Pagi yang hening~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum w.b.t.

http://www.rakanmasjid.com

Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

“Barangsiapa dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan maka Allah akan berikan pemahaman terhadap agama ini.” (HR Bukhari dan Muslim)

Lama saya tidak menulis di sini, kira-kira 5 bulan berlalu tanpa sebarang tinta. Tinta mutiara hikmah yang seharusnya menjadi kemestian buat saya, terpaksa saya tinggalkan sebentar atas komitmen yang lain.

Alhamdulillah, masih diberikan peluang oleh Allah untuk menghirup nafas segar kurniaan Allah pada hari ni, diberi kekuatan lagi untuk kita memperbaiki dan mensucikan diri.

Allah berfirman,

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Al-Baqarah:222)

Tergerak untuk berkongsi beberapa perkara yang juga dikongsi dalam usrah bersama adik-adik semalam. Usrah yang sangat seronok dengan keletah adik-adik yang mengujakan dengan pelbagai kerenah; agak membuatkan saya sentiasa tergelak lucu. Itulah manisnya sebuah ukhuwah atas dasar akidah Islam yang terjalin sejak beberapa ketika. Saya kira, inilah nikmat paling indah berada di kampus tercinta ini. Nikmat taqarrub billah dengan usrah!🙂

7 Sunnah Nabi s.a.w

Bertahajudlah, kerana di situ terletak kemuliaan seorang mukmin.

Sabda Rasulullah s.a.w.,

“Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi,

“Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas.” (Mutafaqqun Ilaih)

Bacalah Al-Quran kerana itulah surat cinta Allah untuk kita, ia mensucikn jiwa dan karat yang ada dalam hati kita. Ia juga life manual kurniaan Allah buat kita.

Sabda Nabi s.a.w,

” Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. “

Sesungguhnya Al Quran mempunyai 3 hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya :

1.    Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya

2.    Hak untuk bertakbir atau memahaminya dan menjiwainya

3.    Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya

Beberapa peringatan untuk kita bersama :

1.    Al Quran diturunkan adalah untuk dibaca dan diamalkan bukan setakat dijadikan perhiasan

2.    Al Quran tidak akan menjadi syifa’ ( ubat ) bagi orang-orang yang ingkar dan zalim

3.    Al Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa.

4.    Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah Al Quran dengan izin Allah

5.    Pesan Nabi Muhammad S.A.W :

” Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku. ”  (HR Muslim)

Solat berjemaah di masjid. Pahala menunaikan solat Subuh dan Isyak dengan berjemaah sama dengan melakukan solat semalam suntuk yang dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.

“Barangsiapa melakukan solat Isyak dengan berjemaah, maka seolah melakukan solat separuh malam. Dan barangsiapa yang melakukan solat Subuh dengan berjemaah maka seolah melakukan solat semalam suntuk.” (HR Muslim)

Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Berilah khabar gembira pada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna di hari akhirat.” (HR Abu Daud dan Tarmizi)

Melakukan solat jemaah Subuh dan Asar tepat pada waktunya termasuk sebab yang memasukkan seseorang ke syurga dan selamat dari seksa neraka. Rasulullah bersabda:

“Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam (solat subuh dan Asar.”) (HR:Muslim)

Ruginya tidak berjemaah!

Adakah tanda-tanda ini pada kita?

“Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna (kelebihan) yg tersirat di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaq Alaih) 

“Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Al Ma’un 4-5)

Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud:

“Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.” (Muttafaq Alaih)

Lakukanlah solat dhuha, kerana dhuha itu pintu segala rezeki. 

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu;

“Supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dari Anas Bin Malik, “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata:

“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Bersedekahlah setiap hari, kerana sedekah itu tanda kita bersyukur dengan rezeki yang kita ada.

Rasululullah S.A.W bersabda :

“Tak ada suatu hari pun seorang hamba berada di dalamnya, kecuali ada dua orang malaikat akan turun; seorang diantaranya berdo’a, “Ya Allah berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq”. Yang lainnya berdo’a, “Ya Allah, berikanlah kehancuran bagi orang yg enggan berinfaq”.”. (HR. Bukhari dan Muslim )

Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat yang mana tidak ada naungan selain naungan Allah….seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah yang ia rahsiakan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Peliharalah wudhuk, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya”. (HR Muslim)

“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.” (HR Muslim)

Beristighfarlah sentiasa, 

“Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim)

“Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”. (HR Abu Daud)

Fadhilat yang terang lagi nyata. Tinggal kita mahu mengambil peluang atau enggan. Semuanya terpulang pada kita. Sama ada ingin mengikut kata0kata iman atau surhan syaitan.

Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Be a good Muslim!

Salam kasih sayang~🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: