Langkah Kaki Itu

Assalamualaikum w.b.t

footsteps-in-the-sand

Kaki yang melangkah, adakah ia melangkah pada jalan yang benar?

Arah yang dituju, adakah ia pada batas arah yang selamat?

Hari yang ditempuh, adakah ia juga atas matlamat yang teguh?

Hati yang memilih jalan, arah dan langkah.. Adakah hati itu memilih dengan iman dan akal?

**********

Welcome to the Team!

Hampir 4 bulan bekerja di syarikat so called Global Management Consulting, mengajar saya banyak perkara. Saya suka learning environment di sini. Tak perlu malu bertanya apa-apa sahaja perkara yang kita tak tahu kepada sesiapa sahaja. Bos, senior, atau junior semuanya open minded dan sedia untuk berkongsi apa yang mereka tahu. Kadang saya takut juga digelar NOOB, atau JAHIL, tapi tak kesahlah. Malu bertanya sesat jalan.🙂

Tapi cabarannya besar juga.

Jagalah harga diri dan maruah. Prinsip perlu dijelaskan agar mereka faham. Walaupun tidak akan cukup dengan cuma sekali. Jelaskanlah sehingga mereka mengerti.

Mereka tidak tahu kerana mereka non-Muslim, dan mereka adalah lelaki-lelaki yang tidak memahami batasan wanita Muslim. Majority of them are not local. So, you have to explain to them. Tak salah nak bercampur, tapi perlu jaga batas-batas yang ditetapkan.

Dan hari ni di alam kerjaya, saya sedar yang situasi orang bekerja sangatlah berbeza dengan alam kampus. Alam kampus memang sangat suci. Sangat menjaga. Tak boleh duduk semeja. Dan biasanya geng-geng usrah akan label muslimat yang duduk semeja dengan lelaki itu ada masalah ikhtilat, walhal dia belajar.

Bila anda bergelumang dengan alam kerjaya, dan bekerja seperti saya.. anda akan tahu betapa yang berlaku di alam kampus itu akan susah untuk kita laksanakan di luar. Melainkan anda bekerja dalam cube masing-masing dan tidak bercampur gaul dengan orang.

Tapi bak kata kawan2 saya.. Mungkin kalau kita tak jaga batas kita dari kampus, kita takkan ingat bagaimana nak jaga batas di luar which suasananya lagi mencabar.

Jadi, nasihat saya pada adik2 dan sahabat-sahabat. Ingat yang kita bawa imej Islam, kita perlu tunjukkan reputasi yang baik dalam pekerjaan dan juga akhlak yang baik. Jangan sampai kita korbankan prinsip kita untuk memuaskan hati boss kita dan pasukan kita. Jangan sampai kita tidak beringat dalam membuat apa-apa tindakan. Tetapi, jangan sampai batasan kita menjadikan kita tak reti berkomunikasi dengan orang. Fleksible kan diri kita dalam batasan yang ada.

One more thing, jaga la diri kita dengan ingatan kita pada Allah. Kalau kita tak jaga Allah, bagaimana mungkin Allah akan jaga kita. Sesibuk mana kita, hayatilah alquran walau sebentar. Rehatkan diri dan doa dalam solat.

Dunia ni berada dalam genggaman Allah. Di mana pun kita berada, pada masa bila pun..

Photo0384

A part of my team members during dinner

Congratez Saufi!

Alhamdulillah, sempat menzirahi saufi beberapa minggu yang lepas. Sesiapa yang tidak mengetahui kisah Saufi ni, boleh klik Kisah Seorang Saufi (EP1) dan Kisah Seorang Saufi (EP2)

Rasa teruja melihat Saufi yang sudah boleh berbicara. Kalau dulu dia berbicara dengan hanya menggunakan isyarat tangan, kini dia sudah boleh berbicara dengan mulut dan lidahnya sendiri. Alhamdulillah.

20130518_181357

Saya dan kawan2 bersama ibu dan adik Saufi

Terima kasih pada sahabat-sahabat dan rakan taulan yang tidak putus-putus mendoakan Saufi. InsyaAllah, ada rezeki nanti kami datang lagi ye.

Bukit Larut

Dalam kesibukan kerja pada hari-hari biasa, saya sempat meluangkan masa sebentar untuk ke Bukit Larut, Perak pada hari minggu. Merancang untuk mendaki bukit yang hanya 18 KM. Alhamdulillah, saya berjaya sampai ke puncaknya dan turun semula pada hari yang sama. 

Rasa tenang melihat pemandangan alam yang saya sangat rindukan. Kerja di hiruk pikuk KL kadang membuatkan diri sendiri terasa serabut. Jadi, ambil masa sebentar untuk merehatkan diri dengan perkara yang kita suka. Mu’aiyashah alam, merehatkan minda dan exercise pada masa yang sama.🙂

Photo0305

kaki bukit larut

Photo0340

puncak bukit larut

Photo0347

pemandangan indah di tengah-tengah perjalanan (kamera xbape cantik)

Next mission! Saya nak pergi pantai!

Reward to Family

Minggu yang lepas sempat balik ke kampung menatap wajah mak abah serta adik beradik. Kakak semakin sihat dengan anak-anaknya yang semakin comel. Adik-adik yang lain pula ada pelbagai kerenah. Adik-adik yang masih kecil, tak habes berebut bila ada makanan. Bergaduh je masing2. Biasalah budak kecik..

Yang dah besar2 dan bujang, masing-masing dengan kerja masing-masing. Ada yang baru nak amek lesen, ada yang masih mencari-cari arah, dan ada yang sedang mengumpul duit nak kawen. 

Sesekali kumpul, seronok bersembang. ^_^

Sempat jugak pergi kenduri kawen sepupu saya yang baru je berusia 22 tahun. 

photo0223

Pelamin indah si pengantin

photo0231

bersama adik-adik cilik🙂

Sempat juga bawak balik buah tangan dari KL untuk mak, umi dan kakak. Kain-kemain ^^

Photo0389

kain pasang

Rezeki ni jangan kita kedekut untuk berkongsi dengan orang lain terutamanya dengan orang-orang yang kita sayang. Ramai orang yang tidak bersedia berkongsi, sebab mereka fikir rezeki yang mereka dapat adalah untuk mereka sahaja. Padahal, ada hak orang lain dalam rezeki yang kita dapat. Ada hak untuk diberi sedekah. ada juga hak untuk diberi hadiah dan sebagainya. 

Bila kita banyak memberi, rezeki kita insyaAllah semakin berkat dan hati pun rasa semakin tenang. ^_^\/

********

Berhati-hati dengan langkah kaki kita. Semak kembali sama ada ia di jalan yang benar atau sebaliknya.

Mohon petunjuk Allah dalam setiap tindakan yang kita mahu lakukan.

Rabbi Yassir wa la Tu’ass ir ya karim.

Salam kasih🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: