what & how

Assalamualaikum w.b.t

Hati meronta-ronta mahu menulis. Walaupun keletihan baru tiba di rumah, Allah bagi kekuatan untuk menekan-nekan papan keyboard malam ini. Ringkas sahaja hari ini.

motivasi

Selalunya kita selalu mengeluh. Bila ditimpa ujian dan cabaran, hati sering mengeluh, mulut pula tidak kurang lagaknya. 

‘Kenapalah jadi macam ni? kenapalah jadi waktu sekarang pula? kenapa dia tu tak faham2?’ Kata mulut.

Tetapi orang yang berjiwa besar selalu berprasangka baik. Selalu mencuba untuk bersyukur walaupun payah. Mereka orang yang jiwanya besar. Saat ditimpa masalah mereka tidak mengeluh, bahkan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut atau memperbaiki perkara itu pada masa akan datang.

Or the simple word is ‘always asking what and how‘.

Supaya kita tahu di mana salahnya kita, dari menuding jari ke arah orang. Supaya kita juga tahu untuk memulangkan kepada diri kita, mungkin saja kita yang berlaku sumbang. Cari di mana silapnya kita sebelum mencari salah orang lain. Dan cari bagaimana memperbaiki keadaan tersebut.

Situasi 1:

Kereta bergerak perlahan. Tiba-tiba ‘dumm’. Habis remuk di belakang.

‘Argghh.. apasal ko tak bawak hati-hati, dah langgar belakang kete aku.. sape nak betulkan ni..’ *mengeluh* *why?*

Instead of *what*,

‘Astaghfirullah, apa yang Allah nak tegur aku harini. Mungkin rezeki yang tak berkat sampai Allah tarik balik dengan cara begini..’

And ask *how*,

Berbincang elok-elok dengan kawan yang tidak sengaja melanggar (mana ada orang suka-suka hati langgar kereta orang kan?), bagaimana nak selesaikan. Ambil number telefon dia. Kalau ada insurans kereta, lagi baik.🙂

Nota: Doa-doalah agar bertemu dengan orang yang baik. Sebab dunia sekarang berbeza, kita juga perlu bijak dan jangan mudah ditipu. Take precaution step.

Situasi 2:

Kerja banyak di pejabat. Jam dah pukul 10 malam. Dalam hati menyumpah seranah para boss-boss dan rakan sekerja yang suka sangat bagi task last minute dan juga yang selalu nak kejar dateline (konon urgent).

‘Kenapalah diorg ni suka sangat kan, buat keje sampai lewat malam. lepas tu kerah kita sama. aku nak balik dah ni. dah la keje weekend, hari biasa pun balik lewat malam. this is life ke?’ 

*mengeluh lagi* *why lagi?* (boleh je nak tanya ‘kenapa’, tapi pastikan ‘kenapa yang elok’)

Instead of asking *what*,

‘Apa manfaat aku kerja kat sini, berkorban masa tenaga?. Mungkin Allah nak bagi pengalaman dan ujian sekarang supaya aku lebih menghargai masa akan datang. Dan ingat ini salah satu punca pendapatan  aku.. bersyukurlah.’

and asking *how*,

‘Macam mane cara nak buat kerja lebih effective. walaupun banyak issue yang disebabkan external factors, mesti ada yang kita juga bole take precautions.. kan?’

Situasi 3:

Suka ria balik dari kerja, alamak, tapak kasut kopak, cane nak jalan dengan kasut kopak ni..😥

‘huhu, kenapa nak rosak masa ni.. bagilah sampai rumah dulu..’

*mengeluh dan bersedih hati* *why lagi seolah-olah menyalahkan takdir Allah taala*

Instead of asking what,

‘Apa penyebab kasut ni kopak di tengah-tengah jalan? Haaa.. sebabnya tuan yang pakai tu dah tahu dah tanda-tanda nak kopak, tapi pergi lenjan jugak’

Silap sendiri di situ.😛

and asking how,

So, apa nak buat ni. Jalan je buat-buat macam orang lain tak nampak anda berjalan dengan kasut kopak. atau pergilah singgah mana-mana kedai beli selipar/sandal sementara atau terus beli kasut baru (ni kalau kebetulan ada di kawasan-kawasan membeli belah) sementara sampai di rumah.

Stay positif. Kalau tengah sesak, fikirkan lagi cara. Pengalaman saya, jalan je dengan kasut tu.. balik rumah gam la kasut tu dengan gam kasut. Jimat kan? Tidak perlu bersedih hati. weee🙂

kata kata bijak terbaru

Mengeluh tiada gunanya. We are what we see! (tersirat dan tersurat). We are what we think! The way you see things, indicate who you are!

Jadilah kita orang yang berjiwa besar, tidak cepat mengalah, dan tidak juga kalah dengan emosi. Bila saya menulis, saya mengingatkan diri saya sendiri yang selalu negatif, yang selalu suka mengeluh, dan juga selalu suka menangis akan hal-hal yang saya rasa remeh.

Please please please, Nazihah will be stronger and stronger insyaAllah. Have that success intelligent!

So friends, let us be positive and always always always bersangka baik dengan Allah.🙂

Succes Intelligent:

success

abaikan ibu jari di dalam gambar. baca isi ye.

Sekadar perkongsian dari insan biasa yang masih cetek ilmu.

Salam kasih. 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: