Tarbiyah OOP

~Dengan Nama Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Sebuah Perkongsian.. Semoga bermanfaat.🙂

Sumber: http://hatikubermunajat.blogspot.com/2010/05/bukti-bukti-kekuasaan-dan-kebenaran.html 


“Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [ ali-imran : 26 ]

 
” ani [bukan name sebenar] coding oop jadik tak?” tiba-tiba timbul satu mesej gtalk daripada seorang kawan, bertanyekan perihal project Object oriented programming (oop) yang akan dibentangkan tidak berapa lama lagi.
 
” alhamdulillah boleh ‘run’ stakat ni , aisyah [juga bukan name sebenar ] punye oop ok tak? “ si kawan ni menjawap sekali gus bertanye dengan penuh rase aneh.
 
” erm, tak boleh ‘connect’ dengan ‘database’, seday ni “ si kawan mengadu, walaupun perbualan melalui alam maya tapi si kawan ini benar-benar rasa simpati.
 
” xpe aisyah, boleh punye tu, sabar je dulu ae..solat la hajat atau dhuha dulu sebelum pergi, mane tahu Allah bagi keajaiban lepas solat tu “ nasihat si kawan dengan penuh pengharapan agar si kawan tadi itu mendapat pertolongan Allah.
 
” erm..i’allah, thanks ani🙂 “ sebuah senyuman terpapar di skrin komputer, walaupun hakikatnye si kawan itu pastinya tidak mampu tersenyum memikirkan masalah projectnye yang bermasalah, tetapi harus dibentangkan kepada GA sebentar lagi..
 
Allah Maha Kuasa

 
macam itulah kisahnye dunia .. ada yang gembira dan ada yang akan berduka, namun semuanye datang dari allah yang maha memberi..
 
” Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: “Jadilah, lalu terjadilah”, dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. “
[al-an’aam : 73 ]
 
Ironinye ada project yang telah lama diusahakan akhirnya ditakdirkan oleh Allah untuk tidak berjalan seperti yang telah di programkan . Maka bersedihlah hamba Allah ini mengenangkan hasil kerjanya yang tidak menjadi . Dalam masa yang sama, ada hamba Allah yang ditakdirkan projectnye berjalan lancar bersorak gembira , bertepuk tangan meraikan hasil kerja yang memuaskan.
 
Subhanallah, alhamdulillah, allahhuakbar.. Dimana letaknya Allah ketika kedua-dua perkara ini terjadi .Project yang berjaya dan yang kurang berjaya mahupun tidak berjaya datangnya dari Allah. Percaya atau tidak, Allah yang maha kuasa boleh sahaja untuk mentakdirkan tatkala project oop yang diusahakan siang dan malam itu , berjalan lancar sepanjang proses pembikinannye namun apabila berada dihadapan untuk dibentangkan maka programnya tidak menjadi dan tidak mahu langsung beroperasi . Allah juga mampu membuat project yang sentiasa bermasalah ketika pembikinannye tanpa disangka-sangka berjalan lancar ketika hari pembentangan tersebut .
 
 “maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan”
 
Allah mampu jika Dia berkehendak.. sama kisahnya sebagaimana serikandi suci, Mariam yang mengandung tanpa pernah berkahwin, melahirkan seorang nabi walhal dirinya tidak pernah disentuh oleh lelaki…
 
Jika Laut Merah yang luas itu, Allah mampu untuk membuatnye terbelah sehingga boleh menyelamatkan nabi musa dan pengikutnya, maka apatah lagi komputer buatan manusia ini, boleh sahaja diperintahkan oleh Allah untuk tidak memproses sebarang program yang ada didalamnya…
 
Kesimpulanya, syukurilah nikmat yang diberikan. Kejayaan bukan tanda kehebatan, tetapi ujian dari Allah, untuk melihat sejauh mana hambaNya itu kembali dan berterima kasih kepadaNya .
Kegagalan pula bukan bermakna Allah tidak peduli akan hambaNya, tetapi untuk mengangkat darjat hamba-hambanya yang bersabar.
 
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
[al-imran : 286 ]
 
Salam Kasih🙂
 

3 thoughts on “Tarbiyah OOP

  1. ade satu kumpulan ni..xwat pe2 lagi..

    bermulanya apabila keesokan tarikh perbentangan.Mereka buntu. Tetapi dengan usaha yg kaw2 nya..mereka dapat siapkan..

    dihari perbentangan.satu masalah berlaku..

    “asal x kuar???”kata A kepada B.Mereka pening memikirkannya..

    ada beberapa result tidak dpt dikeluarkan dengan lengkap.mungkin salahnya pada coding.Mereka pun cuba sedaya upaya utk mengubahnya.Tekan RUN..

    hasilnya sama juga ,tidak jadi..

    akhirnya..nama mereka dipanggil..utk perbentangan..mereka pasrah..yg tidak lengkap ,biarlah..semasa perbentangan mereka sudah memikirkan akan ketidakjadian result itu dan memberitahu tutor yg bertugas.

    Dengan kuasa Allah..semasa membentangkan mengenai kekurangan itu..TIBA-TIBA benda itu berjalan dengan lancar dan dapat mengeluarkan result dengan lancar..

    Ya,Allah..kedua2 ahli kumpulan terkejut..dan sangat terkejut!..

    Tiba-tiba work pulak..so itu la dia.Allah akan sentiasa memberi yang terbaik kepada hambanya.Walaupun kita ini hamba,Allah tetap memberi sebanyak yg mungkin dan mahukan hambanya berada jalan yg betul..

    ada usaha,ada la hasilnya..

    ~sharing seorang sahabat~

    dan Allah itu Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: