dia dan cinta

Assalamualaikum w.b.t.

BZRuAnTCcAA9Wxg

I want to write about him, but I can’t.

I have a lot to tell about him, but I can’t.

I have many things to share with him, but I have things that I can’t.

Malu memagari diri sebagai seorang muslimah,

Apa yang dirasakan dan diluahkan, hanya layak selepas lafaz sakinah yang indah.

Sebagai hamba Allah, diri ini cukup sedar anugerah apa yang Allah kurniakan. Cinta,

Cinta itu fitrah, tetapi menguruskan cinta itu lebih utama,

Cinta itu bukan melemahkan agama, tetapi ia seharusnya lebih menguatkan agama,

Kerana mujahadah atas rasa cinta bukan sesuatu yang mudah.

Pelihara rasa hati ini, agar terus berusaha mencari redha-Mu sebelum cinta manusia,

Agar saatnya aku hidup bersama, aku sedar apa yang lebih menjadi keutamaan,

Cinta-Mu, Cinta Rasul-Mu lebih utama sebelum cinta suami-ku,

Al-Quran-Mu, Sunnah Rasul-Mu sebelum ketaatan kepada suamiku jika dia mendidikku sesuatu yang bertentangan dengan-Mu.

Ajarkan aku cinta-Mu, sebelum aku belajar mencintai dia Ya Allah,

Ajarkan aku cinta-Mu, sebelum aku belajar mendidik anak-anakku,

Ajarkan aku cinta-Mu supaya dia juga mencintai-Mu lebih dari segala-galanya di dunia.

Tidak kisah saat aku memilih, walaupun bukan dipilih..

Aku yakin, dia pilihan Allah untukku, yang soleh, yang akan menjadi suami dan ayah terbaik untukku dan anak-anakku.

InsyaAllah, amiin.

Rabbi Yassir wa la Tu’assir Ya Karim, Rabbi Tammim bil khair.

cinta-35

Waiting for that precious moment. cinta selepas nikahūüôā

‚ÄúTiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling menyintai kecuali pernikahan.‚ÄĚ (HR Ibnu Majah dan al-Hakim).

**********

Apakah pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia¬† Tentang ‚ÄėBercinta‚Äô?
 
Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata,
1.¬†¬†¬†¬†¬†¬†Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa¬†saya tidak memujiapa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan¬†berbahaya dan syubhat. (Beliau lebih memilih perkataan ‘tidak memuji’ berbanding meletakkan ‘hukum’ samada ‘haram’ atau ‘makruh’ dsb boleh jadi kerana beliau meraikan pendapat orang yang pelbagai terhadap maksud ‘bercinta’.)
2.      Ramai orang yang memulai cara bercinta ini dengan cara yang tidak benar dan adil, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan pembicaraan yang tidak jelas dan seringkali dilakukan oleh anak muda ketika mengalami waktu kosong atau bosan.
3.      Pacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh sebahagian remaja puteri, dan ini biasanya sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri.
4.      Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudian ketagihan. Awalnya bergurau tapi akhirnya serius.
5.      Banyak situasi seperti ini berdampak kepada hal-hal yang tidak terpuji. Apatah lagi apabila dilakukan di tempat-tempat gelap, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.
6.      Dalam keadaan seperti ini, remaja putera dan remaja puteri boleh terjerumus dalam kesalahan dan kenistaan, sebab keduanya bukanlah malaikat yang suci, dan juga bukan para Nabi yang maksum.
7.      Lebih dari itu, kadang-kadang pacaran dilakukan oleh dua pihak yang tidak serasi dalam status sosial dan pendidikannya, sehingga keduanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalangnya tanpa berakhir dengan pernikahan. Dalam keadaan seperti ini, hati akan hancur berkeping-kepingdan jiwa tertekan.
8.      Saya melihat cara terbaik untuk menikah adalah cara yang dilakukan oleh masyarakat Muslim Arab sebelum Barat memerangi kita. Iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik keperibadian calon masing-masing.
9.      Perkara yang sesuai dirisik ialah: adakah sesuai antara keduanya dan kemungkinan akan berhasil menikah jika dilihat dari kemampuannya secara psikologi, kematangan akal, kemampuannya secara ekonomi, dan keadaan sosialnya, serta tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahannya darisalah satu pihak, atau keluarganya atau adat tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain sebagainya.
10.  Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentlemen)datang mengetuk pintu rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda melihat calonnya dan wanita itu melihatnya tanpa mengetahui bahawa pemuda itu berminat kepadanya. Hal ini tidak lain untuk menjaga perasaannya, jika pemuda itu tidak tertarik kepadanya dan dia belum mendapat tempat di hatinya.
11.  Apabila kapak telah menancap di kepala, pada saat itu keluarga hendaklah melihatnya dengan bijaksana dan penuh hikmah dan tidak semena-mena dengan pendapat mereka dan menolak orang yang melamarnya tanpa sebab.
12.¬†¬†Keluarga atau walinya hendaklah mengamatinya dengan baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, ‚ÄúTiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling menyintai kecuali pernikahan.‚ÄĚ (HR Ibnu Majah dan al-Hakim). Atau¬†nikah adalah cara yang paling tepat untuk mengatasi hubungan cinta kasih¬†ini, yang berhujung pada asmara dan kerinduan antara hati lelaki dan perempuan.
13.  Yang paling diperhatikan dalam Islam dari pihak suami atau orang yang melamarnya adalah agama dan akhlak, dan keduanya merupakan faktor terpenting dalam keperibadian seseorang muslimah. (Fatawa Mua’sirah, ibid, juz. 2, hal. 348-349).

tumblr_me7zgnn0Dy1qjjtdro1_500

Amanah kita~

Salam kasih.:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: