Ikan Jerung dan Ikan Salmon

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Lama rasanya saya tidak menulis, dihitung-hitung saat dan detik..hampir dua bulan rasanya saya meninggalkan blog kesayangan saya ini sendirian. Rindu rasanya ingin bertemu para pembaca, melakar setiap bait-bait kata untuk disampaikan menjadi iktibar sepanjang jalan kehidupan, insyaAllah. Semoga pembaca yang saya kasihi sekalian, berada dalam rahmat-Nya yang Esa.. amin.

 

Ikan Jerung vs Ikan Salmon

 

Saya teringat sebuah pengisian di dalam usrah tempoh hari, sangat memberi kesan di dalam hati buat insan bernama manusia seperti kita. Yang selalunya lemah, yang selalu kerap kali mengeluh terhadap apa yang berlaku. Tapi, realitinya ujian itu sendiri menguatkan kita.. Seperti kisahnya ikan salmon dan ikan jerung.. Nak tahu kenapa..?

Menurut sebuah kajian yang saya tidak pasti sumbernya di mana (lepas ni boleh buat kajian sendiri ye..😉, daging ikan salmon akan lebih segar jika ia tinggal bersama-sama dengan ikan jerung. Kenape ya..? Pembaca tahu tak..? Cuba teka..? (ngee~~). Hm.. cuba bayangkan..😉 Bila seekor ikan berada di luar zon selesanya, dengan keberadaan ikan jerung tersebut, sudah pasti ikan salmon tadi akan sentiasa berfikir untuk melepaskan dirinya. Setiap jam, setiap saat, setiap ketika, pasti otaknya sentiasa berfikir untuk menyelamatkan dirinya dari dimakan oleh ikan jerung. Pasti ikan jerung kepenatan menyusun strategi memerangkap ikan salmon yang juga bijak mengatur langkah melepaskan diri..

Hakikatnya, begitulah kehidupan kita. Kita akan sentiasa dirundung masalah yang pelbagai. Kadangkala ia datang bertimpa-timpa tidak mengenal masa. Dan sebenarnya ujian itu Allah turunkan untuk menguji sejauh mana keimanan dan kebergantungan kita pada Allah. Seperti mana ikan salmon yang lebih segar dan pastinya harga ikan tersebut akan lebih mahal dari biasa, begitu juga dengan kita. Diri kita akan lebih tinggi nilainya di sisi Allah, jika kita diuji dengan dugaan..

Sahabat2 yang saya kasihi sekalian.. Lihat sahaja ujian orang yang Mukmin terdahulu, para Nabi dan Rasul, sahabat Nabi, para syuhada’, para alim ulama’…mereka adalah golongan yang tinggi nilai imannya, kerana apa..? kerana mereka diuji dengan pelbagai ujian. Kerana Allah s.w.t. tahu mereka mampu.

Ingatkah kita dengan Nabi Nuh a.s.? 950 tahun menyeru umatnya kepada tauhid yang satu, namun saat bahtera tersedia, saat banjir besar menimpa mereka..mereka, orang yang ingkar itu masih berdegil tidak percaya. Hatta, isteri dan anaknya sendiri. Begitu besar mehnah Nabi Nuh a.s.. Tapi, baginda tetap berdiri teguh dengan kalimah Lailahaillallah.

Ingatkah kita dengan Nabi Isa a.s..? Dicemuh dan dicaci sejak bayi kerana lahirnya tanpa ayah.

Ingatkah kita dengan Baginda Nabi Muhammad s.a.w..? Bagaimana pengorbanan baginda s.a.w menyampaikan Islam, menentang golongan kuffar hingga terbentuk sebuah khilafah dan dengan titisan peluh dan darah itu, akhirnya kita dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam. Subhanallah.

Ingatkah kita pada As-syahid Imam Hassan Al-Banna, Syeq Qutb, dan Zainab Al-ghazali..?

Ya. Ujian mereka hebat kerana iman mereka hebat!! Bagaimana pula dengan kita..?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum Kami jika Kami lupa atau Kami tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada Kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa yang tak sanggup Kami memikulnya. beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong Kami, Maka tolonglah Kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-baqarah:286)

Sahabat-sahabat2 sekalian, saya ingin  mengajak kalian yang merupakan daie2 Allah s.w.t..

“Man qola Laa Ilaha Illallah fahuwa da’ie”
“Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah’, maka dia adalah Da’ie.

Walau bagaimanapun, ujian yang kita terima di saat kita memperjuangkan Islam, ingatlah bahawa ujian kita hanyalah sedikit berbanding ujian yang Allah s.w.t. timpakan terhadap mereka. Redhalah dengan apa yang Allah kurnia, kerana itu tanda Allah sayang pada kita..

Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” (Al-Ankabut:02)

 

 

Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: ‘Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan’; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya.” (Ibn Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)

Salam kasih. Semoga bermanfaat.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: