari ipoh ditemani sahabat sebilik saya. Tujuan pergi ke ipoh hari tu adalah untuk mendapatkan handset yang baru, disebabkan handset saya tercicir entah di mana semasa saya makan malam-malam buta di cafe v5. Xpela, Allah sayang kat handset saya tu, insyaAllah..nanti kita jumpe kat syurga ye handset..hehehe.

Sedang saya duduk berehat-rehat menunggu bas untuk balik ke UTP, saya membelek-belek handset yang baru saya beli dengan harga RM190 sahaja. Alhamdulillah, dapat juga cari yang murah tapi berbaloi untuk digunakan. Sedang saya membelek-belek handset saya tu (handset baru la katakan..) , tiba-tiba ada mesej masuk ke dalam inbox saya.. Hm, nombor yang tidak dikenali, yela baru hilang handset..seluruh contact dalam tu pun hilang sekali. Alahai, apa nak buat..huhu. xpe, saya belajar untuk sabar. Kan sabar tu kualiti yang seharusnya ada pada seorang mukmin. InsyaAllah.

Tanpa berfikir panjang, saya menekan butang “read”, lalu membaca..tidak semena-mena saya terkejut bila membaca mesej itu..yela, mana tak nye.. tiba-tiba sahaja sahabat saya itu memarahi saya,

“Kenapa kau nikah x jemput aku…?”

Terkejut, hairan, pelik bin ajaib pun ada. Kan saya ada kat sini..kalau saya nikah sekali pun, mestilah saya ada kat dalam masjid atau kat rumah..pakai lawa-lawa, menunggu saat-saat saya diijabkabulkan. Peliknya, bila pulak saya nikah ni..? Lalu, saya pun membalas mesej tu..

“Salam. Maaf, ni siapa ye? handset baru hilang, so xdapat kenal no. ni..maaf ye.”

Selang beberapa saat, dia membalas. ooo..farhana rupanya. dia sahabat seperjuangan saya yang sekarang ni masih belajar di tingkatan 6 kat kampung saya. Saya pun bertanya kembali pada dia..

“Sejak bila pulak aku nikah ni..kalau aku nikah pun, xkan la x jemput kau kan. Mane kau dengar berita cam ni..?”

Dalam hati saya marah..yela, buatnye tersebar satu kampung yang saya dah menikah. kalau betul tu xpela jugak..dah rezeki saya, tapi masalahnya berita tu x betul. Hm, xpela..redha je. InsyaAllah, agaknya sebab tu sahabat saya tu bertanya.untuk mendapatkan kepastian.. alhamdulillah, saya dah pun jelaskan pada dia..

“InsyaAllah, Allah belum takdirkan aku untuk menikah sekarang. Jangan risau ye, aku nikah nanti aku jemput kau ye..len kali selidik dulu sebelum percaya berita-berita x sahih cam ni.. 🙂 “

Alhamdulillah, itu penjelasan saya pada sahabat saya tu. Namun, ada sedikit kekesalan di hati saya. Ada juga sedikit kekeliruan yang bermain di minda saya.

Ini baru kisah saya..agaknya bagaimana dengan kisah-kisah di alam realiti yang x benar pun, tapi disebarkan seluas-luasnya.. Berita yang x sahih, tetapi disampaikan ke sana sini. Agaknya apa yang akan terjadi..? Saya ingin meluahkan sedikit kerisauan saya terhadap perkara-perkara sebegini.

Demi Islam yang tercinta, selidik lah terlebih dahulu apa-apa jua perkara yang ingin disampaikan. Jangan sampai kita menjadikan Islam suatu fitnah dengan kekhilafan diri kita sendiri, dengan ketidak telitian kita dalam menilai sesuatu perkara.. Bangkitlah duhai umat Islam!! Mahukah kita menjadi insan-insan penyebar fitnah..? Mahukah kita menjadi perosak agama Allah..? Tidak mahu bukan..?

Oleh itu, saya juga mengingatkan diri saya dan sahabat sahabiah yang dirahmati Allah sekalian..agar menjadi umat Islam yang terbaik di zaman yang penuh pancaroba ini. Selidiki setiap perkara, ingatlah musuh Islam akan sentiasa mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita.. Bila-bila masa sahaja. Na’uzu billahi min zalik. Moga dijauhkan.

“Wahai orang-orang yang beriman!! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.” Alhujurat:06

wardah solehah

Salam kasih.🙂


2 thoughts on “Kenapa nikah tak jemput aku?

  1. Assalamualaikum..

    Asbabun nuzul ayat 6 Surah Al-Hujurat:

    Suatu ketika Nabi mengutus Walid bin ‘Uqbah bin Abi Mu’ith untuk memungut zakat Bani Mustaliq. Ia menerima tugas itu tanpa ragu-ragu. Tetapi syaitan telah menggoda hatinya dan menggoncangkan imannya. Ia merasa was-was untuk pergi ke Bani Mustaliq itu, karena khuatir kalau dirinya akan dibunuh. Di tengah jalan, sambil memperlambat jalan untanya, ia bimbang dan ragu, berat rasanya untuk memenuhi tugas yang dibebankan Nabi, sebab jiwanya pengecut. Maka diputuskannya lagi untuk kembali ke Medinah.

    Setelah sampai di sana, ia bercerita kepada Nabi:
    “Bani Mustaliq kini telah kembali kafir. Mereka tidak mahu menunaikan zakatnya, dan bahkan mereka sudah sepakat untuk menyerang kaum muslimin.” (H.R. Ahmad dalam Musnad).

    Tentu saja Nabi memberikan perhatian sangat serius dengan berita yang dibawa Walid itu; bahawa mereka telah kafir, tidak mahu berzakat, dan bahkan akan memerangi umat Islam!

    Suatu kejutan dan berita teruk bagi Nabi dan kaum muslimin!
    Di tengah kemarahan itu Nabi menyedari sendiri, bahwa kemarahan tidak dapat diselesaikan dengan kemarahan juga, tetapi dengan: “Mohon perlindungan kepada Allah dari syaitan terkutuk”.

    Telah bulat tekad nabi untuk memerangi Bani Mustaliq, kalau tidak kerana Allah mencegah pertumpahan darah itu. Melalui wahyuNya, Allah memerintahkan Nabi agar memastikan kebenaran berita Walid bin Uqbah. Sahabat yang dipercayai untuk memastikan berita ni dengan adalah pedang Allah, Khalid bin Walid, duta Nabi dan kepercayaan Islam.

    Berangkatlah Khalid ke Bani Mustaliq. Di sempadan kota dia berhenti untuk mencari maklumat dari penduduknya tentang sikap mereka yang sesungguhnya. Ternyata apa yang dia dengar langsung adalah berita baik-baik saja, dan tidak ada yang harus ditakutkan. (Ahmad Muhammad Jamil, “Al-Qashashu al-Rumuzi fi al-Quran al-Karim”, (terjemahan) pag. 116-118)

    Wallahu ‘alam..

    • waalaikumsalam..
      syukran wa jazakallah.
      semoga usaha yg sedikit ini, diberkati Allah s.w.t..
      ~bersama mengejar mardhatillah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: