Baiti Jannati

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t.

“Ilham, apa perancangan ko lepas ni?”

Sambil tersenyum-senyum, agaknya tidak biasa diterjah soalan sebegitu.. Adik lelaki saya  yang umurnya 21 tahun ni pun menjawab,

“Kumpul duit, nak kawin.”

Saya mengangguk-angguk. Jawapan seperti yang dijangka. Dalam hati kata, ‘hebat adik aku ni.. mungkin kawan sebaya dia pun tak terfikir nak kawin lagi.. biasanya fikir nak enjoy dulu. Bagus dik, siapkanlah perisaimu juga untuk menjadi seorang suami, bukan dengan wang semata2..’

“Ha.. rizal2, apa plan?”

Sambil menepuk2 bahunya, saya bertanya.. Tergelak-gelak dia. Tapi dia tahu, soalan saya memang serius. 

“Kije la.. Aku x macam ilham, lambat lagi kot kawin.. target 29 tahun. kije dulu, kumpul duit, tolong mak dan abah..” 

“Kata nak sambung blaja..”

“Tengoklah nanti, ingat nak g giat mara je..”

“Baguslah..”

Terselit kekaguman terhadap karakter kepada susuk tubuh yang ‘kurus mengeping’ ni. Bertanggungjawab. Balik raya haritu, rizal belikan peti sejuk untuk mak.. Menggantikan peti sejuk yang selalu rosak akibat beli second-hand. Moto baru pun dibeli juga untuk memudahkan dirinya ke tempat kerja. Kata mak, rizal dan ilham selalu bagi mak duit bila gaji. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah dikurniakan adik-adik seperti ini.🙂

Bagi menghangatkan sesi sembang petang tu, saya pun berkongsilah perancangan saya yang memerlukan komitmen adik-adik saya juga. Family planning!

Jumpa pun kadang2, balik bercuti ni mari lah kita rancang sesuatu. hehe. Seronok bila dapat berjumpa. Sedikit sebanyak bercakap tentang kehidupan adik-adik saya yang telah melangkah ke alam kerja. Cabarannya banyak, apatah lagi ingin istiqamah melaksanakan perintah Tuhan.

Mengimbau sejarah-sejarah lama,

Sungguh, saya hanyalah seorang kakak yang mahukan kebaikan untuk adik-adiknya. Namun selalu sahaja langkah saya silap. Bertindak mengasari dan memarahi bukan langkah yang bijak. Impaknya, adik-adik jadi benci, rimas dan tak suka sampai ada yang tidak mengaku keluarga. 

Muhasabah diri sebagai seorang insan, saya bukan selalunya betul. Tujuan yang benar perlu tampil dengan tindakan yang bijak.

Maka, saya ubah pembawakan diri saya.

Daripada kakak yang suka marah-marah, kini saya lebih meraikan. Menjadi seorang pendakwah, tidak usah selalu menghukum. Didiklah mereka, fahamilah mereka. Mungkin saya yang belum cuba mengenali jiwa mereka. 

“Kenapa aku rasa kosong sangat-sangat ni? Mungkin sebab aku jauh dari pencipta aku sendiri..”

Terkesan dengan status Facebook rizal. Begitu mengesankan jiwa. Namun. yang sedihnya ada komen-komen yang menyakitkan..

“Ko ni mcam dah xde iman je..”

Astaghfirullah. Sahabat2, siapalah kita nak ukur nilai iman seseorang. Ukuran iman seseorang hanya Allah yang tahu. Kita bukan sesiapa, hanya hamba yang hina. Jangan suka menghukum manusia membabi buta!

Apapun, status Facebook tersebut menyedarkan saya. Walau bagaimana seseorang itu, dia pasti ingin kembali pada fitrahnya.🙂

Daripada menjadi seorang kakak yang dingin, saya jadi lebih penyayang. Penyayang untuk memenangi hati adik-adik saya. Yang penting perlu kerana Allah. Saling cinta kerana Allah, kan lebih indah..

Hidup di alam kampus banyak mengajar saya, walaupun saya tahu ramai yang kisah hidupnya sangat hebat. Diuji dengan ujian yang berat. Tapi, cukuplah ujian yang mampu ini mengajar saya untuk menjadi lebih matang, lebih memahami insan.

Adik-adikku, ketahuilah bahawa kakak sangat sayang kepada mu. Mari kita menuju syurga-Nya bersama-sama. Akak taknak masuk syurga sorang-sorang. Mari kita bersama menggapai redha-Nya!

Siapapun mereka, mereka tetap darah dagingku. Mereka tetap kekasihku yang punya tempat dalam segenap ruang hati. Pimpinlah mereka Ya Allah ke jalan-Mu yang lurus. Hindarilah diri-diri kami dari lembah-lembah dosa. Penuhkanlah hati kami dengan cahaya-Mu. 

Salam kasih sayang sahabat.🙂

3 thoughts on “Baiti Jannati

  1. smpai ati kan..adik yg sorg nie ne ad mse depan kan..xde prancangn hidup n mse depan..xpe la..y sorg keje y x bg duet kt mak,xmcm abg2 due org tu..haha,,kan2!!xpe..diri ni pun da xbrtanggungjwb pd sesiapa pun..xpela..wasalam

    • alahai.. merajuk pulak dah..🙂

      xmasuk dlm blog, xsemestinya xdihargai.. kan adik sekolah lagi.. sebab tu akak x masukkan dalam blog..
      adik2 lain pun akak xmasukkan juga, leha, zai, zila, kakak nor.. tp xsemestinya akak pinggirkan..

      cuma tengok kat bawah post tu, post ni utk smua adik2 akak.. menyatakan akak sayang adik2.. saje letak kisah tu.. nak cite semua adik2 nt panjang pulak post..

      ok?

      jgn merajuk2, xensem nt..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: