Penipuan demi penipuan!

Assalamualaikum w.b.t.

Saya tak faham kenapa media suka tipu rakyat sekaligus memperbodohkan rakyat. It is already 55 years old penipuan ini berlaku. Haish, tolong la insaf. Kesian pada mak and abah saya, makcik pakcik di kampung.. Mereka tidak ada internet seperti saya. Mereka juga tidak melihat sendiri perhimpunan-perhimpunan sebelum ni. Apa yang mereka ada, cuma siaran tv1, tv2, tv3 dan surat khabar utusan serta berita harian yang tak sudah2 menipu. 

Anda tak dapat apa-apa dengan menipu. Anda cuma menghina dan memperbodohkan diri sendiri!

Dan kalau anda menang pun, anda akan digelar tidak adil dengan kepimpinan anda. Anda menipu. 

Ingat, Allah akan balas setiap apa yang kita buat kat dunia. Kecil mahupun besar.

Sekitar HKR112

Reality Case

hkr

Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.

Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.

Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan – tidak kira saiz dan bilangan peserta – boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0.

Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang,  nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman.

Source:

Sinar Harian: KL112 

tv3 Case

****

Malas nak tulis panjang2. Anda ada internet kan? Juga ada akal. Nilailah mana yang benar, mana yang salah.

Jangan butakan mata dan hati untuk terima kebenaran. Kebenaran harus ditegakkan walaupun pahit. 

Siapa saya yang menulis semua ni?

Saya adalah salah seorang dari mereka yang bersama dalam KL112, saya adalah saksi penipuan media kerajaan. 

Salam kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: