Ku Ingin Bawa Mereka ke Syurga

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

INGATAN BUAT MAK ABAH: TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG INI

Abah Tersayang Bersama Kak Long

Saya tidak dapat menafsir perasaan saya ketika ini. Rasa rindu terus menyelubungi..tidak tahu harus mengadu kepada siapa, saya ambil langkah ini. Berkongsi rasa dengan sahabat pembaca sekalian. Gambar di atas adalah raut wajah seorang ayah, dan saya panggilnya dengan panggilan abah. Tika ini, satu persatu kenangan bersama abah datang bertalu-talu, mengingatkan saya pada masa lalu. Mengingatkan saya pada pengorbanan abah kepada saya dan adik beradik yang lain..

PERIHAL ABAH

Insan yang saya sayangi ini diberi nama Aziz Bin Diman. Berusia 45 tahun, dan bekerja sebagai pekerja sebuah kilang.  Juga dilahirkan pada 1 April 1965. Abah lahir tanpa adanya ibu dan ayah disisi. Abah dibesarkan oleh kakaknya dan punya 16 orang adik beradik. Abah anak kedua yang terakhir…

 Bila teringat pengorbanan abah, terasa air mata ini ingin mengalir. Abah bukan seorang yang normal seperti ibu ayah sahabat yang lain. Abah bekerja, memerah keringat untuk keluarga dalam keadaan kakinya yang tak stabil seperti orang lain. Ya, tak stabil. Abah berdiri dalam keadaan kakinya pendek sebelah. Dulu, abah kemalangan semasa masih muda. Dan kemalangan itu menyebabkan keadaan dirinya tidak stabil. Sehinggakan, abah pernah cerita..sekalipun, abah nak ambil lesen motor, abah perlu ambil lesen orang yang cacat..lesen beroda tiga. Saya tidak malu bercerita tentang abah saya, tidak sekalipun malu menceritakan keadaan diri abah saya. Kerana apa..? pengorbanan abah, saya sangat sanjungi. Tanpa abah, pasti tidak ada saya di sini..

Pernah satu hari, semasa abah menghantar saya ke KLCC untuk berangkat ke Program Soaring The Eagle (STE) anjuran PETRONAS..di hadapan sahabat-sahabat saya..abah tiba-tiba kata, yang mana kata-kata abah itu sangat menruntun hati saya yang mendengar, sebagai seorang anak..

“Cam ni la abah ziha, pancit..(maksud kata, x stabil)..” 

Sungguh, saya tidak rela abah berkata demikian. Sehinggakan, bila saya mencium tangan dan pipi abah masa tu, saya rasa sebak..rasa sedih. Saya tahankan air mata saya. Namun, bila bas yang saya naiki mula bergerak, lalu saya melihat abah di kejauhan..saya menangis dan menangis. Saya amat menghargai dia, abah saya. Abah yang sanggup menghantar saya ke KLCC, padahal sebenarnya saya mampu untuk pergi sendiri. Abah yang selama ini, memberi kasih sayang yang tak terhingga..

Saya masih ingat, masa saya kecil-kecil dulu, kalau saya demam..abahlah yang rela menjaga saya. Abah mengurut kepala saya tanpa saya sedar.. Yang saya dapat rasakan masa tu, adalah lembutnya tangan abah mengurut kepala saya. Saya masih ingat, setiap kali saya sakit..abahlah yang akan berjaga malam..menjaga saya, berada di sisi saya. Meletakkan tuala basah di atas kepala saya..menunggu saya, dan kadangkala abah tidur di sebelah saya. Ya Allah, terima kasih atas kurniaan kasih sayang ini.. Kadangkala, saya terfikir..mampukah saya menjaga abah seperti abah menjaga saya waktu kecil dahulu.. 

Saya masih ingat. Seingat saya, seumur hidup saya..hanya sekali abah meletakkan tangannya ke tubuh saya untuk memukul saya. Ya, sekali sahaja. Abah pernah cerita, selepas satu kejadian..abah rasa sangat serik nak pukul saya. Masa saya masih bersekolah di tahun 4 kalau saya tak silap, saya suka datang rumah kawan saya..sampai satu masa tu, saya leka main di rumah kawan saya hinggakan saya terlupa nak balik rumah. Nak dijadikan cerita, abah dan mak risau..lalu abah pun mencari saya. Masa tu dah nak senja.. Bila abah datang, saya pun cepat-cepat kayuh basikal saya..terus saja balik ke rumah. Dan di rumah, abah marah pada saya..saya tak ingat bagaimana abah marah. tapi, dengan kemarahan abah, dan sedikit pukulan itu..membuat saya menangis tak henti-henti. Abah kata, saya menangis tahap dah tak boleh pujuk balik. Membuat nafas saya sesak, x dapat nak bernafas, mata saya merah dan wajah saya pucat..justeru abah takut akan terjadi apa-apa pada saya..saya tak tahu, bagaimana tangisan saya boleh berhenti..adakah dengan abah mengetuk pintu seperti mana cerita Ahmad Albab(hehe).. apapun, nak dijadikan cerita..selepas itu,  tak pernah sekalipun abah memukul saya. Hm..bila ingat balik, saya rasa lucu..  

Masih segar di ingatan saya, saya sangat takut pada abah. Tak tahulah apa yang saya takutkan masa saya kecil-kecil dulu. Ketakutan paling ketara adalah sewaktu abah mengajar saya mengaji al-Quran.. Setiap kali mengaji, dan setiap kali abah menegur kesalahan saya…saya rasa yang abah sedang memarahi saya. Padahal tidak. Mungkin disebabkan suara abah yang kedengaran garang. Justeru itu, setiap kali saya mengaji, saya pasti menangis. Habis al-quran tu dibanjiri air mata saya. Hm, saya kuat menangis rupanya.. (huhu) Apapun, saya bersyukur kerana dengan setiap teguran itu, dengan izin Allah, saya dapat membaca al-Quran dengan baik..

Abah sangat gigih bekerja. Pagi hingga ke petang, bahkan kadangkala hingga malam abah bekerja mencari nafkah. Setiap kali melihat abah yang baru balik dari kerja, saya tersentuh. Abah pasti penat, abah pasti sakit..saya tahu abah sakit, kaki abah bengkak. Kadangkala, saya ambil minyak dan urut kakinya..badannya. kerana hanya itu yang mampu saya lakukan. Kelelahan abah, pasti tidak akan menyamai apa yang saya rasa..kepayahan abah, saya tak alami. Namun, saya cuba memahami keadaan abah..  Saya cuba selami hatinya, saya cuba rasakan beratnya tanggungjawab nya.. Saya masih ingat, apa yang abah pesan kepada kami…

“Abah tak de apa2 harta, nak bagi kat anak-anak abah..yang abah boleh bagi, cuma pendidikan je. Tulah harta yang abah boleh bagi..” 

Saya semat kata-kata itu dalam hati. Saya tak tahu, bagaimana penerimaan adik beradik saya yang lain.  Namun, di usia itu saya cukup faham apa yang cuba abah sampaikan..

Itulah abah yang saya sayangi. Yang kini saya amat rindui.. Rindu untuk mengenggam dan mengucup tangannya. Rindu untuk mengucup pipi dan dahinya. Dengan segala pengorbanan, kesakitannya..kepenatannya membela nasib kami sekeluarga..moga Engkau merahmati dirinya Ya Allah. Engkau tempatkannya dalam kalangan orang yang soleh. Berilah hidayah, lindungilah dirinya seperti Engkau melindungi diri ini…   

PERIHAL EMAK

Mak tersayang dan nurul yang comel..

Nama mak saya, Hamidah Bte Mohsin. Mak anak ketiga dari 7 orang adik beradik. Lahir pada 21 April 1969. Seorang suri rumah, dan kadangkala menoreh getah untuk membantu abah saya.

Entah kenapa, tak banyak yang saya dapat cerita tentang emak. Tapi saya masih ingat, dari saya belajar di darjah 1 hingga darjah 6..emaklah yang menghantar bekal ke sekolah untuk saya. Setiap kali ruang waktu antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama..emak mesti akan datang membawa bekal. Lauk yang saya paling suka masa tu, dan mak selalu masak lauk itu, telur masak kicap. Saya sangat suka…

Mak lah yang mengandungkan saya, melahirkan saya, membesarkan saya, menyuap makanan saya, membelai ikal-ikal rambut saya dulu. Walaupun, saya rasa agak tersisih kerana punya adik beradik yang ramai. Justeru, saya sebagai anak kedua, terpaksa mengalah, memberikan kasih sayang ibu saya itu kepada adik-adik saya yang lain, biarlah mereka merasa.. Dan saya lebih bertindak memainkan peranan saya sebagai seorang kakak.. Saya dan mak punya karekter yang kontra..saya lebih suke mendengar, manakala mak lebih suka bercerita. Setiap kali, saya hubungi mak, bukan saya yang banyak cerita..sebaliknya mak yang banyak bercerita perihal adik-adik, perihal keluarga.. dan saya..? saya lebih suka bertanya sepatah-sepatah, dan mak akan menjawab dengan panjang lebarnya.. (ehhe) dan saya hanya akan mencelah bila perlu..apapun, mak saya memang suka bercerita. Saya masih ingat, setiap kali saya balik rumah..mak mesti akan cerita pelbagai perkara yang berlaku yang saya tak tahu..dan saya sekali lagi..? hanya mendengar, dan mencelah bila perlu.. itulah saya dan mak.

Istimewanya, tentang mak..mak seorang yang lembut hatinya, senang menerima nasihat. Setiap kali saya menyatakan sesuatu perkara yang related to Islam dan amalan, mak pasti mendengar…dan mak akan lakukan, walaupun agak sukar untuk beristiqamah, cuma perlu sedikit penerapan tentang kefahaman. Saya teringat kata-kata mak,

“antara banyak-banyak anak, ziha lah yang paling lembut..hatinya x keras..”

Dan kelembutan hati itu saya warisi dari emak walaupun sebenarnya saya juga seorang yang degil atas beberapa perkara.. Kalau abah marah, mak pasti diam. Mak tak mudah melatah..cuma kadangkala mak mudah terasa.. Dan kelembutan hati itu membuat saya kadangkala terasa lemah, mana taknya..sayalah yang akan menangis dulu, bila saya marahkan adik-adik saya, padahal saya sedang memarahi mereka.. Sampaikan kakak saya selalu memberitahu saya..

“peliklah kau ni ziha, marah orang..patutnya adik-adik lah yang menangis, ini dia pulak yang nangis..pelik betul..”

Dan adik-adik saya dah mula faham, bila mereka menginjak dewasa.. lebih mendengar kata, lebih mendengar nasihat saya. sebab apa..? sebab tak nak tengok saya menangis. Kadangkala terasa lucu pun ada..

Bila saya meminta mak mendoakan saya..Mak pasti akan kata..

“Mak selalu doakan ziha.. setiap kali solat mak mesti akan doakan anak-anak mak sume..”

Dan saya terharu bila mak kata..

“tak dapat tengok muka pun xpela, dapat dengar suara, dapat tahu ziha sihat-sihat je..tu dah cukup..”

Dan saya pasti, ibu ayah kalian juga seperti mak saya.. Itulah mak yang saya sayangi. Yang kini saya amat rindui.. Rindu untuk mengenggam dan mengucup tangannya. Rindu untuk mengucup pipi dan dahinya. Dengan segala pengorbanan, kepenatannya menjaga  kami  sekeluarga..moga Engkau merahmati dirinya Ya Allah. Engkau tempatkannya dalam kalangan orang yang solehah. Berilah hidayah, lindungilah dirinya seperti Engkau melindungi diri ini…

MEREKA HANYA PINJAMAN

 Dan sebenarnya, jika kita cekap berfikir dan menafsir segala kasih sayang yang dirasakan ini, kita hanya akan menemukan satu jalan. Sumber kekuatan terhadap semua perkara. Bahwa yang mengurniakan kasih sayang dan cinta itu sebenarnya adalah Allah.. Ibu bapa kita hanya pinjaman sementara. Ibu bapa adalah pinjaman bagi kita, dan kita adalah pinjaman buat mereka. Maka, hargailah kasih sayang itu, bersyukurlah kepada Allah kerana kita masih punya ibu bapa..dan berbuat baiklah pada mereka..

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.” (Al-Israa:23)

“Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” (Al-Israa:23)

Doakanlah mereka,ibu bapa kita..walau bagaimanapun mereka..hormatilah mereka sebagai insan yang telah melahirkan kita ke dunia..

Ucapkanlah dan zahirkan sayang kita kepada mereka selagi mereka masih ada..

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.

Apabila saya semakin dewasa..saya semakin menghargai kasih sayang itu, kerana kasih sayang itu hakikatnya anugerah dari Allah..jika kita mengabaikan anugerah itu, samalah seperti kita mengabaikan Allah..sebab apa..? sebab sebenarnya, Allah lah yang menyayangi kita semua.. dan kasih sayang itu Allah zahirkan dengan kehadiran ibu bapa kita.. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah ingin kamu dustakan..?

Anda sayang bukan pada ibu bapa anda..??

Kalau sayang, usah lakukan sesuatu yang akan menjerumuskan mereka ke dalam neraka..

Sebaliknya, bawalah mereka ke arah syurgaNya..🙂

Apapun, berkasih sayanglah kerana Allah..!!!

~Semoga Bermanfaat, Salam Kasih..🙂 ~

6 thoughts on “Ku Ingin Bawa Mereka ke Syurga

  1. asalamualaikum

    terharu bace cerita ziha🙂
    semoga cekal dalam kehidupan
    jadi anak yang solahah dan
    semoga dikurniakan anak yang
    solehah macam ziha🙂

    ” Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezki (nikmat) yang mulia. ”
    (al-anfal : 3)

    • waalaikumsalam..
      doanya buat isma jugak..semoga kita sama-sama menjadi anak yang solehah buat ibu bapa kita..
      menjadi sumber pahala buat mereka, di dunia dan di akhirat..🙂
      syukran ukhti..

  2. 😦 trharu sehingga mengalirkan air mata~ :’) nazihah awk beruntung dan bertuah sebenarnya dapat ibu bapa seperti mereka..alhamdulillah~

    subhanaAllah..itulah Dia (Allah) yg maha penyayang mengurniakan rasa sayang dan kasih sesama manusia. Ibubapa adalah wakil Allah kepada kita tnda sayang Allah pada hambaNya..

    Jika kita rindu akan mereka maka kita juga rindu pada Allah (ihsan)

    moga enti terus istiqomah dalam keredhaan Allah~ insyaAllah moga berjaya di dunia dan akhirat..

    pengubat rindu ana buat permata ana di rumah~ syukran

  3. subhanallah..inilah tanda-tanda kebesaran Allah buat hamba-hambaNya yang berfikir..

    Maka nikmat Tuhan yang manakah ingin kamu dustakan..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: