Bunga-Bunga Cinta

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t.

*****

Bunga-Bunga Cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

 Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Membuncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Memboncah di hati harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

*****

Mode: Tazkirah Baitul Muslim.. ^_^

Bunga-bunga Cinta. Hati saya berbunga-bunga saat mendengar lagu ini.. (ceh3..) Ada sesuatu yg tersirat, dalam maksudnya. Sejujurnya, saya sukakan alunannya, dan saya sukakan maksud tersirat yg mungkin hanya mengikut tafsiran saya..

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Di sini, bait2 cinta tercipta. Tinggal kita yang memutuskan, diluahkan dalam kepalsuan cinta dan perasaan, atau dipendam sahaja hingga waktu keberkatan itu membenarkan. Cinta yang tinggal di dalam hati, tanpa di luahkan kerana takutkan kemurkaan Tuhan Yang Rahman.. itulah cinta yang sebenar. Cinta yang disandarkan kepada pencipta CINTA.

Masih ingatkah kita, sebuah hadis Nabi yang pasti melegakan hati sesiapa sahaja yang sedang jatuh cinta tapi tidak pernah sekali pun meluahkan rasa yang terpendam? Percayalah, hadis ini sangat melegakan..

 “Barangsiapa jatuh cinta, kemudian menahan dirinya, tidak meluahkan perasaannya lalu mati, maka matinya itu ialah syahid”

Tidak ada gunanya cinta itu diluahkan tanpa syariat membenarkan. Kelak, mengundang seksa neraka yang tidak berkesudahan.

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Membuncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Masih ingat kisah Zaujah Nabi S.A.W, Khadijah Ummul Mukminin yang mulia di sisi Allah, dan di pandangan sejarah?

Saat Nabi s.a.w berada dalam ketakutan mendapatkan wahyu yang pertama dari Allah s..w.t, saat Nabi Muhammad berselimut itu.. Khadijah berada di situ, menenangkan Nabi sebagai seorang isteri, penyejuk mata, penenang di hati.

“Kamu orang yang baik, tidak pernah menipu dan berbuat maksiat. Tidak mungkin Tuhan akan menzalimimu..”

Begitu kata Khadijah menenangkan suaminya..

Masih ingat kisah Ummu Salamah?

Sanggup kehilangan suami dan anak-anak tercinta demi perjuangan Islam. Saat suaminya syahid, Ummu Salamah berasa sedih.. Sedih bukan kerana kehilangan suami tercinta, tetapi sedih kerana tidak ada lagi insan yang akan menyambung perjuangan, berperang bersama Rasulullah s.a.w. Waktu itu anaknya menyahut seruan perjuangan, pergi mengikuti jejak si bapa sehingga semuanya syahid.. Allahu Akbar!

Janji itu terpatri. Janji bersatu kerana perjuangan Islam. Janji yang akan bertemu kekal abadi di syurga.

“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.”

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Rasa cinta yang halal tidak akan sama dengan rasa cinta yang tidak halal. Cinta dalam keberkatan, tidak akan sama dengan cinta dalam kemungkaran. Cinta yang dibina dengan permulaan yang tulus, tidak akan sama dengan cinta yang bermula dengan kemaksiatan. Cinta yang dibina kerana Allah, tidak akan sama dengan cinta yang dibina kerana dunia dan seisinya.. Cinta yang dibina kerana Islam, tidak akan sama dengan cinta yang norma. Cinta yang dibina kerana perjuangan, tidak akan sama dengan cinta yang dibina dengan syarat yang biasa.

*****

Sampai masa tibalah waktu,
Redup hati kaum berdua,
Apabila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.

 

Bila mata bertentang mata,
Dari mata turun ke hati,
Apabila hati mula berkata-kata,
Itu tanda cinta mula bersemi. 
Salam kasih..🙂

5 thoughts on “Bunga-Bunga Cinta

  1. ehem..
    ape yang eham-ehamnye..
    kite ni dah berumur 21 tahun..
    dah patut fikir dari sekarang..
    semalam kn dah kantoi dengan member sebaya yang dah kawen..mai, ziha..bile nk dapat kad wangi ni~~

    • nice one isma.. haa, kan dah kene mai..😛

      p/s: nak dpt kad wangi kami, kene lah tunggu isma selamat dulu.. ^_^

  2. cintaku tak seindah bunga yg sdang brsemi,mlainkan sperti bunga yg layu tnpa trsiram air hujan,sdangkan cintaku padamu besar bagaikan air hujan yg trun dri langit yg takan mampu kau hitung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: