USD 24 Juta?

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari yang lalu, sedang saya khusyuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat.. Terdengar suara gelak ketawa dua orang kakak yang juga eksekutif di situ. Saya yang sedang khusyuk, tak semena-mena tertarik, diam-diam memasang telinga..πŸ˜€

“Weyh, ko baca tak berita hari ni.. Rosmah Mansor beli cincin harga 24 Juta USD!!”

“Ha.. ye ke?”

“Ha.. yelah. Dia kata dia menabung dari kecik..”

“Ye je, ko tak tengok ke rumah dia cam ne dulu.. mak ayah dia cikgu je kot..”

Saya yang mendengar terus-terus memasang telinga. Sejujurnya, saya sangat terkejut. Rasa lucu pun ada dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan. Kenapa? Anda pasti dapat meneka..

“Meh aku kira Rosmah kene menabung bape banyak setiap tahun.. anggar la dr die kecik.. skrg umur 50 ++.. 24 Juta USD, lebih kurang 74 Juta duit Malaysia..”

Teliti kakak ni mengira, saya jadi tertarik..

“Wah, 1,480,000 perlu dikumpulkan dalam setahun.. bermakna dalam sebulan dia kene kumpul 123, 333 duit Malaysia..”

Hm.. betul jugak tu.. saya benar2 tertanya2. Bagaimana 74 Juta boleh dikumpulkan dalam masa lebih 50 tahun. Mungkin beliau ada tips.. Saya percaya ia tidak mustahil.

tapi, ada yang kata cincin ni berharga RM24 juta, bukan USD 24 Juta.. Apapun nilainya, ia tetap bernilai jutaan ringgit.

Bukan itu isi yang ingin saya sampaikan.

Saya memuji sikap Datin Seri Rosmah, menabung sejak kecil.. Mengajar rakyat Malaysia supaya mencontohi perbuatannya. Siapa kata anak seorang cikgu tidak mampu untuk mengumpul RM24 Juta atau USD 24 Juta sepanjang hidupnya..?

Namun, kebenaran di sebalik kenyataan ini hanya Allah dan beliau yang mengetahuinya. Kita dan rakyat mampu berfikir dengan bijak, maka berfikirlah dengan saksama.

Saya sejujurnya, agak kesal. Sebelum ini, beberapa minggu sebelum ini, mendengar berita dari satu sumber yang sahih, bil elektrik PM berjumlah RM160000 sebulan! Inikan pula berita dari Utusan, media pro-kerajaan..

****

Setiap hari pergi dan pulang dari kerja, tidak pernah sehari pun saya melihat jalan-jalan yang saya lalui tanpa insan-insan yang meminta ehsan atau sedekah. Bekerja di sekitar Kuala Lumpur, akan membiasakan anda dengan perkara-perkara sebegini, tidak kurang perkara selainnya.

Saya menyesali. Bukankah lebih bermakna wang yang banyak itu diberikan kepada golongan-golongan ini supaya mereka dapat membina kehidupan yang baru.Β 

Menurut perkiraan saya, jika benar beliau membelanjakan 24 Juta ringgit Malaysia, 80 buah rumah berkos RM300000 dapat dibina untuk keluarga-keluarga sebegini.

Dan jika benar beliau membelanjakan 74 Juta ringgit Malaysia, 246 buah rumah berkos RM 300000 pula dapat dibina.

Jika bukan rumah sekalipun, modal-modal untuk berniaga pasti sudah lebih dari cukup untuk membantu kehidupan mereka.

Fikir-fikirkan. Renung-renungkan..

Salam kasih.πŸ™‚


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: