Where do you want to go?

Assalamualaikum w.b.t

yellow_wood

Tidak pasti ke mana arah harus dituju. Where do you want to go, Nazihah? Where will be your path? Where you want your career to go?

Ada seorang sahabat saya berkongsi dan mencadangkan untuk saya menjawab tiga persoalan terlebih dahulu. Ia mungkin membantu saya mencari dan memahami tentang apa yang saya mahu sebenarnya.

*SIGH* Umur dah 24 tahun, baru nak fikir dengan betul. Sebenarnya, dulu bukan tak pernah fikir.. Tetapi, selalu berubah. Tak apa Nazihah, orang putih kata.. BETTER LATE THAN NEVER!

Ok berbalik pada 3 persoalan tadi. 3 persoalan ini sebenarnya diambil dari sebuah audio book oleh Brian Tracy yang bertajuk ‘Personal Time Management’. Sesiapa yang tak kenal Brian Tracy, beliau adalah seorang motivational speaker yang terkenal dan banyak menulis buku-buku ‘best seller’ tentang ‘Personal Life Management’. Biasa orang-orang yang positif, usahawan, jutawan, kaya raya dan seumpamanya suka membaca dan merujuk buku-buku beliau.

More about Brian Tracy? Can click on his Official Site –Achieves All Your Goals and Be Successful!

Walaupun Brian Tracy ni bukan Islam, tapi Nabi s.a.w ajar kita boleh belajar dari mana-mana sumber pun asalkan ada hikmah dan baik untuk kita gunapakai untuk diri kita juga ummah.

Sabda Rasululkah s.a.w yang bermaksud:
“Hikmah itu adalah barang kepunyaan orang mukmin yang tercicir. Di mana sahaja kamu menjumpainya, maka kamulah orang yang paling berhak ke atasnya.” (HR. Al-Askari dari Anas ra)

Ambillah hikmah yang kamu dengar dari siapa saja, sebab hikmah itu kadang-kadang diucapkan oleh seseorang yang bukan ahli hikmah. Bukankah ada lemparan yang mengenai sasaran tanpa disengaja?” (HR. Al-Askari dari Anas ra dalam kitab Kashful Khafa’ Jilid II, h.62)

Berbalik kepada 3 persoalan tadi. Saya menulis di sini supaya saya sentiasa ingat dan sekurang-kurangnya saya mempunyai catatan atas apa yang saya sebenarnya mahukan dalam kehidupan saya.

1. Jika anda mendapat wang sebanyak 10 juta hari ini, apa yang akan anda lakukan dengan wang tersebut?

-Buat rumah yang selesa untuk mak abah dan adik-adik saya (to be honest, ini perkara pertama yang terlintas di benak saya apabila membaca soalan ini)

-Saya nak langsaikan hutang kereta saya/hutang pelajaran saya

-Pergi haji bersama mak abah serta keluarga saya, saya nak sponsor semua keluarga saya pergi haji guna duit ni. (berangan x saya :P)

-Saya nak support adik-adik saya belajar hingga ke menara gading, jadi mak abah saya tak perlu susah-susah.

-Saya nak buka nursery/taska yang berkonsepkan Islam, berbisnes 

-Saya nak invest duit saya main saham yang patuh syariah, so that duit tu akan bercambah-cambah. hihi

-Saya nak bukak satu markas khusus untuk gerak kerja jemaah

-Saya nak infaq banyak kepada gerak kerja Islam, kepada mangsa-mangsa keganasan di Syria, Palestine, Iraq dan sebagainya

-Saya nak sambung belajar hingga PHD, then go to psychology path (children’s psychology)

and of course, saya tak nak kerja dengan majikan lagi dah.

2. Jika anda mendapat tahu yang anda akan hidup selama 10 tahun sahaja lagi, apa yang anda mahu lakukan untuk menghabiskan masa 10 tahun tersebut?

-Saya nak jadi suri rumah tangga, saya nak nikah dan jaga suami, dan saya nak lahirkan anak-anak. So that, bila saya dan suami dapat didik anak2 ini dgn baik, mereka akan jadi saham               saya di akhirat (lepas tu tinggal kan, bagi suami jaga.. huhu)

-Saya nak wakafkan seberapa banyak asset yang saya ada, so that bila saya mati, harta-harta tersebut juga akan memberikan saham kepada saya di akhirat  

-Saya mahu berusaha sedaya upaya untuk mengislahkan keluarga saya menjadi yang lebih baik.

-Saya nak buat misi kemanusiaan, supaya saya boleh menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

-Amal ibadah ;(

ok, memang seram sejuk bila fikir hidup 10 tahun je lagi. so many things to be done in 10 years.. sempat ke Ya Allah.

3. Jika ada perkara yang anda mahu lakukan dan anda tahu anda tidak akan gagal, apakah perkara yang anda mahu lakukan itu?

-Saya nak buka nursery/taska untuk pendidikan anak-anak. Di sini juga saya akan menggunakan knowlegde children’s psychology saya tu

-eh, saya nak bukak pusat penjagaan anak-anak yang terbuang/terbiar jugak. bole ke? 

*****

Jadi, saya anggaplah diri saya dah jawab semua soalan-soalan tersebut.. So, now what? 

now-what

Saya nak mula dari mana? Nak rancang dari mana?

Dari jawapan-jawapan saya di atas, saya bole ‘summarize’kan yang saya ada beberapa fokus sahaja. Iaitu:-

1. My family life (rumahtangga, anak-anak2, current family)

2. Masyarakat (nursery, jemaah, asset, volunteers work)

3. My personal development

Ok then?

Ok sebenarnya dah kabur (blurr).

It’s ok. Keep calm.

InsyaAllah, bila saya dah jelas tentang apa yang perlu saya lakukan, saya continue semula. Kawan-kawan yang membaca, boleh la berkongsi ilmu dan pendapat ye.

-To Be Continued, insyaAllah-

Salam kasih.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: