Ketika iman ini mengadu lemah…

Assalamualaikum w.b.t.

Benarlah kata-kata Nabi Muhammad s.a.w, keberadaan di dalam majlis-majlis ilmu ibarat berada dalam taman-taman syurga!

Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Apabila kamu melewati taman syurga, hendak kamu ikut sama menikmatinya. Sahabat bertanya: Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah? Ujar Baginda SAW: Ialah majlis ilmu.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

Malam itu saya pulang dalam keadaan hati yang berbunga-bunga. Iman di hati terasa sedang mekar bersinar. Langkah saya lebih bersemangat. Jiwa saya lebih mapan. Hati saya lebih yakin!

Mendapat tarbiyah akal yang akhirnya membuahkan iman merupakan satu kenikmatan buat anak panah Islam. Ia menjadi satu kekuatan untuk lebih maju mara kehadapan. Bukan semata-mata dengan semangat, tetapi dengan kefahaman. Semangat mungkin akan hilang. Hanya dengan kefahaman, semangat itu akan kembali menggerakkan langkah sang pejuang. Hanya dengan kefahaman juga, diri menjadi istiqamah dalam Islam. Berdiri teguh memperjuangkan agama, meletakkannya sebagai agama yang tertinggi.

“Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi dari Islam.”

Teringat kata2 Bilal Bin Rabah dalam setiap majlis yang ia hadiri,

“Aku Bilal Bin Rabah, dulu aku seorang hamba. Tetapi Islam datang memuliakanku.”

Diri saya semakin mantap. Saya yakin, begitu juga sahabat-sahabat saya yang hadir bersama. Semuanya memuhasabah diri. Merenung kembali apa lemahnya diri yang kononnya bersedia bersama-sama memperjuangkan Islam.

Lalu, saya ingin coretkan di sini. Agar kalian juga mendapat manfaatnya walaupun sedikit. Dan ia untuk saya juga yang mahu menjadikan pengalaman manis ini sebagai kenangan dalam hidup saya.😉

Ketika Iman Ini Mengadu Lemah

Ketika iman kita mengadu lemah,

paksalah diri membaca lembaran-lembaran al-Quran.. akan terbit rasa rindu pada Alllah di dalam hati..🙂

Ketika kita merasa susah untuk bangun solat tahajud,

renunglah amalan kalian di siang hari.. Adakah ia penuh dengan dosa atau dihiasi pahala?

Kerana kemampuan untuk solat tahajud di waktu malam, berkait dengan dosa dan pahala kalian pada hari tersebut.

Oleh itu, muhasabah dan sucikanlah diri kita sebelum tidur.

Setiap kali kita merasa terbeban dengan kerja-kerja dakwah yang kita lakukan,

sujud syukurlah dihadapan Allah, kerana kita telah mempunyai jawapan di hadapan Allah tentang apa yang telah kita buat pada masa muda kita..

Kita sering mengadu lemahnya hati bila berhadapan dengan ikhwah/akhawat,

Ingat bahawa dua cinta tidak akan bersatu dalam satu hati jika tidak didasari iman,

Sekiranya cinta kita kerana iman, cinta syahwat akan berlalu pergi dan cinta Allah akan hadir dalam hati kedua2 insan.

Kita sering mengadu susah menghafal al-Quran,
Maka carilah masa untuk al-quran. Kepayahan kita untuk menghafal adalah kerana kita tidak memperuntukkan waktu untuk al-quran.

Kita sering mengatakan yang kita tidak bersedia memimpin usrah, 

maka contohilah sifat para sahabat Nabi s.a.w.,

Pada malam hari diislamkan, keesokan harinya berjaya mengumpulkan berbelas orang untuk diusrahkan.

Kalian sering mengadu terasa hati,
Ketahuilah, terasa hati adalah lumrah manusia. Jika kita melayan terasa hati,itu adalah titik mula gangguan syaitan.

Istighfarlah, luahkan rasa pada yang selayaknya. Jika kita memendam rasa, ia akan menjadi seolah2 seperti sebuah bom waktu yang bisa meletup bila-bila masa.

Kalian dikurniakan Allah dengan demikian sifat pemurah,

Ada yang tiada wang, tetapi tetap memberi infak. Rezeki yang Allah beri pada kalian adalah menjadi seorang pemurah, dan kalian tidak pernah menguzurkan diri tanpa sebab.

Inspirasi dari perkongsian seorang ustaz. 

Ya Allah, Ya Muqallibal Qulub.. Tsabbit Qulubana ‘ala dinik, wa’ala to’atik.

Wahai Allah yang membolak balikkan hati, tetapkan hati-hati kami di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.

Amin.

Salam kasih.🙂

One thought on “Ketika iman ini mengadu lemah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: