Phase 1: Itu Tudung Ramadhan!

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t. Ramadhan telah 8 hari berlalu. Muhasabah amalan, berpuas hatikah? Diterima Allah kah? Hanya Allah yang layak menilai keikhlasan hati..

Teringat satu sesi tazkirah yang disampaikan oleh seorang Ustaz muda di Masjid Ubudiyah, Kuala Lumpur. Tazkirah yang diselang selikan dengan solat tarawikh berjemaah empat rakaat itu berjaya menarik perhatian ramai dengan jenaka yang bersahaja.

“Ramadhan ni ada tiga fasa, sepuluh hari pertama adalah rahmat. Sepuluh hari kedua adalah keampunan atau maghfirah, dan sepuluh hari terakhir dijauhkan dari azab api neraka.”

“Malam ni malam yang keempat ramadhan termasuk dalam fasa yang pertama. Ramai betul orang datang malam ni, tapi yang paling penting adalah istiqamah selepas ramadhan. Jangan masa ramadhan je kita ni rajin pergi masjid, lepas ramadhan masjid kita tinggalkan.”

“Hasil dari latihan ramadhan adalah berbuahnya rasa taqwa.”

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Al-Baqarah:183)

“Ada satu kisah. Seorang pelajar tingkatan lima berjumpa dengan saya di bulan Ramadhan. Dia kata..

‘Ustaz, saya rasa nak berubah. Saya nak pakai tudung.’

‘Alhamdulillah, Allah beri hidayah pada kamu. Kamu nak berubah, silakan. Tapi jangan buka tudung kamu lepas bulan Ramadhan. Nanti orang sekeliling kamu akan kata..

Oh, itu TUDUNG RAMADHAN!

“Seperti mana juga orang yang rajin ke masjid hanya di bulan Ramadhan. Orang akan berkata.. Oh, itu MASJID RAMADHAN..”

“Dan seperti orang yang banyak beramal hanya di bulan Ramadhan. Orang akan berkata.. Oh, itu AMAL dan IMAN RAMADHAN..”

Mendengar butir bicara ustaz muda ini, saya mula bermuhasabah diri. Meneliti dalam diri, sama ada ADAKAH ITU AKU? Nauzubillah. Bersihkan NIAT. Beramal bukan untuk Ramadhan, tapi hanya untuk ALLAH. Jangan jadi hamba Ramadhan. Jadi hamba Allah.

Kerenah & Keletah

Pertama kali saya menjalankan ibadah puasa di tempat orang. Oppss, silap. Pertama kali sebagai seorang pekerja walaupun bukan sepenuhnya. 

Surau berdekatan dengan apartment yang saya duduki sekarang, saya jadikan sebagai salah satu tempat untuk saya solat sunat tarawikh berjemaah. Surau al-amin namanya. Syukur, Allah beri tempat terbaik untuk saya dan sahabat2 diami. Tempat yang dekat dengan musolla.

Alhamdulillah, surau ini hidup dengan tadarus al-Quran setiap malam selepas tarawikh dan morikh. Menariknya, muslimin yang sediakan morikh di surau ini. Sungguh, kagum dengan muslimin di sini. Benar-benar mencontohi sunnah baginda s.a.w., membantu kerja-kerja rumah.🙂

Kembali pada perkara asal.

Satu perkara yang saya kagumkan tentang tadarus alquran yang biasanya dianggotai oleh wanita-wanita berpangkat makcik juga nenek ini, adalah keistiqamahan mereka bertadarus alquran. Setiap hari, setiap malam. Baru hari kelapan, mereka dah selesaikan juzu’ 16. Subhanallah, hebat! Semoga istiqamah saya dan mereka juga selepas Ramadhan.

Mengingat kembali kerenah makcik2 ini, buat saya tersenyum sendiri. Jarang sekali dapat berkumpul dengan masayarakat Kuala Lumpur seusia mereka. Ya, ini pertama kali saya bertemu mereka.

Pelbagai ragam yang mencuit hati. Ada yang tertawa saat bacaannya salah, diikuti gelak ketawa yang lain. Ada yang berbual perihal anak-anak semasa rakannya yang lain sedang membaca. Saya pernah berhenti seketika, saat saya membaca dan mereka bersembang. Lama, sehingga mereka tersedar akan tindakan saya dan mula menumpukan perhatian semula. Ngee~~ Yelah, suara saya perlahan. Kalau orang berbual, maknanya susah la nak dengar..🙂 Hanya itu yang mampu dilakukan saat ini. Bila difikirkan kembali, itu realiti di mana2 jua pun kita berada. Peranan perlu dimainkan..

Just a sharing. 

Penantian Ramadhan

Ini pula satu tips dari rancangan Tanyalah Ustazah. Mungkin boleh dipraktikkan pada penantian Ramadhan akan datang. 

“Satu hari, ada seorang wanita datang bertemu seorang ustaz.”

‘Ustaz, saya xpernah menanti ramadhan. Setiap kali Ramadhan tiba, saya tak rasa lain. Seolah-olah tiada perasaan menyambut Ramadhan’

‘Beginilah, dari sekarang kamu buat countdown Ramadhan. Letak kat mana-mana tempat yang senang kamu nampak. Nantikan Ramadhan dengan cara itu..’

“Maka, wanita tadi pun melakukan apa yang ustaz tadi pesan. Seawal bulan Rejab dan Sya’ban, hinggalah Ramadhan tinggal cuma sehari..”

“Seperti biasa, wanita tersebut datang menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid pada malam 1 Ramadhan. Tiada apa yang dirasakan wanita itu. Sehinggalah imam melaungkan kalimah suci itu..

“Subhanal malikil maujud, subhanal malikil haiyilladzi la yanamu wa la yamutu wa la yafutu abada, subbuhul quddus, rabbana wa rabbul malaikati warruh, subhanallahi walhamdulillahi wa la ilaha illallahu wallahu akbar, wa la haula wa la quata illa billahil ‘aliyil adzim”. 

“Saat itu, jiwanya terasa bahawa itulah yang dinantikan selama ini. Ya, perasaan itu yang tidak pernah dirasakan. Air mata bahagia menitis. Tersungkur ia sujud syukur di situ. Bersyukur atas peluang yang diberikan.”

Subhanallah. 

Tetapi, berapa ramai antara kita yang menantikan Ramadhan?

****

Apapun, mari sama-sama tingkatkan amal dan iman.

Ramai Muslim lulus fasa pertama. 

Bagaimana dengan fasa kedua dan ketiga?

Oleh itu, selamat bermujahadah untuk kita. 

“Ramadhan adalah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan diakhirnya adalah pembebasan api neraka.” (HR Baihaqi)

Selamat menjalani ibadah puasa. Puasa bukan hanya di perut!

Salam kasih.🙂

2 thoughts on “Phase 1: Itu Tudung Ramadhan!

  1. Subhanallah, post yang baik..tahniah, Saya pun selalu kagum dengan makCIk2 yang ajak kite tadarus disurau tu. Suare yang kian dimamah usia itu mengalunkan al-Quran dengan baik dan sedap. Mereka ni comel sangat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: