Nilai Kehidupan

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, setelah sekian lama.. Allah beri juga keizinan untuk saya menziarahi blog yang saya kasihi ni. wah, rindunya..🙂

Semoga sahabat2 pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat, sentiasa berada dalam naungan rahmat Allah yang Maha Kuasa, yang keesaan-Nya tidak terbatas oleh suatu apa pun. 

Saya kini berada di KL, Kuala Lumpur, akan menjalani sesi praktikal selama 7 bulan bermula 6 Jun 2011 di Corporate Health, Safety and Environment (CHSE), Risk and Crisis Management. Nampak sepertu tiada kaitan dengan IT kan..? Saya bersyukur, walaupun Allah letakkan saya di sini, Allah beri peluang kepada saya untuk melakukan kerja-kerja IT.. saya tak minat programming, tapi Allah bagi saya yang itu.. Saya mesti redha! Kadang2 yang kita tak suka itulah yang terbaik untuk kita.. kan?..

Alhamdulillah, sesi praktikal yang telah berlangsung tiga minggu ini, memberikan banyak cabaran kehidupan yang saya perlu tempuhi bersama sahabat2 yang lain. Saya beruntung, kerana Allah pinjamkan mereka kepada saya.. ^_^

Cabaran kehidupan yang mengajar kami erti sebuah REALITI, bahawa kehidupan di luar sana bukanlah semudah yang dijangka.

Cabaran kehidupan yang mengajar kami erti sebuah KESUSAHAN, bahawa kehidupan ini bukan sekadar ada AKU, tetapi kehidupan ini ada KAMU dan KITA. 

Cabaran kehidupan yang mengajar kami erti UKHUWAH persahabatan, saat yang lain ditimpa susah, huluran tangan tidak pernah berhenti membantu sekadar mampu. Lengkap melengkapi menjadi semakin padu.. 

Saat ada air mata yang tumpah, tidak sedikit mereka memberikan sokongan, memberikan semangat yang kadangkala hilang tanpa sedar..

Cabaran ini mengajar kami pelbagai perkara.. 

Praktikal bukan sekadar KERJA, tetapi ia adalah suatu LATIHAN praktikaliti apa yang kami belajar, fahami dan hayati selama ini.  Ya, TEORI yang menjadi PRAKTIKAL. Di sini lah nilai TARBIYAH di nilai. Sejauh mana kita mampu bertahan. Sejauh maha kita mampu berjuang. Sejauh mana kita mampu istiqamah..

Langkah seorang daie, tegap berdiri, melangkah gagah ke medan melaksanakan matlamat! Bukan semudah itu, tapi syahid menjadi motivasi yang paling berkesan. InsyaAllah.

Nilai Kehidupan

 

Saya teringat kata-kata sahabat saya, pada satu malam.. di mana perbincangan itu membuat saya berfikir panjang..

“.. Menarik kan hidup kita..?”.. kata sahabat yang tiba2, saat itu dia sedang makan, dan saya sedang membaca..

Saya yang kepelikan dengan soalan sahabat saya itu, kembali bertanya..

“Hm.. Menarik2.. Tapi menarik macam mana tu? Mungkin menraik awak tak sama dengan menarik saya..”

Lalu sahabat saya menjawab..

“Masa nilah baru rasa hidup susah..”

Memang sedikit susah, malam itu Allah berikan rezeki yang lebih kepada kami, ikan masak asam pedas, dan sayur kubis masak tumis.. Alhamdulillah. Apa yang kami makan sebelum ini, selalunya sambal tumis ikan bilis yang menyelerakan, ikan masin.. 

Tapi saya masih belum rasa yang kami susah..

“Tapi saya tak rasa kita susah sangat..”

“Background kita kan berbeza..” Jawab sahabat saya..

Benar, kami datang dari latar belakang yang berbeza. Makanan harian yang berbeza. Cara hidup yang berbeza.

Saya datang dari kelompok keluarga yang sederhana, ramai adik beradik, makan juga ala kadar. Saya amat bersyukur untuk itu. Mungkin kerena telah terbiasa, saya tidak merasa terlalu susah sekarang ini..

Namun, saya kagum dengan sahabat saya.. Tidak pernah sahabat saya itu merungut, walaupun dia mampu makan makanan yang lebih baik dan sedap dari apa yang kami makan.. 

“Rasa2nya kan, kalau ada orang yang bukan macam kita ni duduk sekali ngan kita, agak2 dia dapat terima tak kita hidup cam ni..? rumah kecil, makan pun ala kadar, ikan masin dengan sambal ikan bilis..” Saya tiba2 terfikir..

Sahabat saya tergelak kecil..

 

********

Hargailah kehidupan.. Walaupun sesukar mana perlu ditempuhi, ia tetap bermakna.. Mengajar pelbagai perkara, yang akhirnya menjadikan kita setabah manusia di muka dunia.

Bersyukur dengan apa yang ada, bersabarlah dengan apa yang tiada.

 

salam kasih.

 

p/s: maaf xde gambar kali ini..🙂

 

 

 

12 thoughts on “Nilai Kehidupan

    • wah.. azi.. apa habaq? lama x dengar cite..?😛

      ye, insyaAllah.. semoga menjadi ingatan yg baik buat semua..

      p/s: maaf ye azi, janji ziha pd azi kelmarin xtertunai lagi..

      • alhamdulillah ziha. sihat walafiat..
        hmm, pasal tu takpelah. mungkin ziha sibuk dan azi pun faham. hu3… tapi kalau ada masa terluang jangan lupa. tetap akan menanti.🙂

      • alamak, kesiannya azi tunggu..

        ziha cuba sedaya mungkin utk usahakan, insyaAllah..

        p/s: kirim salam ‘assalamualaikum’ pd bakal zaujah azi ye.. kad wangi jgn lupa kirim pd ziha..

  1. takpe, biasa dah menunggu…

    tentang 22hb ni dengar macam seronok je. kalau boleh memang azi nak pergi tapi azi ada program khamis sampai sabtu ni. tak dapatlah azi datang.

    insyaallah akan azi sampaikan. azi pun dah lama tak kontek dia secara peribadi. kalau call pun mesti mak dia ada sebelah. hu3…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: