Rawatlah Hati!

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk Kita Yang Menggelarkan Diri Sebagai Da’ie

“Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?”tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.

Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.

Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki,sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.

‘aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku, ‘bisik si syaitan yang durjana.

Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah, Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap ‘sempurna’ oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!

Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?

Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan ‘kebaikan’ dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.

Naudzubillah..

Itulah bahayanya riya’ dan ujub!

Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia
dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..

Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa ‘hanya akulah yang paling layak memberi nasihat’

Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa ‘akulah yang paling hebat dan pandai’

Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa ‘akulah yang paling baik antara yang lain’ dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.

Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!

Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!

Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.

Ingatlah kata-kata Allah taala,

“Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya” [Al-Kahfi: 103-104]

Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.


Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1265-rawatlah-hati-kita.html

Salam kasih.🙂


6 thoughts on “Rawatlah Hati!

    • alhamdulillah.. semoga kita tergolong dlm golongan yg ikhlas beramal dan beribadah kepada Allah azry..🙂

      insyaAllah, tentang bagaimana nak hilangkan riak.. sebenarnya ia sangat berkait rapat dgn hati. Org sekeliling x tahu.. tp masih kita dan Allah tahu apa yg terkandung.

      Jadi, segalanya bermula dengan atas niat apa kita berbuat sesuatu.. Mahukan keredhaan Allah ke atau nakkan pandangan orang lain. Hati perlu dilatih.. kdg2 kita terasa ada rasa riak dalam hati kita. Tapi bukan bermakna, kita tinggalkan sesuatu hanya kerana takut riak..itu konsep yg salah..

      seharusnya, kita cuba untuk ikhlas.. walaupun sukar, syaitan pula sentiasa membisikkan sesuatu ditelinga kita.. jd kat sini ziha nak share satu ilmu yg ziha tahu pd azry.. pernah dengar lagu tombo hati kan..? hehe.. best!

      Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

      “Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

      semoga bermanfaat azry..

      p/s: cuti lg ke? kat mane tu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: