Seindah Sekuntum Doa

Assalamualaikum w.b.t.

Belek-belek kertas-kertas lama, tiba-tiba terjumpa semula sajak yang saya karang sendiri. Tersenyum sendiri saya. Sajak ni saya tulis dalam masa 5 minit dalam sebuah program. Usaha saya tidak sia-sia apabila sajak saya terpilih untuk dibacakan di hadapan para peserta. Tapi bukan saya la yang baca.. Orang lain yang menjadi wakil.

Let’s share the poem. 

Aha~ Agak2 tajuk apa? :-) 

Tengok gambar kat bawah ni pun dah boleh tahu.. 

Baitul Muslim Idamanku

Cahaya nur Ilahi,

Menjadikan terang seluruh dunia,

Tanpa-Nya tiadalah kita,

Tiada-Nya tiadalah cinta,

Tanpa cinta tiadalah manusia.

Namun,

Cinta seharusnya dilahirkan dengan dasar cinta kepada Tuhan,

Di atas jalan lurus,

Di atas nama perjuangan,

Bukan namanya cinta barakah,

Tanpa didasari iman.

Kupohon dalam setiap rintihan doa,

Kumohon dalam sujudku,

Moga Baitul Muslim ini menjadi mahar syurga,

Anggotanya menjadi ahli-ahli syurga,

Hati-hati mereka dekat dengan Allah yang Esa.

Atas nama perjuangan, 

Biar Baitul Dakwah ini hasilnya pejuang Islam,

Biar ikatan ini hasilnya hati-hati yang hampir dengan al-Quran,

Meng-islah seluruhnya menjadi perindu syurga ar-Rahman.

Baitul Muslimku,

Bukti kasihku pada as-Siratul Mustaqim,

Islahkan saudara,

Biar menjadi bukti wujudnya cinta kita,

Bahagia hingga syurga. 

-The End-

*******

‘ Tuhan, andai benar satu hari akan kau serahkan diriku buat seorang Adam, biarlah dia seorang yang punya fikrah yang kuat berdakwah, yang tidak redha dengan kemaksiatan, yang lincah mentarbiyyah umat, yang tidak langsung berlengah untuk menyerah harta dan jiwanya pada jalanMu, yang tenaganya tidak sedikit pun berbaki untuk dia mengejar dunia, yang hatinya tertaut pada masjid, yang malamnya hidup untukMu dalam tahajud yang menyuci jiwa, yang apabila aku memandang wajahnya, bertambah-tambah pujianku buatMu, yang apabila melihat akhlaknya, melimpah-limpah kerinduanku pada KekasihMu, dan tidurnya dalam dakap kitab suciMu kerana letih mentadabbur Al-Zikr, yang bibirnya tidak sunyi dari lantunan zikir dan hafazan surah-surah penghibur hati, yang apabila katanya penuh nasihat dan guraunya adalah sedikit kerana gentar akan kematian yang bila-bila masa sahaja menjemput.’ (Quoted)

****

Ketahuilah bahawa setiap bait kata lahir dengan harapan.

Ya Allah, doaku agar jodoh yang telah Engkau tetapkan untukku, adalah hamba beragama yang taat kepada-Mu.

Hadir dirinya melengkapi diriku,

Siapkanlah dirinya sebagai suami seorang mujahidah, sebagaimana aku mempersiapkan diriku sebagai isteri seorang mujahid.

Amin.

Salam kasih sayang.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: