Common Sense.

Assalamualaikum w.b.t

akhlak

‘Common sense’.

Apa definisi ‘common sense’? 

Menurut kamus Mr. Google ia bermaksud, 

‘good sense and sound judgement in practical matters. e.g: “use your common sense”‘

atau

‘the ability to think and behave in a reasonable way and to make good decisions’ 

atau menurut bahasa falsafah,

“Common sense itu jika dibahaskan dari aspek falsafah memang panjang lebar diskusi mengenainya. Tetapi cukuplah saya ringkaskan iaitu suatu PERSEPSI yang dikongsi bersama oleh kebanyakan manusia akan betulnya penilaian mereka terhadap sesuatu itu.” -Ustaz Hasrizal

Ada perkara yang kita pandang remeh atau ‘take for granted’, tetapi ia besar kesannya pada kehidupan orang lain.🙂

Situasi 1: 

Seorang gadis berjalan dengan semangat ke stesyen bas pagi itu. Pergi kerja. Baru sahaja hendak menunggu masa tiba untuk menaiki bas, datanglah seorang pakcik atau abang ke arah berdekatan.  Gadis itu tidak membenci sedikit pun lelaki itu, tetapi… ‘Saya benci asap rokok pak cik..!’

Selalu berlaku pada diri saya. Saya bukan nak marah pak cik/abang2 nak hisap rokok. Tapi kalau boleh, jangan sampai terkena pada pakaian orang lain. Natijahnya melekat bau. Dan kalau boleh, jangan sampai orang lain terbau asap rokok yang durjana itu. Ia memberi kesan jangka panjang pada orang lain.

Kalau ayat yang mungkin kasar sedikit.. ‘Nak hisap rokok boleh je pakcik, tapi pak cik boleh tolong telan asap sekali x?’

Ataupun

‘Pak cik nak bahayakan diri sendiri boleh, tapi jangan bahayakan orang lain..’:/

Moral of the story:

  1. Tolong pandang kiri kanan depan belakang sebelum menghisap rokok. Ia bahaya untuk orang lain juga, dan boleh menyebabkan orang lain rasa tidak senang hati dengan kita.
  2. Tolong rasa bertimbang rasa dengan orang lain. Saya sangat menyarankan agar perokok-perokok sekalian tidak merokok di tempat awam, lebih-lebih jika di tempat itu ada orang yang sedang mengandung dan sebagainya.
  3. Rokok membahayakan kesihatan.
  4. Jangan la buang puntung rokok tu merata-rata. Common sense kan..  :-)

Situasi 2:

Situasi di tempat awam, selepas turun dari sebuah bas.

Kelihatan beberapa orang hamba Allah, dengan sukarela membuang tiket bas merata-rata selepas turun dari bas. Yang paling menyayat hati sekali adalah apabila tong sampah cuma beberapa langkah sahaja dari mereka.

Situasi di atas jalan raya, ketika sedang memandu.

Kelihatan kereta di bahagian depan membuka tingkap, menghulurkan tangan ke luar dan tiba-tiba..

Satu bungkusan air yang telah kosong (hanya berisi ais) melekat di depan cermin kereta saya, dalam keadaan saya sedang memandu.:/

Situasi di sebuah tapak ceramah/pertandingan/perlawanan bola sepak.

Sampah kelihatan di merata-rata tempat.

Saya tidak dapat membayangkan jika Malaysia tidak ada pekerja yang tolong menyapu sampah di jalanan setiap hari. Tak dapat bayang bagaimana rupa Negara kita Malaysia tercinta ini.

Situasi di pantry pejabat.

Baru sudah semalam Mak Cik ‘Cleaner’ membersihkan cawan-cawan di dalam sinki, bila datang esok paginya.. Penuh satu sinki dengan cawan-cawan yang tidak dibasuh.

Moral of the story:

  1. Buanglah sampah di tempat yang sepatutnya, bukan di merata-rata tempat.
  2. Tolong berfikir dengan bijak sebelum melakukan sesuatu. Cuba bayangkan jika apa yang kita buat menyebabkan musibah untuk orang lain seperti kemalangan?
  3. Usah harapkan orang lain untuk basuh pinggan mangkuk kita, ‘It’s you who used it.. So you clean it!’
  4. Hargai pekerja-pekerja yang membersihkan kawasan kita ataupun pejabat kita setiap hari. Kerja mereka mulia kerana membersihkan, Allah suka pada hambanya yang bersih dan cantik.

Situasi 3:

Situasi di sebuah KTM.

Kelihatan seorang perempuan muda mengandung masuk ke dalam sebuah KTM menuju ke Klang. KTM padat. Seorang lelaki muda sedang duduk, berkelakuan seperti tidak nampak perempuan mengandung tersebut. (mungkin betul tidak nampak atau tidak tahu perempuan itu mengandung):/

Situasi di dalam sebuah LRT, senyap sunyi.

Tetapi, tidak semena-mena ada sekumpulan wanita sedang bergelak ketawa dan bergurau senda dengan ‘kuat’nya sekaligus menggaggu ketenteraman awam.

Moral of the story:

  1. Tawarkan tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukan. Be a gentlemen and a gentlewomen.🙂
  2. Rendahkan suara jika anda sedang berbual di tempat awam atau dalam keadaan sedang senyap sunyi. Ia mungkin mengganggu orang lain.

iman-dan-akhlak

Mungkin banyak jenis lagi situasi yang pernah kawan-kawan alami, tetapi situasi di atas adalah situasi-situasi yang kerap saya alami dalam kehidupan seharian. Di mana situasi seperti kadang-kadang memberi impak negatif kepada diri saya sebagai manusia biasa. Apapun, bak kata pakar motivasi, kita perlu selalu bersangka baik dan berfikir secara positif.🙂

Apa yang buat saya terfikir adalah, bagaimana perkara-perkara seperti ini terjadi, walhal perkara-perkara tersebut adalah ‘common sense’. Atau dalam Islam ia dipanggil ‘akhlak’.

Akhlak adalah cerminan iman. ‘Common sense’ yang semakin hilang adalah disebabkan tiadanya akhlak. Akhlak yang semakin hilang adalah disebabkan rendahnya iman. Kerana iman itu membuahkan akhlak.

Sabda Baginda bermaksud: “Tidak sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seseorang mukmin pada hari kiamat selain akhlak yang baik dan Allah benci pada orang yang keji mulut atau kelakuannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Akhlak selalu di kaitkan dengan iman, sebagaimana akar dan pohon yang baik menghasilkan buah yang baik, sebegitu juga iman yang mapan menghasilkan akhlak yang utuh.

Contohilah sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa menunjukkan akhlak dan contoh yang baik sepanjang hidup baginda dan juga selepas kewafatannya. Nabi s.a.w. adalah insan yang paling sempurna sebagai pemimpin, suami, ayah, sahabat dan sebagainya.

Saya bukan ustazah yang faqih bab-bab hadis, justeru saya tidak berani menyampaikan ayat quran dan hadis yang saya tidak pasti tafsirannya.

Tetapi sebagai seorang insan yang selalu lupa, saya juga mengingatkan diri saya untuk bertimbang rasa dengan orang lain, jaga hati orang lain dan menjaga adab dan akhlak sesama manusia. Tidak salah berkorban sedikit keinginan dan nafsu semata-mata untuk tidak menyakiti hati dan membahayakan kesihatan orang lain.

Kita tidak hidup sendirian di dunia. Allah jadikan kita hidup bersama insan lain untuk kita juga sama-sama merasa dan menjaga kebajikan mereka walaupun dengan sekecil perbuatan menawarkan tempat duduk untuk yang lebih memerlukan. Kita akan lebih dihormati di mata manusia jika kita mempunyai akhlak yang baik. Kita tidak rugi sedikit pun jika kita merendahkan ego kita dengan orang yang lebih tua.

do-good-quotes-pics-pictures-sayings-images1

Walaupun siapapun kita, berpijak di bumi. Down to earth.

Hidup bukan semuanya tentang ‘aku’, tetapi tentang mereka.🙂

What you give, you will definitely get back!

One-day-youll-be-just-a-memory-for-some-people.-Do-your-best-to-be-a-good-one

Salam kasih.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: