It’s already 2013!

Assalamualaikum w.b.t.

dn_01.1

Percikan bunga api di ambang tahun baru 2013 @ Putrajaya

Selamat menyambut tahun baru 2013! A new year with a new aim and planning may be. Erm, tapi tengoklah gambar kat atas tu. Konsert dan percikan bunga api, puluhan ribu orang mungkin yang hadir, tapi berapa ramai yang dapat memperbaharui imannya menghadiri acara seperti ini. Kasihan melihat ramainya anak muda yang kehausan hidayah dihidangkan dengan hiburan melampau sekaligus mematikan hati. Tak setuju? You can drop your comment after this.🙂

Bukankah lebih baik jika dianjurkan program-program ilmu di ambang tahun baru? Program yang dapat meningkatkan kualiti sahsiah dan akhlak anak muda sekaligus menambah nilai iman dalam jiwa mereka. Macam kat bawah ni.. Ratusan ribu yang hadir. Alhamdulillah. Malangnya, TV3, Tv1, TV2 tak promosi program-program ilmiah seperti ini. Bila nak berubah ni? Haih..

UAI

Poster sambutan tahun baru anjuran kerajaan negeri Selangor

Ok, itu selingan sebenarnya sebelum saya meneruskan tulisan saya. Tapi tahun-tahun selepas ini, cuba latih diri kita untuk menyambut tahun baru Islam pula iaitu bulan Muharram. Ramai yang terlupa. Dan latihlah diri diri untuk menyambut tahun baru dengan rasa kehambaan pada Allah. Teringat kata-kata Ibnu Mas’ud;

“Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah.”

Bagaimana pula dengan kita?

Jalan hidup yang baik perlu bermula dengan permulaan yang baik. Oleh itu, jangan mulakan tahun baru kita dengan maksiat. Pahala tak dapat, dosa pula yang bertambah. Na’uzubillah.

Dan teringat juga pesanan Tuan Guru Nik Aziz, ulama’ yang kita kasihi;

tgna

Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.

Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelusuk dunia Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihanraya umum yang ketiga belas. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan yang akan menyebabkan kita menyesal di hari akhirat. Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar. Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman, Ameen. 

YAB TGNA – 31 Disember 2012

4 years back!

Alhamdulillah, 30hb Disember yang lepas saya telah pun berjaya menjawab Exam yang terakhir sebagai student degree di UTP. InsyaAllah, tiada aral berniat menyambung pengajian Master di kampus area KL, at the same time nak keje tolong mak abah. Wallahu’alam mampu atau tidak. Believe that Allah will help.😉

Perkara yang paling saya berat dan sayang untuk tinggalkan adalah keluarga besar saya di sini. Saya pasti akan merindui suasananya, keceriaannya, cabarannya dan tentera-tenteranya. Itulah sahabat-sahabat saya. Pengalaman berada di sini sebagai seorang pelajar dan juga salah seorang ahli Rakan Masjid UTP banyak memberikan pengalaman yang tidak ternilai harganya. The best teacher is experience right?

Rasanya nak rakamkan sedikit pengalaman sepanjang 4 tahun setengah di sini walaupun tidaklah banyak sepertimana sahabat-sahabat lain.

22122010528

A trip to Terengganu @ end of 2010

SONY DSC

Ziarah rumah hayu @ early 2010

IMG_0325

AGM RMUTP @ 2012

149044_1515907855645_1172915576_31238419_366502_n

HICOM & EXCO RMUTP @ 2011

2013-01-01 00.22.35

Gift from Bulatan Zinnirah @ 2012

Tersenyum sendiri membaca note dalam buku;

“Ke arah preparation Baitul Haraki..” 

Dah matang adik-adik Bulatan Zinnirah saya rupanya.😛

539146_4440020728412_1406830717_n

Aidilfitri @ 2012

411477_433285183379512_179264842_o

Mujahidin @ 2012

NCSA

National Conference for Student Activism @ 2012

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Khemah Ibadah @ 2010

20121113_122539

Sahabat OKU @ 2012

Terima kasih Ya Allah atas kenangan-kenangan manis ini. Ada banyak lagi yang tidak mampu dirakamkan dengan sekeping gambar.

Ada suka ada duka yang mengajar erti kehidupan dan mematangkan diri sebagai insan kerdil.

Bermula tahun 2013, saya bakal melangkah ke fasa yang baru dalam diari kehidupan saya. Dari alam belajar kepada alam kerjaya. Dari alam kampus ke medan realiti. Saya pasti semakin banyak cabaran yang akan datang.

Doakan saya dan sahabat-sahabat supaya dikurniakan Allah yang terbaik dalam kehidupan dunia akhirat dan istiqamah dalam perjuangan Islam hingga syahid di jalan Allah, amin.

Doakan supaya dipermudahkan.

May Allah bless you! Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya!

Terima kasih & mohon maaf semua.

Salam kasih😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: