Life Drama

Assalamualaikum w.b.t.

Drama A

Wanita Tua: Haih, tak gunalah ada jiran ni.. ada jiran pun perangai camni.. xyah ada jiran lagi bagus.

Cucu: Kenapa dgn nenek tu? Nak marah je.. tak bersyukur agaknya kita duduk dekat2 ni. boleh tengok2an dia..

Anak: Alah.. Biasalah tu, yg dekat dihina2. Yang jauh dipuji2.

Drama 2

Kawan A: Biarlah! Yang kau sibuk pasal aku ni apahal?

Kawan B: Aku cuma nak tolong..

Kawan A: Apa yang ko tahu pasal aku? Semua orang salahkan aku. Korang bukan faham pun aku. cuba korang ada kat kasut aku..

Kawan A, menangis. Kawan B tergamam.

Drama 3

Kakak: Biarlah, aku tahu apa yg aku buat.. 

Adik: Ko tu cakap je tahu.. Berbuih mulut aku cakap, xberubah2 juga

Kakak: Ish, aku tahu la.. Tak faham ke? ko ni keje membebel je..

Adik: Susah la cakap dengan orang mabuk cinta ni.. Angau!

Drama 4

Mak: Mak suh kamu belajar, kamu malas. Tak nak pergi sekolah.. 

Anak: Erm, malaslah mak nak belajar. Bukan boleh berjaya pun kalau belajar

Mak: Kesian kat bapak kamu tu.. Siang malam cari duit. Kamu xbelajar, menipu pulak tu.

Anak: Ish, mak ni boleh tak jangan membebel? Asyik2 cakap benda sama.. Belajar, belajar, belajar! Bosanlah!

Anak keluar bersama kawan2nya. Mak terasa sakit di hati.

Drama 5

Girlfren: Saya xboleh hidup tanpa awak. kenapa nak tinggalkan saya?

Boyfren: Saya dah bosan hidup dengan awak. Awak menyusahkan saya.

Girlfren: Tapi dulu awak kata awak sayangkan saya.

Boyfren: Tu dulu, bukan sekarang. Awak ni permainan saya je

Girlfren: Apa awak kata?

Boyfren: Tu la awak, sape suh ikut kata2 jantan cam saya ni. Haha. Perempuan cam awak ni memang mudah dipermainkan. Murahan.

Girlfren: Tapi awak dah sentuh saya? Kalau saya mengandung macam mana?

Boyfren: Cane saya boleh jamin tu anak saya? Entah2 ramai dah lelaki awak tido.. Gugurkan je anak tu!

Drama 6

Suami: Saya menyesal kawin ngan awak! 

Isteri: Kenapa sampai cam ni ni abang? Apa abang cakap ni?

Suami: Kamu xbagi kebahagiaan pun dalam hidup aku. Mandul!

Isteri: Saya tahu saya xboleh mengandung. Tapi kenapa sampai abang cakap camni?

Suami: Aku nak anak, faham x? Aku nak kawin lain..

Terketar sang isteri. Sampai hati si suami.

Drama 7

Majikan: Apa kamu buat ni? Banyak salah. Apa yang kamu fikir ni? Keje cam ni pun xboleh buat ke?

Pekerja: Maaf bos. Saya xsengaja.

Majikan: Maaf, maaf, maaf? Bape kali dah kamu buat salah ni?

Pekerja: Maaf bos. Saya betulkan sekarang..

****

Begitulah sebuah sketsa kehidupan. Ada banyak lagi.

Tetapi mengapa perlu bertengkar.

Kenapa perlu bermasam muka.

Kenapa perlu menghamburkan kata-kata yang hina.

Kenapa perlu menyalahkan orang lain.

Kenapa perlu marah sehingga tidak berakhlaknya kita.

Kenapa perlu melanggar batas-batas agama untuk hidup.

Kenapa perlu menentang arus Tuhan.

1. Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus.
(Al-Isra’:9)

2. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.(Ali-Imran:103)

3. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: “Berilah wasiat padaku.”

Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)

4. Drp Usamah bin Syarik, katanya:

Kami duduk di sisi Rasulullah s.a.w seolah-olah di atas kepala kami ada burung (kami duduk diam). Tiada seorang dikalangan kami bercakap. Tiba-tiba kami didatangi orang, mereka bertanya: “siapakah hamba Allah yang dikasihi Allah?” jawab baginda: “mereka yang berakhlak mulia.  ( Riwayat ath-Thobarani)

5. Sabda nabi s.a.w

“Sesungguhnya perbuatan jahat dan ungkapan keji bukanlah daripada (ajaran) islam. Islam seseorang yang paling baik ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. (Riwayat at-Tarmizi)

6. “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian  dan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.  Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong.” (Riwayat al-Tirmizi )

****

Kehidupan bukan tempat menanam dosa tetapi menuai pahala untuk bekalan.

Dunia bukan tempat menjadikan diri manusia hina, tetapi tempat menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Raikanlah, maafkanlah, hargailah setiap apa yang Allah pinjamkan kepada kita sementara waktu.

Kerana semua yang ada akan pergi. Dan bila ia pergi, tidak ada masa lagi untuk kita meminta dikembalikan semula ke dunia.

“Dan mereka (para penghuni neraka) itu berteriak di dalam neraka itu : “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan amal yang shaleh berbeda dengan dahulu telah kami kerjakan.” (Fatir: 37)

Life is all about choice. 

Salam kasih🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: