UTP I-Fest: Allah will keep His promises!

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih~

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat pagi semua!

Pertama kali sejak 4 tahun saya menyertai RM, inilah kali pertama event dakwah secara besar-besaran diadakan. I do hope, this will open our eyes and heart towards Islam.

Bukan nama yang kami pinta. Cukuplah dengan kembalinya kita semua kepada Islam.🙂

http://ifestutp.blogspot.com/

Allah yang tidak akan mungkir

Mendengar satu video ceramah seorang Ustaz yang mengajar Kitab Al-Hikam, sedikit sebanyak memberikan kesan pada hati saya. Bahawa, sungguh janji Allah itu benar. Tetapi, kenapa masih ragu dengan janji Allah? Walaupun, janji2 itu telah lama tersemat dalam Al-Quran…

Pelik, bila kita masih mempersoalkan. Aneh bila kita masih berasa syak. Hairan bila mana hati tidak membenarkan.

Betapa banyak kisah-kisah terdahulu, yang mengiakan kebenaran kata-kata Allah. 

Firman Allah SWT, bermaksud

“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Tidak ada unsur penangguhan janji Allah dalam ayat di atas. Cuma, syarat-Nya perlulah dipenuhi.

Yup, Allah akan tolong bilamana kita menolong agama-Nya.

Maksudnya, jika kita enggan membantu menyebarkan Islam dan menegakkannya ke tempat tertinggi… Maka tiada bantuan dari Allah itu.. 

Masih ingat kisah perang Badar?

313 vs 1000? Logik akal mengatakan, “Ah, mana mungkin 313 dapat mengalahkan 1000?”

But, Allah dah tunaikan janji-Nya!

Teringat doa baginda Nabi s.a.w semasa perang Badar;

“Ya Allah, tunaikanlah janji-Mu. Jika Engkau mengizinkan mereka menang dalam peperangan ini, maka tidak akan ada lagi yang akan menyembah-Mu selepas ini.”

Sehinggakan Saidina Abu Bakar yang bersama Rasulullah s.a.w berkata,

“Wahai Nabi Allah, tidakkah sudah cukup permohonanmu kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, karena sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi seluruh janji-Nya kepadamu?”

Maka Allah berfirman, 

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, ‘Sesungguhnya Aku akan men datangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut- turut’.” (QS. Al-Anfal: 9) 

See? Islam telah menang pada ketikanya Allah menunaikan janji2nya…🙂

Allahuakbar!

***************************************************************************

Saya tidak terlibat secara langsung dalam i-fest. Mungkin tidak layak saya mengatakan ini. Aggaplah ia hanya perkongsian kata seorang hamba.

Ingatlah wahai adik2 dan sahabat2, perjuangan Islam tidak dihampar dengan karpet merah. Ia sentiasa punya onak dan duri kerana itu lumrah. Bukan namanya perjuangan, jika mudah. Jalan kita jalan syurga!

Yakinlah dengan janji Allah.

Berdoalah, kerana Nabi Muhammad s.a.w walau telah dijanjikan dengan kemenangan dalam Perang Badar, tetap sentiasa sujud, beribadah dan berdoa kepada Allah. Which means, segalanya datang dengan kesungguhan kita menolong agama Allah. Tidak ada satu pun kemenangan yang datang tanpa usaha!

Benarkanlah kata-kata Allah dalam hati. Lihatlah dengan mata hati.

Yakin, bahawa Allah tidak akan memungkiri janji-Nya. Jika ia belum berlaku, there’s must be something yang syarat2 Allah, kita masih belum sempurnakan. 

Sekali lagi, 

Perjuangan ini bukan perjuangan yang dihampar dengan karpet merah. Tiada kesenangan abadi sebelum keperitan.

Kerana jalan kita jalan syurga! Jalan bertemu cinta kasih Allah yang Esa!

Salam kasih sayang.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: