Sod Ba Ra

Assalamualaikum w.b.t.

This picture calming me😉

Tersenyum sendiri melihat gelagat kehidupan diri akhir-akhir ini. Begitu banyak perkara berlaku. Tidak terjangkau dek fikiran saya bahawa apa yang berlaku sekarang boleh terjadi. Setahun dua lalu saya langsung tidak terfikir. Begitulah akal manusia. Manusia mana yang dapat mentafsir kehidupannya sendiri pada masa hadapan.

Ya, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Allah jua perancang terbaik. Allah plans the best for us. So, don’t worry.

Kalau kita hilang sesuatu pun, yakinlah Allah akan ganti dengan yang lebih baik untuk diri kita. Manusia kadang mempersoal kerana ia tidak yakin dengan janji Allah.

Sabarlah meniti kehidupan kita. Boleh jadi ia banyak mehnah, banyak rintangan dan ujian. Tapi yakinlah ujian-ujian itu yang akan mematangkan. Rintangan-rintangan itu yang membuat saya rasa berTuhan.

Kalau rasa susah, kembalilah pada Dia. Bergantunglah pada Dia. Hanya Dia yang memahami diri saya dan kamu.

Kalau rasa tidak sabar, bisikkanlah pada diri bahawa kamu orang yang sabar. Ingatlah Nabi kita. Dia ditimpa kesusahan yang maha hebat tetapi masih mampu bersabar.😉

Kalau rasa nak lari dari masalah, positifkan diri. Masalah bukan hadir untuk kita lari. Masalah hadir untuk kita hadapi. Jadikan ia satu peluang. Bina mindset yang baik.

Lihat orang Gaza. Saat Israel membedil mereka, tidak selangkah mereke beranjak tetapi mereka hadapi dan akhirnya digelar syahid fisabilillah. Seberat manakah ujian kita jika dibanding dengan saudara kita di sana? Ya Allah selamatkan Gaza, kuatkanlah hamba-hamba-Mu di sana. Syahid mereka bahagia bertemu Allah.

***

Dissertation telah dihantar, poster presentation Rabu ini disamping banyak lagi kerja-keja dan amanah yang masih belum sempurna diselesaikan.

Ya Allah, kurniakan kami keberkatan masa. Amin.

Harini hati saya sejuk bila mendapat kalimah keramat dari seorang sahabat,

“denyut d kepala tu dapat pahala harapnye sbb bjuang kan cik nazihah :)”

Akhir kata, doakan saya dan sahabat2. Moga berkat hidup kami mendapatkan redha Allah s.w.t..

Doakan juga untuk Gaza. Tanah itu tanah kita, tanah mulia Islam.

***

Whatever you do, Allahlah pelindungmu!

Dan perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat sarang; padahal sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. [al-Ankabut, 29:41]

Sayang kamu semua lillah😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: