Sebuah Perkongsian, hati ini terkesan…

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Perkongsian hidup seorang sahabat..hati ini terkesan Ya Allah..

Ya Allah, semalam aku tetibe terase cam nak update blog. Lame sungguh aku tinggalkan blog aku. Maaf ye Huffatul Jannah. Aku bukan sengaje tinggalkan kau. Kekangan mase dan kesempatan membataskan kite. Maaf sekali lagi.

Mungkin aku ni seorang yg suke memendamkan segale masalah aku. jarang sekali aku bercerite kat sahabat2. Aku pun tak tahu la kenape. Aku ni tak suke sangat orang lain susah kerana aku. tapi aku ni seorang yg suke dengar masalah orang. Tapi tak pandai sangat la nak selesaikan, mungkin bagi cadangan dan nasihat sikit tu, ok la kot. Jadi aku rase kat blog aku ni la aku nak cite sume perkare kat lubuk hati aku ni.
Semalam, aku terbace status gtalk kawan aku sebelum aku tidur. Lepas aku selak2 sikit buku, aku amik mase sikit bace ape yg kawan2 aku tulis. Ya Allah, tak tahu la nape malam tu aku tersentuh sangat bace status kawan aku. aku tak ingat exactly la, tapi ia berkenaan ibu bapa. Aku shut down laptop, terus baring atas katil.

Aku teringatkan ayah aku.

Ya Allah, pilu sungguh hati aku tyme tu. Tak sanggup aku tahan lagi. Segale memori lalu terlintas kat pikiran aku sekelip mate je. Segala kenangan aku ngan ayah aku, sumenye keluar. Setiap percakapan, perbuatan ayah aku, sume terimbas malam tu. Aku sedih sangat. sedih sangat2.

Daus teringat ayah kat hospital. Sakit. Daus tahu ayah sakit. Ayah tahan je kat depan daus. Daus tak boleh wat pape. First tyme ayah operate, ayah takut. Daus tahu. Daus sedih tengok ayah cam2. Ayah keluar air mate tengok kitorang adik-beradik. Ayah selalu risau kalo ayah dah takde, camne keadaan kitorang. Sampai sekarang daus ingat wajah ayah. Sayu hati daus ingat muke ayah. Tak sanggup nak bayangkan.

Mase kaki kiri ayah kene potong, ayah tabah sangat. daus menangis tengok ayah cam2. Ayah tahu yg ayah tak boleh wat pape lagi. Daus doa sngt2 ayah xkene potong, tapi Allah lebih sayangkan kaki ayah tu. Daus sedih ayah. Daus sedih. Daus tahu ayah sakit, ayah tahan je kan. Ayah 55 tahun, dah tak kuat sangat, mesti sakit. Tapi daus tengok ayah kuat. Setiap hari kene cuci. Ya Allah sakitnye. Sume orang geli tengok kaki ayah kene potong. Daus tak. Daus tak. Daus sayang ayah. Sayang sangat2.

Kalau ayah nak tahu, daus paling tak boleh lupe wajah ayah mase ayah koma. Kaki kanan ayah pulak kene potong. Dua2 kaki ayah kene potong. Daus tak sanggup ayah. Daus doa lagi.doa.doa.doa. tapi Allah nak jugak kaki kanan ayah tu. Tapi ayah kate tak pe la, ayah redo. Daus ingat lagi kate2 ayah tu. Ayah kate, nanti ayah nak pakai kaki palsu. Nanti ade orang ajar. Daus angguk je. Dalam hati daus, daus teriak menangis ayah. Tak tahan daus dengar. tapi apekan daye, ayah xsempat blajar pun.

Mase ayah koma, daus xboleh tgok muke ayah. Daus tak snggup. Daus xkesah pun tunggu ayah kat luar. Pagi petang siang malam. Tak kesah. Daus nak ayah sedar. Tapi lame daus tunggu. Ayah xsedar pun. Setiap hari daus cium ayah. Ayah rase x ?? daus pegang erat tangan ayah. Ayah rase x ?? daus Nampak air mate ayah mengalir tyme tu, daus tak tahan ayah. Daus tak tahan.

Hari jumaat pagi, lepas je daus ngan duan bace Yaasin kat ayah, kami keluar jap nak makan. Tapi ayah pegi mase kami pergi. Daus xsempat tgok ayah. Daus datang je, ayah xbernafas lagi. Dada ayah xbergerak lagi. Daus tak tahan ayah. Daus tak tahan. Tapi daus macam dah terase pagi tu ayah nak tinggalkan daus. Daus redo. Daus redo. Allah sayangkan ayah. Allah tak nak ayah susah2 lagi hidup takde kaki. Daus redo, sebab daus tahu tu yg terbaik untuk ayah.

Sejak ayah koma, daus dah cakap kat hati daus. Kalau ayah sedar, daus akan jage ayah sungguh2. Tapi kalau ayah ditakdirkan pergi, daus akan uruskan ayah sungguh2. Lepas je daus tahu ayah dah tinggalkan daus, daus terus uruskan ayah. Daus pergi cari Imam, Bilal, siak. Mudah ayah. Mudah. Daus jumpe kat masjid je. Dalam perjalanan, daus nangis ingat ayah. Kat atas motor pun daus nangis. Daus tak tahan la ayah.
Dari semua segi dalam uruskan jenazah, daus terlibat. Alhamdulillah. Duan imamkan ayah. Daus bace talqin untuk ayah. Kami adik beradik mandikan ayah. Daus ngan duan kafankan ayah. Kami adik beradik usung jenazah ayah. Daus rase lega dapat uruskan ayah. Ni janji daus sebelum ayah pergi lagi. Daus dah tunaikan. Kalau la ayah dapat tgok, mesti ayah suke.

Kini ayah dah hampir setahun tinggalkan daus. Tapi wajah ayah selalu kat ingatan daus. Ayah xpernah lekang kat doa daus. Daus nak pastikan ayah masuk syurge. Daus nak jadi anak soleh. Tapi ayah, ni la yg daus risaukan. Daus risau kalau daus tak cukup soleh. Daus risau sangat.

Tapi daus akan usaha. Daus akan usaha. Usaha jadi yg lebih baik. insyaAllah..

Al-Fatihah untuk ayah..

“Ya Allah, Kau ampunilah dosa ayahku, Kau lapangkanlah,terangilah, dan wangikanlah kuburnye, Kau tempatkanlah ayah aku ditempat orang2 yg mendapat keampunan dan nikmat syurge di akhirat kelak, Ya Allah..” Amin Ya Rabbal ‘alamin..

Alhamdulillah Ya Allah..

******************************************************

Saya sangat terkesan membaca entry sahabat saya ini…

Anda bagaimana..??

Salam Kasih..🙂

2 thoughts on “Sebuah Perkongsian, hati ini terkesan…

  1. akak pun terkesan..

    sementara kedua org tua kita masih hidup, berbaktilah kepada mereka.
    jangan lukakan perasaan mereka & berusahalah menjadi anak yg soleh/solehah.
    tanam azam utk hntr mereka ke mekah utk menunaikan ibadah haji.
    tanam azam utk membahagiakan mereka.
    tanam azam & cari ilmu utk menguruskan jenazah mereka seandainya mereka pergi dulu.

  2. insyaallah..semoga kita same2 menjadi anak-anak yg soleh dan solehah..
    juga insan yg kelak akan mendoakan ibu bapanya, memberikan pahala demi pahala walaupun ibu ayahnya telah tiada..

    sebagaimana kita perbuatan kita kpd ibu bapa kita, kita perlu ingat..pada masa hadapan tdk mustahil itulah yg anak2 kita akan lakukan kpd kita…

    jika baik kita, baiklah anak2 kita..baiklah keluarga kita, masyarakat dan setrusnya negara..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: