Hati yang mati

Assalamualaikum w.b.t

Tergerak menulis tentang ‘hati yang mati’ hari ini, sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman sendiri. Ya, saya pernah mengalami gejala-gejala hati jauh dari Allah, terasa hati tiba-tiba kosong dan seumpama dengannya. Jadi terasa ingin berkongsi bagaimana rasanya hati yang kosong dan bagaimana kita menyedari dan menanganinya. Saya bukan seorang ustazah, jadi ambillah mana yang baik untuk dijadikan pengajaran. Anggaplah ini sebagai perkongsian dari insan biasa yang banyak lemahnya.

2801407387_e0602caa70_o

Definisi hati mati menurut pengalaman saya adalah apabila:-

1. Kita tahu kita melakukan dosa dan kelalaian, tetapi kita tidak cuba menjauhinya

“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”. -Syeikh Ibn Athaillah

2. Kita tidak lagi merasa kehadiran Allah dalam solat dan di saat membaca al-quran, malah hati kita sendiri tidak hadir semasa melakukan amal ibadah. Hati tidak lagi merasa lazat.

“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).

3. Kita terasa liat menyertai program-program berunsur rohani, malah rela menghabiskan masa untuk keseronokan yang tidak meningkatkan iman

4. Kita lebih suka tidur dari bangun malam, malah masa sehari tersebut dihabiskan dengan tidur yang berlebihan dan bermalas-malasan

5. Hati terasa kosong, kosong, dan kosong. Tercari-cari di manakah iman di dalam hati?😥

6. Lagi tanda-tanda hati mati? Rujuk gambar di bawah:-

tanda+hati+mati+2

Apa yang perlu dilakukan saat kita terasa hati kita semakin jauh dari Allah? 

1. Banyakkan berzikir/istighfar sambil menghayati maksudnya. Saya selalu menonton/mendengar zikir-zikir di Astro Aosis untuk upgrade iman saya (seperti sekarang). Sungguh, zikir mampu meningkatkan iman, mampu mengisi hati yang kosong kembali mengingat Allah. Jika anda seorang yang suka mendengar mp3 di telefon mudah alih anda, isikan zikir-zikir dan ayat-ayat al-quran untuk anda dengar setiap hari. Malah anda boleh memilih lagu zikir mana yang menjadi pilihan anda dan sedap didengari. Jika tidak biasa, biasakan. Jika tidak mampu secara drastik, lakukan secara perlahan-perlahan.

2. Cari ceramah/pengisian/gambar yang berbentuk tasawwuf, yang berbicara soal hati dan kecintaan pada Allah dan Rasul-Nya. Saya suka mendengar Ustaz Zulkifli Al-Bakri berbicara soal tasawwuf, sekaligus muhasabah apakah punca kosongnya hati saya. Sejujurnya, setakat pengalaman, selain usrah-usrah berunsur haraki, kita perlu cari pengisian berbentuk tasawwuf. Kerana fitrah manusia terkadang lupa, hati juga berbolak-balik.

3. Jika sudah lama meninggalkan usrah, cari usrah itu kembali. Jika sudah lama tidak menyertai program-program kemasyarakatan/keagamaan, cari program-program itu kembali. Jika sudah lama tidak berjemaah di masjid bagi muslimin, carilah kembali masjid itu. Kerana di situ kita akan berjumpa bertentang mata dengan sahabat-sahabat yang soleh. Percayalah, hati kita akan sejuk melihat kesolehan sahabat-sahabat kita. Hati akan segera terdetik mengingati Allah. Sungguh, benarlah satu hadis mengatakan bahawa sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kita memandang wajahnya, kita akan segera mengingati Allah. Saya bersyukur masih ada sahabat-sahabat begini. Alhamdulillah.

4. Buka al-quran dan tadabbur maknanya. Al-quran bukan untuk dibaca sahaja, tetapi untuk dihayati maknanya dan seterusnya diamalkan. Kadang-kadang hati kita tidak hadir sama ketika membaca al-quran dan juga ketika solat kerana kita tidak menghayati makna-makna bacaan kita. 

5. Bangunlah tahajud di waktu malam. Cari hati itu kembali. Banyakkan taubat nasuha atas kelalaian kita. Mungkin mengambil masa, tetapi percayalah lambat laun, melihat kesungguhan kita Allah akan kembalikan hati yang penuh keimanan itu kepada kita. InsyaAllah.

6. Ingat mati. Mati tidak mengenal siapa dan tidak juga mengenal usia. Mahukah kita mati dalam keadaan kita lalai?😥

Malah kata-kata Imam Al-Ghazali menyebutkan tentang pencarian hati yang hidup,

“Carilah hatimu pada tiga tempat.  Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran.  JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati.  Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

Jalan Mujahadah

Iman itu sifatnya yazid wa yankuz (naik dan turun). Maka jalan mujahadah sangat perlu dalam meningkatkan keimanan kita. Susah diawalnya dan di sepanjang jalan, tetapi manis di akhirnya. Mohonlah sesungguhnya kepada Allah, supaya dipelihara iman dan hati kita semuanya. Supaya saat kita mati, kita mati dalam keadaan bukan sahaja Islam malah berIman. InsyaAllah.

Bacaan lanjut tentang merawat hati yang mati? Klik di sini

mukmin

Salam kasih.🙂

One thought on “Hati yang mati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: