Tarbiyah dari Allah: Kisah 4 Sahabat

Assalamualaikum w.b.t.

~ Gambar Hiasan yang tiada kaitan, tp comel kan? ~🙂

Alhamdulillah, perjalanan musafir selama tiga hari memberikan seribu satu makna buat saya. Bersama dengan tiga orang figura hebat, yang dua dari kalangan mereka cuma saya kenali dari jauh, menjadikan nilai tambah kehidupan saya lebih tinggi. Menjadikan saya lebih memahami manusia dan sisi hidup mereka. Dan akhirnya menjadikan saya lebih mengenal Tuhan. Tiada siapa yang menetapkan kehidupan melainkan dengan izin dan kebijaksanaan-Nya. Allah al-Hakim. 

Manusia punya pelbagai ragam dan karakter. 

Manusia juga punya pemikiran yang berbeza.

Ada yang pendiam, tetapi sebenarnya dia bijak menganalisis. Diamnya diam berisi. Bukan diam yang tidak berfikir. Bukan juga diam yang langsung tidak peduli perihal manusia, dan masyarakat.

Ada yang pelik, tetapi sebenarnya peliknya dia itu yang unik. 

Siapa di antara kita yang berani melemparkan kasut sendiri betul-betul tepat pada wajah seorang lelaki? Bukan suka-suka. Tetapi kerana he deserved it. Berani? Mungkin kita tidak. Tetapi dia berani.

Dia sukakan cabaran. Suka berfikir. Di mana fikiran itu sangat perlu untuk menggerakkan sesebuah organisasi dengan lebih kehadapan, dengan pembaikan. Perubahan untuk menjadi lebih baik. We change for betterment.

Ada yang happy go lucky sehingga terkadang terpaksa menjadi diri yang lain. Bukan kerana dia mahu, tetapi kerna keperluan dan kepercayaan anak buah. 

Dia berfikiran positif. Menjadikan apa yang berlaku dalam hidupnya sebagai redha. Pasti ada hikmah tersembunyi.

Saya tersenyum. Senyum terharu kerana hari ini saya diberi peluang untuk lebih mengenali sahabat-sahabat saya sendiri, keluarga mereka dan karakter mereka. Dan hari ini juga, membuat saya lebih mengenal Dia. Rupa-rupanya, pada setiap kejadian itu ada tarbiyah dari Allah yang akhirnya akan membentuk siapa kita pada masa akan datang.

Tarbiyah Si Dia

Sahabat A

“Ayah ana selalu menangkan kakak ana. Ana tak puas hati dengan kakak ana. Apa kakak ana nak, semua dapat. Tapi ana memang susah nak dapat..”

Saya tidak tahu apa motif seorang ayah. Sepertinya ada unsur pilih kasih. Tapi saya melihat tarbiyah Allah di situ melalui tarbiyah seorang ayah. Tarbiyah yang Allah rencanakan untuk sahabat saya ini lebih berdikari pada masa remaja dan dewasanya, tidak mengharap kepada keluarga semata-mata. Dan sebenarnya didikan Allah ini menjadikan dia lebih senang bersama sahabatnya, lebih banyak berfikir tentang sahabat, dan tidak mementingkan diri sendiri. Kerana dia masih ada sahabat. Hadiah dari Allah.

Mungkin sebab itu dirinya sangat menghargai moment bersahabat yang dirinya ada. Prinsipnya ‘meletakkan diri sendiri dalam kasut sahabat’, tidak mudah dilakukan. Tidak juga mustahil untuk direalisasikan.

“Ayah ana happy go lucky, suka buat cita-cita lawak. Mungkin sebab tu ana cam ni..”

Bayangkan jika tiada manusia yang happy go lucky seperti sahabat saya ni, mesti hambar kan hidup di dunia?😉 Allah send someone to us, for us to learn something. Value yang orang sekeliling kita ada biasanya mendidik kita sesuatu. Boleh jadi buruk, boleh jadi baik. 

Sahabat B

“Kawan-kawan lelaki ana dulu kata ana garang. Diorang kata, if cakap dengan ana macam cakap dengan lelaki.”

“Ana gila event dulu. Aim ana nak masuk TEC, CONVO, ICN tapi x kesampaian…”

“One word describe diri ana, ana ni pelik.”😉

Yes, she is. 

Critical, seek for challenges, kadang2 confuse dengan diri sendiri. Perkara-perkara yang berlaku pada dia sewaktu masih kecil dalam berorganisasi, sangat membentuk dirinya pada masa sekarang. Cara berfikir yang kritikal, cara melihat sesuatu, sangat berbeza dengan insan biasa seperti saya. 

Satu perkara yang saya suka tentang dia adalah pengalaman-pengalaman yang dia ada. Pengalaman hidup sendiri yang boleh memberi panduan kepada susuk tubuh diri yang bercelaru. Setiap apa yang Allah jadikan kita, pasti ada hikmah Allah rancangkan.

Sahabat C

Dia ni menarik! Figure yang susah untuk bersuara, hatta nak cerita tentang diri sendiri sekalipun. Tetapi dia seorang yang hebat. Seperti saya katakan, diam dia diam berisi, diam yang hebat dalam bekerja, dan memudahkan urusan orang lain. 

Saya rasa dia patut menulis diari atau blog seperti saya. 

I know, he has many things to tell. Tapi kadang2, ada perkara yang mungkin susah untuk diberitahu. 

Anda excellent. Sebab apa? Cakap sikit, buat kerja banyak. Dalam situasi sekarang, ramai yang bercakap banyak.. Sikit pula kerjanya.

Conclusion: you walk the talk!

Sahabat D

Saya? Saya banyak belajar dan menjadi matang melalui keluarga saya sendiri. Banyak diuji oleh Allah dengan keluarga, membuat saya lebih sabar menghadapai cabaran. Tidak cepat melatah, tidak cepat marah. 

Rasa banyak dah saya cerita dalam blog ni. Cari la ye..🙂

****

Saya sebenarnya tertarik dengan kisah-kisah sahabat saya. Bagaimana mereka membesar. Bagaimana mereka dididik. Dan saya lihat perkara tersebut membentuk diri mereka sekarang. 

Saya kagum bagaimana Allah mengatur semua ini. Saya kagum bagaimana Allah membentuk kami. Sungguh, Allah punya banyak misteri. Hikmah Allah selalunya tidak nampak dek manusia. Tetapi, at the right time Allah akan tunjukkan kepada kita. 

Dan saya kagum, bagaimana akhirnya Allah mempertemukan manusia-manusia yang berbeza dalam satu jalan dakwah, dalam satu berorganisasi Islam dengan matlamat yang sama.  

Seperti mana Allah mempertemukan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a.. dan seperti mana juga Allah mempertemukan kaum Ansar dan Muhajirin.

Ya! Kita mungkin berlainan pendapat dan keadaan, tapi kita akan bersatu di arasy Allah s.w.t.. Bersatulah kerana Islam. Raikan perbezaan, carilah titik-titik persamaan.

p/s: antum bertiga orang hebat! thanks for everything friends. 

Salam kasih🙂

One thought on “Tarbiyah dari Allah: Kisah 4 Sahabat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: