Kisah Seorang Saufi

Assalamualaikum w.b.t.

~Kasih ibu dalam ‘Hafalan Solat Delisa’~

Kisah Seorang Saufi

Saya masih ingat waktu itu. Khabar berita diterima tentang beberapa orang sahabat kampus yang mengalami kemalangan di kawasan Ampang. Nama mereka cukup saya kenal. Hati semakin meronta hiba apabila mendapat tahu salah seorang dari mereka berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa dimasukkan ke ICU. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Peristiwa berdarah yang cukup memberi impak kepada segenap hati insan bernama ibu, bapa, keluarga dan sahabat-sahabat taulan. Apatah lagi dirinya sendiri. Beberapa bulan dia koma, tidak sedarkan diri. Pendarahan dalam kepala, tulang belulang yang patah, struktur kulit badan yang membuatkan dirinya tidak kelihatan seperti dulu. Itulah dia, Saufi.

Betapa saya kasihan melihat Saufi waktu itu. Keadaan yang sepertinya tiada harapan lagi untuk hidup. Saya masih ingat betapa ramai sahabat-sahabat Saufi datang melawat. Masing-masing menangis, tidak menyangka sahabat mereka sedemikian rupa. Saya masih ingat air mata ibu dan ayah Saufi. Kalimah istighfar yang terbit dari bibir seorang ibu sekarang ini terngiang-ngiang di cuping telinga saya. Kalimah yang mungkin menjadi penguat dirinya. Kalimah ketabahan seorang ibu.

Saya masih ingat bagaimana ibu Saufi menceritakan watak Saufi sebagai seorang anak. Simple tetapi membuatkan saya sebak. Lelehan air matanya cukup menggambarkan apa yang sosok tubuh ibu itu rasai.

“Abang long anak yang baik.. Abang long anak yang baik..”

Beberapa kali diungkapkan dan di ulang-ulang.

Ya Allah, kuatlah Saufi. Ramai yang menantimu.

Saufi yang dikenali ceria kini terlantar tidak mampu bergerak dan berbuat apa. Matanya, bibirnya, seluruh tubuhnya dapat saya rasakan terseksa menahan sakit perit. Tetapi saya tahu Saufi kuat. Kekuatan yang saya yakin datangnya dari doa ikhlas sahabat-sahabatnya. Kekuatan yang datang dari doa tidak putus-putus ibu dan ayah. Dan berkat doa itu, Saufi meskipun berbeza, kini sedang menghadapi fasa-fasa pemulihan setelah fasa-fasa getir hidupnya bertarung nyawa. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Dia menetapkan segala yang terbaik untuk diri seorang hamba.

Keluarga ini sangat dekat dengan hati saya. Saya juga masih ingat senyuman ibu menerima kedatangan kami ke hospital setiap hari. Wajahnya ceria. Ungkapan terima kasih tidak pernah sekalipun dirinya lupa. Saya begitu terharu bila ibu Saufi mengatakan sesuatu kepada saya suatu ketika..

“Lama nazihah xdatang.. Mak cik rindu. Entah kenapa, dekat rasa kat hati..”

Saya masih ingat senyuman manis ibu itu.😉 Ini mungkin hikmah Allah. Begitu banyak perkara yang ditunjukkan oleh Allah dengan peristiwa yang berlaku pada Saufi. Saya melihat tulusnya hati sahabat-sahabat. Saya juga melihat redhanya hati seorang ibu.

Redha Hati Ibu

Bersyukur pada Allah, tempoh hari mencatatkan satu lagi kenangan indah hidup saya menziarah keluarga Saufi. Seronok berjumpa ibu dan keluarga Saufi. Melihat perkembangan Saufi yang sudah mampu duduk di atas kerusi roda, sudah mampu makan sendiri, sudah mampu memahami bait-bait kata ibunda, keluarga dan sahabat-sahabat, buat saya rasa sangat bersyukur. Alhamdulillah atas segala nikmat.

Saufi masih tidak mampu bersuara. Namun ada hikmah yang Allah susun aturkan disebaliknya. Saya kagum melihat ibu dan bapanya.

Sesekali berjumpa banyak yang diceritakan oleh ibu Saufi sendiri…

“Abang long kenal kawan-kawan dia..klu tunjuk gambar, die kenal semua yang najihin tu.”

“Abang long masih ingat adab.. klu orang datang, dia boleh jemput minum dan makan.. hormat tetamu.”

“Abang long masih ingat solat. die suka tengok oasis yang zikir2 tu, selalu die menangis..”

“Pernah abang long tanya.. ‘kenapa banglong jadi cam ni..?’ mak cik cerita sebab memang dia xingat..”

“Pernah abang long kata… ‘mak xrasa apa yang abang long rasa..'”

“Abang long pernah bagitahu… ‘bang long boleh sabar.. tapi adik-adik boleh x sabar dengan abang long?'”

Kental hati seorang ibu. Kental memahami apa yang cuba disampaikan anaknya dengan isyarat tangan dan bahasa badan. Saya kagum bagaimana ibu mengajar seorang Saufi erti redha menerima ujian. Saya kagum melihat ibu yang sabar menjaga dan melayan anaknya dalam keadaan dia juga tabah melawan perasaan hiba. Saufi masih bukan seperti kita yang biasa. Kadang-kadang dia merajuk. Kadang-kadang dia menangis. Saya faham perasaannya. Cuba bayangkan dia yang tidak mampu bercakap dan bersuara, meluahkan hanya melalui isyarat.. Sudah pasti tidak semua yang dapat dia luahkan. Sabarlah Saufi. Masa yang terbaik akan tiba juga, insyaAllah.

Benarlah kata-kata Allah. Diberikan ujian itu kepada mereka yang mampu menanggung beratnya bebanan, seiring juga dengan kekuatan iman. Allah memberikan ujian supaya kita jadi insan kuat dan lebih matang menghadapi hidup.

Saufi yang kuat semangat, ibu dan ayahnya yang tabah, adik beradiknya yang menerima, mengajar saya banyak perkara. Selalu juga terfikir, kalaulah saya yang diberikan ujian sebegini berat, adakah saya mampu? Wallahualam.

Sebelum pulang dari rumah Saufi tempoh hari, sempat saya merasa sebak. Terfikir-fikir kembali apa yang diungkapkan  oleh ibu Saufi.

“Abang long jangan nangis abang long, malu la kawan-kawan tengok.. Mak ajar abang long 3 benda kan?”

Saufi mengangguk-angguk lalu menunjukkan isyarat 3 jari.

“Apa tiga tu? Cuba bagitahu..”

Bersungguh Saufi membuat isyarat jari membentuk huruf-huruf ‘U’, ‘S’, ‘A’, ‘H’, ‘A’. Sungguh, hati yang memerhati saat itu merudung hiba. Tinggal air mata yang bergenang ditahan-tahan untuk tumpah.

“Yang kedua apa abang long?”

Saufi menunjukkan isyarat tangan seperti orang berdoa.

“Yang ketiga apa?”

Isyarat jarinya membentuk huruf-huruf yang akhirnya membentuk perkataan ‘TAWAKAL’.

Beberapa hati menjadi saksi, dan saya yakin hati-hati itu juga merasai apa yang saya rasa.

Saya sempat meninggalkan pesanan pada Saufi..

“Saufi, enta kene kuat! Ramai tunggu enta..” Dan dia mengangguk.🙂

Sungguh, enta kuat Saufi. Kerana itu Allah memberi enta ujian sebesar ini.

Dan di sisi Saufi ada seorang ibu penyayang yang setia. Mungkin tidak terbalas jasanya. Ibu Saufi setia kala susah dan senang. Ibu saya juga. Ibu anda juga. Hargailah kasih sayang mereka.

Inilah Saufi

~Saufi berkopiah putih, berjaket biru putih~

Wajah Saufi mungkin berbeza selepas ini. Tetapi value yang dirinya ada tetap sama. Taat perintah Allah, menghormati tetamu, baik pada ibu bapa dan sahabat-sahabat. Sama-sama kita doakan Saufi dan sedekahkan al-fatihah. Al-Fatihah.

Saya belajar erti redha. Setiap kejadian dan ketentuan pasti ada sebab dan hikmah.

Allah knows best.

Tapi adakah kita masih melihat hikmah tatkala kita sedang menerima ujian berat?

Persoalan untuk difikirkan.

Salam kasih😉

12 thoughts on “Kisah Seorang Saufi

  1. Saya dulu intesaber jugak, tapi saya masuk time Form 4 jadi tak kenal batch2 before tu. Tapi post akak ni sangat terkesan di hati. Peringatan kepada kita semua supaya sentiasa jadi anak yg baik, prepare diri dengan amal soleh🙂
    *Semoga dia cepat sembuh, insyaAllah.

  2. Salam semua..sy sekadar ingin berkongsi tentang saufi…dia sekrg da bole berjalan perlahan2..da bole solat..ambk wuduk sendri…bertwitter…berckp…yg pasti kebijaksanaan yg ALLAH bg berikn ttp kekal walaupun mengalami kecederaan yg lampau..da satu lagi kuasa ALLAH ni saufi masih bole mengingati semue suarh al quran..

  3. Mungkin wajh die berbeza tp die ttp saufi yg dulu..walaupun die selalu tanya np ni jadik kat die tp die ttp kuat semangat…menerima semue dengan ati yg terbuka…walaupun setiap kali berbork ngan die air mata ttp akan bergenang tp kita kn kuatkan semangat saufi….abg long bole…yakin…berdoa bnyak kepada yg satu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: