Bertemu tidak jemu. Berpisah…?

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Kata orang, bertemu tidak jemu. Berpisah tidak gelisah…

Namun, apa yang berlaku pada saya… Bertemu memang tidak jemu2, tapi berpisah? Rasa sedih pula.. (quote seorang sahabat dlm status gtalk nya..)

Kepulangan kami cuti (walaupun, x cuti sangat pun..) semester kali ini terasa agak berbeza dari semester sebelumnya. Cuti semester kali ini bermakna, kami semua takkan tinggal serumah lagi di masa akan datang. Cuti semester kali ini, mungkin bermakna kami takkan dapat solat jemaah bersama2 setiap hari..mungkin. Saya tidak menyangkal itu semua. Dengan izin Allah, kami akan berpisah untuk menunaikan tanggungjawab kami juga kepada sahabat2 yang lain.

Bi’ah solehah yang ada di dalam rumah ini, perlu kami kongsikan.

  1. Qiam. Terngiang-ngiang suara ibu kami (kak safinah). Setiap pagi, mengejutkan kami bangun berqiamullail dan bertahajud. Seperti ibu mengejutkan anak-anaknya. Kadangkala seperti mak, kadang2 seperti seorang kakak, kadang-kadang pula seperti seorang sahabat. Bakal merinduimu sahabatku. Semoga istiqamah di luar sana. Tetap kuat dan tabah dalam medan tarbiyah sebenar.amin~
  2. Subuh berjemaah dan almathurat. Waktu terindah! Subhanallah. Amalan ini la yang menguatkan ukhuwah kami..
  3. Masak-masak. Ada bakat rupanya sahabat2 saya. Ada yang minat memasak. Tanpa di suruh, ada je yang masak jika berkelapangan. Sedap pula tu. Tomyam, laksa, ayam masak lemak cili api, spagethi. Kami juga ada resepi makanan kampung.. jemput2, lempeng. Makanan kemboja pun ada..tapi tak ingat nama dia apa..  Yang menariknya, kalaulah sangat2 tak de lauk, ataupun malas nak turun beli makanan, nasi goreng menjadi juadah kegemaran kami. Teringat sahabat2 kata.. “makanlah apa seadanya..” dan disambut sahabat lain.. “at least kita dapat makan, cuba fikir orang yang kat palestin sana..”..
  4. Makan talam. Mungkin jarang masyarakat hari ni amalkan. Tapi, saya sangat seronok. Bakal merindui saat-saat bersama sahabat. Lauk dikongsi sama walaupun sedikit.. Masing2 mengalah untuk sahabat. Saya pula..? Redha..🙂
  5. Solat jemaah. Boleh dikatakan setiap waktu solat semasa study week dan exam week kami, diisi dengan berjemaah. Zikir, doa bersama. Boleh kata, bilik saya ni dah jadi seperti surau.. (telekung dan sejadah sahabat2 berkampung di sini..) alhamdulillah.

Saya bakal merindui sahabat-sahabat saya. Bakal merindui suasana yang ada di dalam rumah ini. Moga persahabatan kita kekal selamanya. Mai, rose, isma, kak safinah, kak tikah, raja hamizah, muna.. ukhuwah fillah abadan abada..🙂

Kau Teman

Semalam aku kegelapan
Dipenuhi dengan kegagalan
Diselubungi dengan kealpaan
Itulah diriku

Dan kau hadir dalam hidupku
Di saat ku memerlukan dirimu
Kau merubah segala-galanya
Kearah kehidupan yang bermakna
Dikaulah temanku

Kaulah temanku sentiasa menemaniku
Tika ku duka tika ku bahagia
Kaulah temanku kau penyeri hidupku
Kau warnaiku hinggaku berjaya
Kaulah temanku…

Segala pengorbananmu
Akanku balasnya dengan kejayaanku
Moga kau bahagia di samping redhaNya
Akan ku doakan agar kau bahagia selamanya

Kaulah temanku kau penyeri hidupku
Kau warnaiku hinggaku Berjaya


7 Golongan Yang Dinaungi Allah s.w.t.

Bahawa golongan yang dinaungi oleh Allah s.w.t di bawah naungan-Nya, yang mana tiada naungan yang lain selain naungan Allah saat itu..


“Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata “aku ini takut kepada Allah”, seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya”
( muttafaqun alaihi)

Doakan kami. Semoga kami istiqamah di jalan dakwah ini.

Salam kasih..🙂


p/s: doakan perjalanan saya hari esok ke kampung halaman, 10.45 am. Jaga diri baik2.. jaga diri, iman, dan ibadah..

Jumpa lagi sahabat pembaca sekalian.. insyaAllah.🙂


6 thoughts on “Bertemu tidak jemu. Berpisah…?

  1. Berpisah itu tentunya sesuatu yang pedih jika ianya atas nama ukhwah semata-mata, kerana itu fitrah. Tapi perpisahan atas nama Allah untuk sebarkan dakwahNya di atas muka bumi ini sudah tentu perpisahan itu merupakan kemuncak kecintaan kita kepada sahabat-sahabat. Semoga kita semua ditemukan kembali di syurga kelak🙂

    Rindu adik akak ni…fillah~

    • Amin. Terima kasih kak atas doanya. Sungguh puitis. ngee~~
      Kami juga mendoakan akak semoga tabah,cekal dan kuat di luar sana. Semoga istiqamah!

      Rindu dan sayang akak juga..

      p/s: akak meninggalkan misteri yg masih belum terjawab lagi ni..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: