Ceritera Aidiladha:Cinta Tertinggi

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Segala kesyukuran saya panjatkan kepada Allah s.w.t.. Maha Berkuasa atas setiap apa yang berlaku, dan setiap apa jua yang terjadi. Raya Aidiladha tahun ini sangat memberikan kesan pada saya, saya boleh katakan ia juga satu hijrah saya..menjadi muslimah dan hamba yang lebih meletakkan cinta tertinggi hanya kepada Allah s.w.t., Pencipta kita semua.

 

Terlalu banyak “Pertama Kali” yang saya alami, membuat saya lebih menghayati hari-hari indah ini. Ya, hari-hari yang indah walaupun saya tahu, musim ini adalah musim peperiksaan akhir semester di UTP.. (alhamdulillah, 3 paper dapat dijawab dengan tenang, masih berbaki 4 paper..🙂

  1. Pertama kali saya menunaikan solat sunat aidiladha tahun ini. Setelah lebih 20 tahun Allah beri peluang saya hidup..baru kali ini, saya merasakan raya saya begitu bermakna. Baru kali ini, saya belajar bagaimana solat sunat aidiladha sebenarnya. Sama seperti Hari Raya Puasa, tidak pernah sekali pun saya menunaikan solat sunat aidilfitri.. sedih sangat. Sangat-sangat menyesali.

  2. Pertama kali, saya bertakbir raya di malam raya di Masjid An-Nur UTP yang indah. Sejujurnya, sebelum ini malam raya saya disibukkan dengan mengemas rumah, menyediakan juadah untuk hari esok. Baru kali ini, saya perasan bahawa saya merindukan saat-saat ini. Menitis jua air mata ini dek rasa terharu saat melaungkan takbir tersebut. Bukan kerana tak balik ke rumah, tapi kerana rasa terharu dengan segala nikmat dan hidayah yang Allah berikan.. Terima kasih Ya Allah.
  3. Pertama kali bertakbir raya bersama sahabat-sahabat setiap kali selepas solat jemaah fardhu di dalam bilik atau masjid. Terima kasih sahabat.. Benar tersangat benar kata-kata Allah.. “Hanya dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang..”. Subhanallah, merasa tenang saat-saat ini..🙂
  4. Pertama kali juga hari raya ini saya sambut dengan sahabat-sahabat yang tercinta. Alhamdulillah, walaupun bukan bersama keluarga, tetapi saya sangat bersyukur dengan nikmat2 yang Allah berikan. Banyak hikmah Allah menakdirkan saya beraya di sini tahun ini.. segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta sekalian alam.

Wajah suci sahabat-sahabat serumah..🙂 Selepas solat sunat aidiladha (ada lagi dua orang tiada di sini, muna dan kak safinah)

“Pertama kali” ini kenangan terindah buat saya. Semoga Allah kekalkan hidayah yang ada dalam hati saya dan sahabat-sahabat saya. Semoga hidayah ini juga buat keluarga dan orang-orang disekeliling yang saya sayangi.. Kalian juga.. Ana sayang antum semua..🙂

“(mereka berdoa): “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan karuniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)”.

Perkongsian seterusnya..  :-)

 

Kisah Cinta Tertinggi: Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., dan Siti Hajar

Ramai yang lupa tentang kisah ini. Kisah yang membawa kepada erti makna sebenar aidiladha. Kisah yang mendefinisikan juga erti sebenar dua perkataan yang bernama CINTA dan PENGORBANAN. Saya tertarik untuk menyingkap kembali sirah suci ini.. Bagaimana CINTA sebenar harus diletakkan di posisi tertinggi hanya kepada Allah s.w.t..dan bagaimana pula PENGORBANAN menuntut haknya dalam mendapatkan CINTA itu. Cinta dan pengorbanan tidak akan terpisah, seperti kata P Ramlee..“lagu dan irama tidak dapat dipisahkan..”.. Kerana CINTA sebenarnya memerlukan PENGORBANAN.

Bagaimana cinta Nabi Ibrahim a.s kepada CINTA-nya..?

Kisah ini telah Allah kisahkan kembali di dalam al-Quran.

Bahawa Nabi Ibrahim berdoa dengan sepenuh hati kepada Allah s.w.t.. Baginda sangat menginginkan zuriyat dari keturunannya saat itu. Setelah berumur lebih 60 tahun, baginda masih belum dikurniakan cahaya mata, cahaya mata yang akan meneruskan perjuangan baginda Nabi Ibrahim a.s..

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.” As-saffat:100

Pergantungan diletakkan sepenuhnya kepada Allah. Hanya kerana baginda mengetahui bahawa pasti Allah punya rencana yang terbaik. Lalu, Allah menunjukkan kekuasaan-Nya. Nabi Ibrahim a.s. dikurniakan seorang putera yang setelah itu dinamakan Nabi Ismail a.s..

Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar” As-saffat:101

Namun Nabi Ibrahim a.s. menerima taklifan dari Allah tidak beberapa lama selepas kelahiran Nabi Ismail a.s.. Bahawa baginda perlu melaksanakan tugas yang diperintahkan. Lalu, baginda meninggalkan Siti Hajar bersama Nabi Ismail yang masih kecil.

Lihat sahaja pengorbanan Siti Hajar sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Bila dikatakan perintah itu datangnya dari Allah, serikandi Islam itu redha. Segala-galanya diserahkan kepada Allah. 12 tahun ditinggalkan suami. Nabi Ismail a.s. dalam jagaannya, membesar menjadi pemuda yang terdidik dengan Islam sepenuhnya..

12 tahun berlalu, Nabi Ibrahim a.s. kembali kepangkuan keluarganya. Tidak terbayang perasaan bahagia mereka atas kesempatan yang Allah kurniakan itu. Bahagianya Nabi Ibrahim bertemu kembali isteri dan anak tercinta. Bahagia Siti Hajar bertemu kembali suaminya. Dan bahagia seorang anak bertemu ayahnya. Pasti. Sangat menyayat hati.

Kasih sayang dan cinta Nabi Ibrahim a.s diuji sekali lagi apabila Allah memerintahkan baginda menyembelih atau mengorbankan anaknya sendiri. Setelah Nabi Ismail a.s. berusia 13 tahun, Nabi Ibrahim a.s. didatangi mimpi berupa suruhan Allah s.w.t.. atas perintah menyembelih anaknya yang tersayang itu..

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”

Dan lihatlah pula bagaimana Nabi Ismail a.s. menghadapinya..

Ia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku Termasuk orang-orang yang sabar”.

Sungguh, cukup besar pengorbanan cinta mereka kepada Allah. Tiba masa itu, Nabi Ismail a.s. dengan keimanan yang menebal menyuruh ayahnya melakukan apa yang Allah perintahkan. Lalu, Nabi Ibrahim mengucup kening anaknya, diletakkan di atas pangkuan, dan mulai menyembelih anaknya itu..

Bayangkan perasaan dan suasana ketika itu..? Pasti shahdu.. Allahu Rabbi.. Besar ujian-Mu untuk mereka..

Namun, Allah telah merencanakan sesuatu disebalik kejadian itu. Nabi Ismail a.s. digantikan dengan kibasy (kambing biri-biri) sebagai sembelihan. Pengorbanan cinta mereka Allah gantikan dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Subhanallah hebat aturan-Mu ya Allah..

 

Pernahkah kita menyedari..bahawa kadangkala cinta kita kepada manusia, kepada harta lebih besar dari cinta kita kepada Allah. Kadangkala, kita lebih mementingkan manusia dari meletakkan keutamaan pertama kepada Allah. Cinta kepada manusia lebih dari cinta kepada Allah.

“Dijadikan terasa indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”  (Al-Imran:14)

Ketika Allah memanggil-manggil kita untuk solat.. Adakah kita sahut panggilan-Nya..?

Ketika Allah mengurniakan pedoman al-Quran.. Adakah kita mengikutinya..?

Ketika Allah memberikan pelbagai nikmat.. Adakah kita mensyukurinya..?

Tepuk dada, tanyalah iman.

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah Amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). (Al-Baqarah:165)

Ya Allah, kami sandarkan segala-galanya kepada-Mu. Bantulah kami dalam mencintai-Mu..

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga”.

 

Salam kasih..🙂


3 thoughts on “Ceritera Aidiladha:Cinta Tertinggi

  1. salam kasih..

    mudah-mudahan cinta tertinggi buat kita semua adalah CINTA ALLAH..rasa bahagia bersama sahabat2 yg solehah..
    insyaAllah moga istiqomah hingga akhir hayat..

    selamat berjuang sahabatku.. (^__^)

  2. hello I was fortunate to come cross your blog in baidu
    your subject is impressive
    I get much in your theme really thank your very much
    btw the theme of you website is really splendid
    where can find it

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: