Antara Adat dan Ibadah ^_^

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, Allah s.w.t. masih memberi kesempatan hidup di atas muka bumi milik-Nya, masih juga tidak jemu-jemu memberikan pinjaman nyawa dan apa-apa saja nikmat-Nya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan?

Sudah lama tersimpan hasrat ingin berkongsi, my very first experience of wedding di rumah saya sendiri, namun baru hari ini Allah kurniakan kesempatan pada saya. Semoga ianya bermanfaat.🙂

Syukur pada Allah, pada 6 Mac yang lepas, kakak sulung saya telah melangsungkan perkahwinannya. Satu kelegaan dan kebahagiaan saya rasai bila semuanya selamat dan berjalan dengan lancar, walaupun agak kepenatan sepanjang majlis itu berjalan..

Selamat berbahagia akak..🙂

Dan yang paling gembira sekali, beberapa hari lalu saya terima berita dari kampung.. Kakak saya dah hamil 4 minggu, yeay! Saya pula terlebih excited.. Nak dapat anak sedara pertama dan nak dapat gelaran mak ngah..🙂

…. Bukan itu perkara utama yang ingin saya sampaikan..

 

Antara Adat dan Ibadah

Menyingkap kembali Majlis Perkahwinan tersebut, yang saya rasa banyak berlaku di majlis-majlis yang lain.. Dalam keseronokan dan kegembiraan mengadakan sambutan kenduri kesyukuran ini, jangan dilupakan elemen keberkatan.

Apabila dikatakan sebagai Majlis Walimatul Urus, seharusnya ia diringi dengan barakah berlipat ganda untuk pasangan tersebut, keluarganya dan tetamu yang hadir juga. Perkara yang dikesalkan dalam banyak majlis perkahwinan, adalah elemen kemungkaran seperti perempuan menyanyi di hadapan khalayak ramai dan lain-lain.. Sedangkan, para ulama’ seperti, Syeikh Ibnu Baz dan Prof Yusof Al-Qardhawi telah menggariskan, lima syarat hiburan itu dibenarkan. Antaranya ialah:-

1.Hiburan sekadar keperluan sampingan,

Yang dimaksudkan hiburan sekadar keperluan sampingan ialah, umat Islam boleh berhibur tetapi biarlah hiburan itu sekadar memenuhi kehendak naluri dan tidak berlebi-lebihan dalam berhibur contohnya, ada orang berhibur sehingga mengelengkan kepalanya sehingga mabuk (pening) dan ada yang melompat-lompat tanpa tujuan. Apabila masuk solat fardhu maka wajib menyelesaikan dahulu solat itu dengan khusuk dan tawadduk.

2.Hiburan yang memuja Allah swt,

Lirik-lirik dan alunan lagu tersebut mestilah ada unsure-unsur memuja Allah adan ada seruan untuk mentaati Allah. Selain itu juga, lag yang memuji Rasulullah, para sahabat dibenarkan dalam Islam bertujuan mengingat kembali sirah perjuangan para nabi dan sahabat. Lirik-lirik seperti memuja wanita, dan tiada unsur-unsur Islam (kebaikan) adalah haram.

3.Pemisahan penonton/pendengar antara kaum hawa dan kaum Adam,

Pemisahan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan, sekiranya tidak dipisahkan maka hukumnya adalah haram.

4.Penyanyi dan penghibur hendaklah di kalangan lelaki sahaja,

Maksud penyanyi dan penghibur hendaklah lelaki sahaja ialah lelaki dibenarkan menjadi penyanyi/penghibur kepada seluruh pendengar lelaki ataupun perempuan. Berlainan pula wanita menjadi penghibur/penyanyi, ada ulama’ membolehkan wanita jadi penghibur tapi dengan syarat yang menjadi pendengar/penonton adalah di kalangan perempuan sahaja dan tidak penghibur tadi tidak boleh menyebarkan hasil hiburan itu di kalangan kaum muslimin. Hukum wanita berhibur di khayalak ramai yang terdiri daripada lelaki dan perempuan adalah haram.

5.Tidak menggunakan alat muzik yang ditiup dan dipetik

Contoh alat muzik yang dipetik dan ditiup ini terdiri daripada seruling, bioala, gitar, dan lain-lain yang qias (sama) dari segi kegunaan dan fungsinya.

Bukankah lebih molek, jika majlis itu diiringi dengan hiburan yang memberi manfaat atau zikrullah.🙂

Teringat luahan seorang sahabat.. “Susah kahwin dengan orang Johor.. banyak sangat tol..”

Mendengar pengakuan ini, saya mengakui ianya benar. Adat dan tradisi yang berlaku di negeri kelahiran saya.. Johor. Banyak sangat pintu tol yang perlu dilalui.. yang menarik dan lucunya, mak cik2 dan pak cik2 yang banyak menunggu dihadapan pelamin dan pintu masuk. Jadi, lepas ni.. yang berhasrat nak menikah dengan orang johor, sediakan ‘angpau’ banyak2 la ye…

Sedikit perkongsian menarik di bawah ini tentang adat perkahwinan zaman sekarang dan larangan yang ada, berguna untuk bakal pengantin, ibu2 dan bapa2, juga untuk persediaan masa hadapan.. Selamat beramal  dan renung2kan.🙂

1 – Membuka Aurat

Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis walimah. Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Terdapat sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan menededahkan bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada… (mahram mereka)…” (Surah an-Nuur, 24: 31)

2 – Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita

Dari Abu Musa al-Asy’ary radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)

“Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki.” (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“… Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

3 – Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4886)

4 – Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan

Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam.

Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah:

“Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadis yang melarang lelaki mengenakan cincin emas…” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)

Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.

5– Adat Bersanding dan Pelamin

Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.

Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah:

“Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata:

“Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)

6 – Bersalaman Dengan Bukan Mahram

Di dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa:

“Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (al-Albani, Silsilah Hadis ash-Shahihah, no: 225)

Dan para ulama juga menetapkan serta menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri tidak pernah menyentuh wanita yang tidak halal baginya walau pun di dalam peristiwa bai’ah.

Berkenaan perkara ini juga, telah jelas di dalam al-Qur’an bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan supaya kaum lelaki dan wanita yang beriman supaya tunduk dari memandang kaum berlainan jantina mereka, maka apatah lagi jika perbuatan bersalaman atau bersentuhan, sedangkan perbuatan pandang memandang sahaja pun sudah ditegah.

7 – Sesi Nanyian-nyanyian, Muzik dan Kugiran

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Akan muncul dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamar (minuman keras), dan alat-alat muzik…” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)

Di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu menjelaskan dengan tegas bahawa muzik dan nyanyian adalah termasuk perkara yang tidak berguna.

Untuk perbahasan lebih lanjut berkenaan persoalan muzik dan nyanyi-nyanyian ini, dipersilakan merujuk kitab karya Imam Ibnul Qayyim, bertajuk Ighaatsatul Lahfan atau Syaikh al-Albani, bertajuk Tahriim Alath ath-Tharb, dan kitab syaikh al-Albani ini telah ada terjemahannya.

8– Adat Merenjis Air Mawar

Adat ini juga bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.

9 – Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran

Apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syari’at hanyalah memberikan mahar (maskahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan maskahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)

“… Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban…” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)

Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami).

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 24595)

Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadis.

Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)

Boleh rujuk untuk penelitian:

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2009/05/walimatul-urus-di-antara-sunnah-dan.html

Saya tidaklah mengatakan bahawa, semuanya adalah haram dan tidak dibenarkan. Hakikatnya saya tidak berhak untuk mengatakan seperti itu. Masa saya masih belum tiba, dan saya juga tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. In facts, pertimbangan keluarga kadangkala menjadi salah satu sebab mengapa adat-adat tersebut masih diamalkan..

Cukuplah, jika saya katakan.. selagi ia tidak melanggar syariat Islam yang Allah tetapkan, tidak menjadi masalah.. As simple as that..

 

Dan saya pula..

Mengimpikan majlis walimah yang ringkas dan penuh barakah..🙂


p/s: entah kenapa rasa banyak kelemahan pada penulisan kali ini, mungkin kerana tiada pengetahuan yang mendalam.. any comment? boleh nyatakan di sini.. saya nak belajar.. ^_^

2 thoughts on “Antara Adat dan Ibadah ^_^

  1. assalammualaikum…sya d cni skadr ingin meluah perasaan..tlebih dahulu..sya telah bernikh dgn suami sya pd 22/02/2009 ..sya sgt gembira n syukur dgn majlis bahgia kami..apa yg buat sya rasa bersalah sgt..adalh..terpaksa ikut adat resam …semua contoh2 haram Adat&Ibadah d ats telah berlaku d majlis sya..ttp sya mngaku ..sya x reti mengaji n jarang sembayang..mungkin sebap tu sya silap…sekiranya saya tahu pun..kemungkinan sya juga harus turuti kehendak org tua..tau jelah..kalau kita x buat kehendak mereka..kononnya org akan mngta..n buat malu..tahu jelah zamn sekrg…apa yg sya rasakan sekarang…adalah rasa dosa yg amat besar n rasa x puas hati ngan perkahwinan kami…semoga sahja Allah ampunkan kami sekeluarga…

  2. waalaikumussalam, maaf lambat reply respon ini..
    terima kasih atas sharing saudari..

    adat bukan sesuatu yang haram untuk kita ikuti selagi ianya tidak bercanggah dengan akidah yang kita imani…

    apa yang berlalu biarlah berlalu, apa yang penting adalah membetulkan apa yang telah berlalu itu supaya ia tidak berulang kembali..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: