Cinta Sesungguhnya!

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Wah, bersawang nya blog saya.. Kesian blog ni, saya tak kemaskan dia. Sekejap ye, saya hiaskan awak cantik2..🙂

Cinta Sesungguhnya!

Hari  ini, saya mahu bicara soal cinta. Cinta yang tidak mengenal rupa. Cinta yang tidak mengenal siapa jua mangsanya.Cinta yang juga mampu membawa manusia ke lembah hina. Juga CINTA yang mampu memimpin ke medan syurga.

Terdetik di hati saya. Berapa ramai antara kita yang benar-benar mengenal apa itu cinta..? Apa defenisi cinta?

Ramai yang mendefinisikan cinta hanya antara manusia berlainan jantina.  Justeru kerana itu cinta yang fitrah menjadi fitnah. Perhubungan dan pergaulan yang tidak tentu hala. Berdua-duan menjadi satu perkara biasa. Tidak ada lagi rahsia antara mereka. Bila nafsu merajai diri, syaitan pula tertawa sepuasnya.

Ya! Sepasang lagi anak Adam aku tewaskan oleh asbab bahana cinta mereka.

Lalu, begitu hinakah cinta? Sehingga anak yang dikandung terpaksa digelar anak haram..?

Walau tidak ada sedikit pun dosa mereka sebenarnya.

 

STATISTIK:

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang

Perak = 9,788 orang

Kuala Lumpur = 9,439 orang

Johor = 8,920 orang

Sabah = 8,435 orang

Negeri Sembilan = 4,108 orang

Pahang = 3,677 orang

Kedah = 3,496 orang

Pulau Pinang = 3,412 orang

Melaka = 2,707 orang

Kelantan = 1730 orang

Perlis = 691 orang

Sarawak = 617 orang

Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

 

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian,

Mungkin benar cinta mampu membutakan mata. Membutakan mata dari melihat syariat yang Allah tetapkan kepada setiap dari kita.

Namun persoalannya, cintakah yang membutakan mata atau KITA sendiri yang MEMBUTAKAN MATA HATI?

“Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, TETAPI YANG BUTA IALAH HATI DI DALAM DADA .” (Surah al-Hajj, ayat 46)…

Yes.. Not the eyes that is blind but the heart…


Cinta Kasih Rasulullah s.a.w.

Saya tidak tahu sejauh mana kalian mengenal nama ini. Ramai yang mengetahui, mungkin juga ramai yang telah lupa di luar sana. Mungkin juga ada yang tidak mengenali. Na’uzubillah.

Ada sesuatu yang saya ingin ceritakan tentang insan hebat ini.

“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin”.

Masih ingatkah kalian…

Siapa yang baginda sebut-sebutkan di akhir nafas baginda?

Ummatku, ummatku, ummatku..

Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekalipun melihat wajah-wajah kita? Namun cintanya begitu tinggi sehinggakan baginda mengingati kita di saat sakaratul mautnya.

Insan Sempurna itu juga pernah bersabda:

“Sesungguhnya aku merindui ikhwanku”

Sahabat-sahabat bertanya: “Siapakah Ikhwanmu ya Rasulullah?”

“Mereka yang tidak pernah melihatku, tetapi berpegang teguh pada ajaranku”

Pernahkah kita mengambil tahu tentang Rasulullah?

Kenalkah kita pada dia yang memperjuangkan Islam dan Iman untuk kita dahulu?

Pernahkah kita mengamalkan sunnah baginda?

Sayangkah kita pada baginda?

Rindukah kita?

Atau rindu dan sayangmu itu hanya untuk manusia yang fana?

Tidak pasti mana penghujungnya, syurga atau neraka?

Sedangkan Rasulullah s.a.w. sangat mengasihi kita..

Menangislah sahabatku jika kalian tidak pernah sekalipun, merindui Rasullullah s.a.w…

Katakanlah (Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Ali-Imran:31


Kasih Rasulullah vs Kasih Kekasih


Carilah cinta Allah dan Rasulmu sahabat-sahabat.

Allah dan Rasulmu itu lebih penting untuk meraih syurga..

Bukan cinta manusia yang tidak kita tahu mana penghujungnya..

Jauh sekali saya menentang kalian semua punya perasaan cinta. Saya juga tidak dapat lari. Sekali lagi saya tegaskan, cinta itu FITRAH.

Tetapi, ramai menjadikan cinta itu FITNAH.

Salurkan perasaan cinta kalian di tempat yang betul, halal dengan syariat. Bukan haram dengan maksiat.

Fikir dan renungkanlah..

Cinta kalian CINTA SYURGA atau CINTA NERAKA?


14 Feb vs 15 Feb.

Manakah pilihan kalian..?

KEMURKAAN atau RAHMAT Allah?


Salam kasih~🙂

2 thoughts on “Cinta Sesungguhnya!

    • salam perkenalan buat ukhti asrar..

      alhamdulillah,segala puji bg Allah..

      hm, sbnrnya ana pun xpasti gane.. sblum ni ada juga org tanya… cuba cari perkataan ‘subscribe’ kat blog ana.. ada x?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: