Phase 3: Respect Your Limits

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Ramadhan!

10 hari lagi yang tinggal. Muhasabah amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan, berjayakah menghasilkan taqwa?

Respect Your Limits

Hari ini Allah berikan peluang kepada saya menghadiri satu ceramah berkaitan ‘Balik Kampung Campaign’ yang dianjurkan oleh PETRONAS, khusus untuk staff-staffnya yang majoritinya akan pulang ke kampung hujung minggu hadapan. Sesi ceramah yang mengambil masa selama empat jam, juga diselang-selikan dengan video-video menarik itu benar-benar menarik hati saya. Perasaan lucu yang hadir membuatkan saya sering tertawa bahagia.🙂

Izinkan saya kongsikan sedikit ilmu yang saya dapati di sana. Ceramah yang bertajuk ‘Respect Your Limits’ ini disampaikan oleh seorang lelaki 30-an daripada PLUS. Maaf ye sahabat, saya lupa namanya.. Ada tiga isi penting yang disampaikan.

1. Respect Your Body

2. Respect Your Vehicle

3. Respect the Regulation

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh PLUS, statistik penyebab kemalangan yang telah berlaku adalah disebabkan Human Factor.

Apakah itu Human Factor atau Faktor Kemanusiaan?

Human Factor yang dimaksudkan ialah speeding, sleeping, not focus dan sebagainya. 

Percaya atau tidak, peratusan yang terbesar penyebab kemalangan berlaku adalah speeding. Lebih-lebih lagi di lebuh raya. Kan?😀

Respect Your Body. Maksudnya, sebagai seorang manusia kita sedia tahu kemampuan tubuh kita yang memerlukan rehat. Jadi, pastikan anda mengambil rehat secukupnya sebelum memandu pulang ke kampung. Ingat, anda tidak menjaga nyawa anda sendiri, tetapi nyawa keluarga anda juga. Pastikan juga, anda berhenti rehat sebentar di mana-mana RnR selepas memandu selama dua jam. Hal ini kerana, kajian membuktikan yang manusia yang boleh memberi perhatian dalam pemanduan selama dua jam sahaja. Bak kata encik PLUS..🙂

Respect Your Vehicle. Pastikan kereta anda dalam keadaan yang selamat untuk pemanduan yang jauh ye sahabat-sahabat. Ambil masa untuk service kereta anda. Kereta juga punya kebajikan untuk kita jaga. Anda lebih tahu itu. Sebabnya saya hanya ada kereta sahabat saya untuk dijaga.

Respect the Regulation. Patuhi peraturan jalan raya. Pakai tali pinggang keledar anda untuk keselamatan diri anda dan keluarga. Patuhi had laju yang telah ditetapkan.

Mungkin ada yang akan kata,

“Kalau nak mati, mati juga kan walaupun kita patuhi semua peraturan?”

Ya, saya tidak menafikan pernyataan itu. Tetapi sebagai manusia yang telah Allah ciptakan, kita punya peranan untuk memelihara nyawa kita dan juga nyawa keluarga kita. Ajal dan maut, hanya Allah yang mengetahui. Tugas kita hanyalah berusaha memelihara apa yang telah Allah beri. 

Respect Alquran’s Guideline

Ada sesuatu yang bermain di benak fikiran saya semasa mendengar butir-butir bicara encik PLUS tadi.

Ia tentang KITA.

Ya, tentang KITA yang bernama MANUSIA.

Yang dibicarakan di atas hanyalah peraturan jalan raya atau panduan yang diperlukan untuk memastikan diri dan keluarga kita selamat sampai ke kampung halaman.

Kali ini, saya ingin berkongsi perkara yang lebih besar. Perkara yang terkadang KITA yang bernama MANUSIA selalu lupa. Lupa tentang PERATURAN hidup yang Allah tetapkan dalam Al-Quran.

Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, (menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (al-Baqarah: 02)

Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) … (al-Baqarah: 185)

Ramai manusia ingin bebas. Tetapi erti kebebasan itu disalah ertikan. Bebas dari segala peraturan yang Allah tetapkan, hingga diri sendiri binasa merana hingga ke akhir usia. Tiada lagi keampunan, bila sakarat tiba dengan munkar di hati masih beraja. Nauzubillah.

Berhibur di kelab malam, menghisap dadah, melakukan seks luar nikah, minum arak dan sebagainya. Percaya atau tidak, ramai remaja berpegang kepada prinsip kebebasan sebegini. Hidup yang sebegini, bebas dari peraturan Allah taala sedangkan Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah, bahawa sesungguhnya al-Quran itu diturunkan untuk membedakan antara yang hak dan yang batil… Juga antara yang buruk dan yang baik.

Hanya kita yang tidak cuba mengambil iktibar.Cuma kita yang tidak mahu mencari.

Jangan Jadi Hamba Akal

Saya teringat satu sesi Kuliah Zuhur yang saya hadiri di Surau Al-Muhsinin baru-baru ini, oleh Ustaz Yusaini Yahya…

‘Buat ibadah dengan penghayatan, bukan kefahaman..”

Saya yang baru sahaja tiba di situ, agak terpinga-pinga… Dalam hati saya sedikit ragu,

“Yeke ustaz ni? Bukan dengan kefahaman dulu ke baru timbul ikhlas dan penghayatan..?”

Seperti mengetahui apa yang tersirat dalam hati saya, ustaz menyambung bicaranya,

‘Ketika zaman Rasulullah s.a.w, ada dua golongan manusia.. Satu golongan yang tidak mahu menerima Al-Quran, satu lagi golongan yang benar-benar beriman dengan al-Quran..’

‘Golongan yang tidak mahu menerima al-Quran ini, kita boleh lihat dalam diri Abu Jahal. Seorang manusia yang berbangsa Arab, memahami maksud al-Quran tetapi tidak mahu menerima isi yang terkandung dalam al-Quran..’

‘Agaknya kenapa ya?’

‘Sebabnya, akal Abu Jahal yang tidak boleh menerima al-Quran.. Jangan jadi hamba kepada akal, jadi hamba Allah. Hamba Allah menerima sesuatu perkara yang terkandung dalam al-Quran dengan IMAN.’

‘Lihat sahaja Abu Bakar as-Siddiq. Bagaimana beliau boleh mempercayai perkara yang tidak masuk dek akal sekalipun? Bagaimana ia boleh mempercayai peristiwa Isra’ dan Mi’raj, yang bilamana perkara ini disampaikan kepada orang Quraish Mekah.. Mereka mengatakan Muhammad seorang yang gila?’

‘Ini kerana ia menerima dengan IMAN kepada Allah, IMAN kepada Rasulullah s.a.w.’

Satu lagi contoh yang disebutkan oleh Ustaz Yusaini dalam Kuliahnya.. Bagaimana tahap iman masyarakat Islam yang baru menerima Islam pada masa itu, pada saat perintah hijab diturunkan kepada muslimat..

Keadaan muslimat pada masa itu tatkala mendengar ayat (surah al-ahzab) perintah hijab diturunkan, mereka segera pulang.. Menutupi aurat mereka dengan apa-apa jua jenis kain yang ada. Yelah, dulu mana ada tudung yang cantik molek seperti apa yang kita ada sekarang. Lihat, tanpa banyak soal mereka menerima dengan IMAN yang mereka ada terhadap Allah s.w.t.

Namun, saya tidak menafikan kepentingan kefahaman. Kefahaman itu penting dalam menjamin keistiqamahan. Dengan kefahaman kita semakin mantap dengan apa yang kita lakukan.

Analoginya sama seperti anak-anak kecil yang disuruh untuk solat. Padahal, ia tidak tahu menahu mengapa perlu berbuat demikian? Sama seperti kita dahulu.. Tetapi, kita manusia yang diberikan pertimbangan pada fitrahnya. Semakin menginjak usia kita, sepatutnya langkah perlu kita majukan kehadapan untuk memahami Islam secara menyeluruh. Iman semakin mantap, dan kita semakin tahu atas sebab apa kita wujud di atas muka bumi.

Jadi, pastikan kita semua menjadi orang-orang yang beriman.. Mencari ilmu untuk iman.

Jadilah hamba Allah, bukan hamba akal. Bila akal tidak dapat menerima, biarlah iman dalam dada yang menguruskannya.

Sebab itulah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda..

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.”

Punca Segala

“Jadi pemandu teksi ni, kadang-kadang menguji dik. Besar ujian..”

Tak semena-mena pak cik teksi ini memulakan topik bicara yang baru setelah panjang lebar bercerita tentang keluarganya. 

‘Err, kenapa pak cik?’

‘Bukan pak cik nak tengok, taknak tengok.. Tapi kalau dah pakai pakaian entah apa-apa, susah nak elak dik. Syaitan ni dok kata kat pak cik.. “Tengoklah, tengoklah..”‘

‘Erm, ramai ke anak-anak muda remaja malam-malam buta pak cik.. yang mabuk dan sebagainya?’

‘Majoriti orang Melayu dik..’

Waktu itu saya dalam perjalanan ke Kota Damansara, menghadiri majlis buka puasa bersama-sama rakan-rakan seperjuangan saya.

‘Diorang ada sembang-sembang dengan pak cik?’

‘Ada, diorang ni kadang-kadang sunyi kat umah. Mak ayah sibuk berbusiness, pergi outstation sana sini.. anak-anak ditinggalkan.. kurang kasih sayang..’

Benar. Ramai ibu bapa yang tidak sedar, kasih sayang tidak boleh didapati dengan wang semata-mata. 

Pokok asasnya adalah dari keluarga. Pendidikan keluarga. Sejauh mana usaha ibu bapa untuk membentuk anak-anak dengan penghayatan Islam.

Ramadhan Phase 3

Akhir kata, selamat mengejar lailatul qadar sahabat2.

Semoga kita istiqamah dan diampunkan dosa-dosa oleh Allah s.w.t.

Semoga berkat dan bermanfaat apa jua yang tertulis di sini.

Salam kasih.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: