Bangkit dan bangkit kita pemuda!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, hari ni bermula kehidupan saya sebagai seorang Final Year Final Student in UTP. Doakan urusan saya dan sahabat2 dipermudahkan, grade dengan cemerlang ye kawan2..🙂

Beberapa hari yang lalu sempat saya menjejakkan kaki ke tempat yang saya rindu-rindukan. Walau sekejap cuma, saya cukup sedih meninggalkan tempat tersebut. Saya pasti akan terkenang suasananya, manusia-manusianya, ilmu-ilmunya.

Itulah sebuah taman ilmu yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga!

Siapa yang mahu merasa berada di taman syurga, marilah kita menuntut ilmu!

Sambil mendengar alunan surah yusof yang cukup menenangkan kotak fikiran saya, saya menuliskan baris-baris kata. Mengingat kembali saat saya di sana. Indah dan amannya terasa.🙂

‘Tok’ yang Hebat!

Bertemu dengan seorang nenek yang membahasakan dirinya sebagai ‘Tok” membuatkan hari saya lebih bermakna.

Dari jauh terasa kagum melihat seorang nenek berusia yang berjalan perlahan sambil dibantu dengan sebatang tongkat. Perlahan langkahnya, tapi penuh dengan kesungguhan dan ketaatan menunaikan perintah Tuhan di surau berdekatan. Saya sendiri terfikir, kalau saya tua-tua camni nanti belum tentu saya senasib dengan nenek ni. Allah bukakan pintu hatinya, tapi belum tentu Allah bukakan pintu hati saya dan kekuatan pada saya. Berdoalah kita suapaya istiqamah hingga ke akhir usia.

Pendek kata, saya pun tegur la nenek ni.. At first, teragak-agak juga saya.. Nak panggil makcik ke nenek ni? Nak panggil makcik sepertinya pelik. Nenek saya lagi muda dari nenek ni. Nak panggil nenek pun, kedengaran seperti terlalu tua.. Erm, apa-apa je la..

“Assalamualaikum w.b.t., mak cik..”

Nenek tu pun menoleh pada saya, dan memberhentikan langkahnya. Tersenyum dia. Saya menghulurkan tangan menyalami nenek tersebut. Saya selalu terfikir, dah tua-tua nanti (kalau panjang umur la), kedut-kedut begini juga saya…

“Nak balik mana mak cik?”

“Tu tok duduk kat pondok depan tu, yang paling depan sekali.” Exchange ‘mak cik’ kepada ‘tok’, dengan loghat kedah.. Nasib baik faham.

“Tok duduk kat pondok tu ke? Dah lama?”

“Lama dah, 6 tahun tok duduk sini. cucu-cucu tok depa rajin mai sini kalau cuti-cuti ka.. senang la depa cari pondok tok, depan nu jah..”

“ooo.. tok x balik kampung ke..?”

“raya haritu tok dah balik dah.. orang-orang tua memang ramai tinggai sini. cari ilmu, dah tua-tua ni..”

Dalam kotak fikiran saya.. ‘selalunya, dah tua-tua la kita nak bersama cucu-cucu kita. keluarga kita etc..tapi.. erm..”

Banyak yang kami sembang. Nak ikutkan boleh je saya pergi dulu meninggalkan tok tersebut, tapi disebabkan rasa kasihan dan rasa hormat.. saya pun berjalan di sebelah tok lambat-lambat dan perlahan. 

Semakin banyak saya tahu, semakin kagum saya dengan tok ni.

Tapi apa yang paling mengesankan saya di pagi subuh tu ialah..

“Tok ada ajak kawan-kawan sebaya tok mai sini. ngaji ilmu. tapi depa xnak, depa kaya, nak kerja lagi, jaga cucu.. Bagi tok, orang-orang tua cam tok ni, patutnya xpayah dah cari dunia ni. xbawa mati pun.. esok kat kubur xdak sapa nak tolong tok.. lainlah orang-orang muda cam kamu ni, kene cari dua2 nak bawa Islam”

“Tok takut kat depan Allah nt, Allah tanya tok, tok xdapat bawa amalan apapun kat Allah. Kalau anak-anak dapat bagi pahala xpa, kalau pahala anak-anak pun xcukup.. sapa nak tolong tok kat sana…tok la yang kene cari sendiri”

Subhanallah. Semasa tok menyampaikan kata-kata akhirnya, dia menangis. Kami pun sebak. Terkesan di hati. Inilah mereka yang punya iman. Takut bertemu di hadapan Allah dengan tidak membawa apa-apa bekalan. 

Bagaimana dengan kita yang masih muda remaja?

Adakah kita sekental ‘tok’ untuk pergi ke masjid setiap kali waktu solat?

Adakah kita sungguh-sungguh seperti ‘tok’ untuk menuntut ilmu?

Atau kita hanya menghabiskan masa muda kita dengan perkara yang sia2..?

Bangkit dan bangkit wahai kita para pemuda!

Jangan biarkan masa kita berlalu pergi tanpa manfaatnya. Tanpa redha-Nya.

Kuat, tegap dan mapanlah di jalan Allah yang Esa.

Jangan pernah kita berpaling!

Mari jadi pemuda yang dirindukan SYURGA!

****

Dah tua nanti saya nak jadi seperti tok.

Gigih menuntut ilmu. Teguh dalam agama. Taat melakukan ketaatan.

Yang paling penting sekali,

saya mahu istiqamah dalam Islam.

Nanti iring saya ke kubur ye bila saya mati!

Terima kasih.

Salam kasih.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: