nur hijrah..

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Harap semua berada dalam keadaan baik2 belaka..insyaAllah. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA” kepada sahabat dan sahabiah yang dikasihi Allah sekalian. Semoga kita akan lebih menghayati erti pengorbanan selepas ini. Syukur..saya baru sampai UTP jam 11 malam semalam..setelah 11 jam perjalanan dari pt yaani ke batu pahat. Batu pahat ke Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ke UTP..dengan menaiki 3 bas..huhu. seronok..penat pun ye juga. Terima kasih Allah kerana mempermudahkan setiap langkah saya. Walaupun terpaksa berjalan kaki dari depan pintu gate UTP sampai la ke masjid dengan membawa beg yang tidaklah terlalu berat tapi cukup melenguhkan bahu dan tangan saya (xde orang nak angkatkan beg nampaknye..hehe) , alhamdulillah Allah hadiahkan saya pertolongan dan nikmat. Terima kasih hafizah dan basirah juga uyun kerana berusaha untuk menjemput saya di masjid..moga jasa kalian di balas Allah dengan kebaikan. Sepanjang perjalanan saya cuba meniatkan segala-galanyan kerana Allah, supaya setiap langkah kaki yang saya sumbangkan itu tidaklah sia-sia. InsyaAllah. Maaf ye, panjang pulak mengarut kali ini. Baru mukadimah..πŸ™‚


Alhamdulillah, hari ini saya dikurniakan dengan rasa teruja..teruja untuk apa..? teruja untuk berkongsi salah satu kisah hidup saya yang sangat2 bermakna. Bak kata..memang saya xdapat nak lupakan lah pengalaman hidup saya yang satu ni. Kisah hidup yang menjadi titik tolak perubahan diri saya.. semoga kisah ini dapat memberikan iktibar dan pengajaran… semoga yang sedikit ini memberikan seribu satu makna buat saya dan kalian. InsyaAllah.

Cukuplah sekadar saya menta’arufkan diri saya sebagai seorang hamba Allah, seorang anak perempuan yang dilahirkan di rumah saya sendiri..kg parit paimin. (Mak kata saya senang lahir, x sabar-sabar nak keluar..huhu. Mak kata lagi, dalam ramai2 adik beradik, saya yang paling sejuk hatinya..sebab lahir waktu pagi. ye ke..? ntah..tapi alhamdulillah, Allah mengurniakan hati seperti itu kepada saya). saya seorang anak kampung kelahiran kg parit paimin, yong peng, batu pahat, Johor.dah 19 tahun 4 bulan saya tinggal di situ.alhamdulillah, Allah masih memberi saya kesempatan dan peluang untuk mendiami rumah yang telah banyak berjasa kepada saya dan keluarga. baiti..semoga dirimu menjadi sebaik-baik rumah untuk kami di akhirat kelak.amin. saya juga seorang kakak kepada 8 orang adik-adik saya. yang kecil sekali baru berumur setahun 9 bulan. juga seorang adik kepada seorang kakak. jadi, dijumlahkan semuanya..saya ada 10 orang adik beradik..alhamdulillah.

Kisahnya bermula apabila saya mula mencecah umur 15 tahun.. entah kenapa, naluri remaja saya inginkan satu perubahan. Dahulunya..saya bukanlah seorang insan seperti yang anda lihat sekarang. Dahulunya, saya tidak merasa malu pun untuk membuka aurat saya pada orang ramai terutama bila saya berada di luar rumah. na’uzubillah. Bukanlah bermakna saya tidak memakai tudung langsung, pakai tapi apabila saya pergi tempat yang jauh sikit dari rumah saya. Teringat apabila ada sepupu lelaki saya datang rumah, saya sedikit pun tidak cuba untuk menutup ikal rambut saya. Paling teruk, apabila ada kawan-kawan lelaki datang ke rumah..malu saya nak kata, tapi memang saya x tutup pun rambut saya..dengan baju t-shirt pendek.. Na’uzubillah.. ampuni aku ya Allah. Saya kesal, sebab saya mengingkari nikmat yang Allah berikan..bukan untuk mereka apa yang Allah berikan untuk saya itu. Maafkan saya..

Dahulu.. saya jarang solat, walaupun umur saya dah mencecah 15 tahun. Alasan saya adalah malas.. Ya Allah, ampuni diri ini, banyak dosa khilafku padaMu ya Rabbi..

Namun, Allah mentaqdirkan..menghadiahkan sesuatu yang sangat berharga buat saya. Dah lama saya mencari-cari sesuatu..bertahun-tahun saya cuba memperbaiki diri saya.saya cuba untuk menutup rambut saya apabila keluar rumah, bila menyidai kain..bile berjumpa sepupu lelaki. Namun, saya tidak kuat masa itu. Saya ingat lagi, adik saya kata.. “Tunjuk alim la kau ni ziha..”. sejujurnya..saya masih tidak kuat untuk beristiqamah dalam melakukan perubahan. Saya dikecam adik beradik sendiri..suara sumbang yang mengatakan saya tunjuk alim membuat saya jatuh kembali. akhirnya..saya kembali seperti saya yang normal. Namun, saya tidak berhenti setakat itu..saya cuba memperbaiki solat saya..berperingkat. Alhamdulillah, Allah memberikan saya kemudahan untuk memperbaiki solat saya walaupun saya masih solat di akhir-akhir waktu. Namun, iman saya cepat goyah..iman saya kadang-kadang ketandusan. Begitulah saya..berkali-kali saya mencuba, namun berkali-kali saya jatuh tersungkur. Kembali ke lembah yang hina..padahal berkali-kali juga Allah memberikan saya selaut cahaya hidayah di dalam hati..harum kasihMu ya Allah.

Akhirnya, selepas keputusan PMR diumumkan..saya mengambil keputusan untuk berpindah. Berpindah ke rumah pak ngah dan mak ngah saya yang sekarang ini saya panggil mereka dengan panggilan ayah dan umi. Walaupun, abah saya agak keberatan untuk melepaskan saya..melihat kesungguhan saya yang memang betul-betul rasa nak tinggalkan rumah tu..akhirnya, abah membenarkan. Mesti pelik kan..? kenapa nak pindah..hehe. saya pun pelik..tapi Allah yang memberikan ilham kepada saya untuk berpindah dan penghijrahan itu yang membawa seribu satu makna dalam hidup saya. sebab tu tajuk kat atas tu..nur hijrah. kerana dengan hijrah ini saya mendapat setitis cahaya Allah kembali. Awal-awal saya tinggal di rumah umi dan ayah..saya masih sama. segalanya berubah apabila saya mendengar sebuah ceramah di sekolah..tak ingat apa nama ustaz tu, masa tu ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah. saya tak ingat exactly apa yang ustaz tu kata..tapi air mata saya menitis apabila ustaz tu kata sesuatu tentang aurat. balasan untuk wanita yang membuka auratnya di depan lelaki yang bukan mahram..walaupun sehelai rambut. Hati saya sayu masa tu. sedih perih hati saya..itu baru sehelai, saya dah tunjukkan beribu-ribu helai rambut saya. Na’uzubillah. semoga Allah mengampuni saya.. dari saat itu, saya tekad dan berazam untuk menutup rambut saya. semua orang pelik, tapi saya bertekad..kali ini Allah memberikan saya kekuatan kepada saya untuk istiqamah hingga sekarang walaupun tudung yang saya pakai kadang-kadang tidak menutupi paras dada. Saya kata pada diri saya..“Ya Allah, biarlah apa yang mereka nak kata..bukan pandangan mereka yang aku harapkan tapi ini untuk untukMu, diriku,untuk agamaku, untuk akhiratku, untuk keluargaku..”.Berkat dari hidayah yang Allah berikan, saya mengubah diri menjadi yang lebih baik sedikit demi sedikit.

Semakin dekat kita dengan Allah, semakin Allah ingin menguji.. memang benar kata-kata ini. Allah kembali menguji saya..namun, saya lemah sekali lagi. kali ini diujinya saya dengan kasih seorang sahabat bernama lelaki. Mesti kalian pernah mendengar cinta akhi wa ukhti kan..? senang kata cinta Islami la ni agaknya..huhu. Saya bukan bercouple..tapi menghampiri ke arah tu (kire same la tu..hehe). Masa tu, saya tahu cinta yang diberkati adalah cinta selepas nikah. saya tahu, tapi mungkin saya tak faham. Saya kenal dia masa PLKN..kami satu sekolah, tapi x pernah tegur, selalu je terserempak. selepas PLKN tamat, kami bertukar-tukar no.phone..maka bermulalah mukadimah-mukadimah kelalaian saya. Ya..kami selalu nasihat-menasihati. selalu mesej2 dan selalu call. sejujurnya, 2 3 kali kami berjumpe..walaupun xdela sampai bersentuhan, tapi..di antara 2 orang lelaki dan perempuan di antaranya ada syaitan untuk menyesatkan. na’uzubillah.. saya tewas sekali lagi dengan nafsu cinta dunia.

Hubungan ini berterusan sehinggalah saya diterima masuk ke Universiti Teknologi PETRONAS yang tercinta ini. Di sini, saya mula tahu bagaimana seharusnya hubungan muslimin muslimat yang mengikut syariat. Saya kagum melihat muslimin muslimat yang menundukkan pandangan, sangat2 menjaga dan di sini saya belajar semua itu. Saya belajar untuk menundukkan pandangan..saya belajar untuk memelihara hati walaupun kadang-kadang saya tewas. Di sini, juga saya menghijrahkan tudung kecil saya kepada yang tudung yang lebih sempurna. Alhamdulillah besar nikmatMu ya Allah..satu emel saya hantar pada dia..saya kata saya x nak lagi hubungan cam ni. saya xnak melalaikan dia, seorang lelaki..alhamdulillah, dia faham dan menerima. pada mulanya, sukar untuk saya bermujahadah memelihara hati. namun, saya pasti sesuatu yang lebih indah menanti saya di hadapan.. insyaAllah.

Alhamdulillah..itulah kisah yang ingin saya kongsikan. Jujurnya, saya merasa malu untuk bercerita kisah ini. Namun, biarlah ia dijadikan teladan kerana pasti Allah mempunyai seribu satu hikmah menjadikan diri saya seperti itu dahulunya. Hakikatnya, diri saya masih perlu di bimbing. Saya perlu seorang insan yang akan bersama-sama saya membimbing diri saya dan juga keluarga saya. Dan insan itu, biarlah Allah yang menentukan untuk saya kerana ketetapanNya pasti yang terbaik. InsyaAllah.

Dan bila melihat kepada mereka di luar sana..yang masih belum menerima hidayah dari Allah..saya teringat diri saya kembali. Kadang-kadang terfikir, bagaimana saya sekarang jika dulu saya tidak mencari dan dikurniakan hidayah Allah. Tentunya saya bukan saya yang sekarang. Bila melihat mereka, saya hanya mampu mendoakan mereka..semoga mereka menerima hidayah Allah sepertimana saya. Juga untuk keluarga saya yang telah banyak saya titiskan air mata saya kerana mereka..semoga mereka dikurniakan hidayah oleh Allah.

Dan bila ada yang berkata, saya baik..ingatlah bahawa saya punya banyak kelemahan dan saya bukan sempurna, kerana setiap manusia pasti ada keburukannya. Usah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti dari saya, kerana saya hanya hamba Allah di dunia ini.saya hanya pinjaman Allah untuk kalian. Tapi yang pasti, saya akan tetap sentiasa mencuba memperbaiki diri saya. Semoga Allah melindungi kita dengan rahmatNya dan kasih sayangNya. Amin.

~salam kasih~

2 thoughts on “nur hijrah..

  1. Assalamualaikum kak,

    lme x jupe kak, kangen,, huhu..
    first skali nk ucp camat arie raye korban…πŸ™‚
    n then, …Kisah kak ni sedih.. dan insyaAllah mnjadi pedoman buat kami .. Tabahkan hati ye kak, adik taw, kak ziha seorg yg tabah..
    bukan snang utk istiqamah dlm perkara kebaikkan, perlukan keteguhan hati n iman.. alhamdulillah, kak dpt menmpuh ujian dariNya , doakan adik mndpt keteguhan itu jge yup.. amen.`

    adk masih exam week ag ni, hihi.. doakan ye kak.. huhu..
    lastly, syg kak v(^_^)v

    ~Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai sbuah pengabdian yg hakiki lagi abadi.. Moga lelahmu dhargai ILLAHI walau dicemuh insani..~

    • waalaikumsalam dila yang akak kasihi kerana Allah s.w.t..
      akak rindu jugak kat adik akak sorg ni..πŸ™‚
      selamat hari raya juga buat dila..
      kisah akak xsesedih kisah org lain, akak tahu hakikatnye, ramai lagi yang Allah kurniakan ujian yg lagi hebat dari akak..
      bersesuaian dgn kemampuan kita. InsyaAllah, moga menjadi pedoman buat semua.
      doakan akak dik..insyaAllah, selagi nafas akak belum terhenti, akak akan berusaha memelihara anugerah yg satu ni.
      all the best dik, moga dila akak sentiasa tabah..kuat dalam menempuh dugaan yang sentiasa mendatang.
      Ingatlah..bahawa sgl2nya datang dr Allah..maka, serahkan kembali padaNya disamping kita juga berusaha.. insyaAllah.
      Tingkatkan kebergantungan pada Allah ye..

      uhibbuki fillah abadan abada..πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: