Memaknakan Ramadhan

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t.

“Assalamualaikum kak norsi..”

“Waalaikumussalam..” Sambil khusyuk menghadap komputernya, kak norsi sempat tersenyum simpul dengan lirikan matanya menyapa, menjawab salam yang saya hulurkan. Seperti biasanya, kak Norsi akan sentiasa lebih awal ke pejabat dari saya walaupun jam di tangan, baru menunjukkan angka 7.40 pagi.

“Oh ye, esok nuzul quran kan? KL amek cuti tak kak?”

“Tak la dik, terengganu cuti lah..”

“Oh ok, terima kasih.” Terima kasih saya hulurkan kepada kakak yang baru saya kenali 2 bulan yang lepas, sambil berlalu ke tempat kerja saya.

Sedikit keluhan saya lontarkan. 

‘1 Ramadhan tak cuti, Nuzul Quran pun tak cuti. Entah sedar entah tidak mereka, yang malam ni 17 Ramadhan.. Malam diturunkan al-Quran.’

Ya, peranan perlu dimainkan di situ.

Al-Quran itu Cahaya

Saya pasti, sebagaimana saya kalian juga punya matlamat yang ingin dicapai semasa bulan Ramadhan. Mungkin sahaja, khatam Al-Quran satu juzuk misalnya, solat tarawih penuh dan pelbagai lagi. Letakkanlah matlamat. Andai tercapai, syukur pujian bagi Allah. Semoga amalan yang kita lakukan membuahkan rasa taqwa kepada Allah. Andainya tidak, kita sedia tahu kita telah berusaha ke arah itu.

Ada sesuatu yang jauh lebih baik dari amalan-amalan yang banyak semasa Ramadhan.

Itulah ISTIQAMAH dan IKHLAS.

Sabda Rasulullah saw : ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan- amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Walau bagaimana banyak ibadah dan kerja buat yang kita lakukan, tidak ada gunanya tanpa amalan itu berpanjangan. Walau berterusan amalan, tidak akan gunanya juga tanpa keikhlasan yang diletakkan.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.” (Riwayat Muslim)

Ada banyak khilaf tentang kisah penurunan Al-Quran. Ada hujah yang mengatakan al-Quran diturunkan pada malam 17 Ramadhan, ada yang mengatakan al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan. Penting untuk diketahui, tetapi lebih penting lagi untuk mengetahui atas sebab apa al-Quran diturunkan dan isi-isinya.

Ramai yang menyedari kewujudan al-Quran,

Tetapi ramai yang tidak menyedari kepentingan al-Quran.

Ramai yang bertadarus membaca al-Quran,

Tetapi ramai yang tidak mengetahui isi kandungan al-Quran.

Ramai yang membaca terjemahan al-Quran,

tetapi ramai pula yang gagal mengamalkan.

Berkata yang semudah di bibir, mungkin juga itu saya. Nauzubillah.

Betapa ramai yang gagal menghayati al-Quran dalam kehidupan, baik di peringkat Fardhu Muslim, Baitul Muslim, Mujtama’ Muslim dan Daulah Muslim. 

Firman Allah s.w.t  

“Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui”.(Hud:01)

“Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara hak dan batil).”(al-Baqarah:185)

“Dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar:17)

Bacalah al-Quran. Faham. Hayati. Amalkan.

Jom! Sama-sama hayati Ramadhan dan puasa kita.

“Berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecuali lapar dan dahaga.” (HR An-Nasai)

Salam kasih.🙂

3 thoughts on “Memaknakan Ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: