Bintang

Assalamulaikum w.b.t

bintang-jatuh

Alhamdulillah, nikmat melihat dan menatap begitu banyak bintang di dada langit malam ni. Subhanallah atas segala kejadian ciptaan Tuhan. Alhamdulillah atas segala kesempatan yang diberikan. Kelak, bila semua nikmat deria di ambil kembali, tidak ada lagi nikmat penglihatan, tiada juga nikmat rasa, mungkin juga tidak terasa nikmat melontarkan kata.

Kata Allah, manusia akan kembali ke zaman kecilnya bila semakin tua. Makin mengecil. Ada yang nyanyuk. Mohon dijauhkan dengan keberkatan Al-Quran dan rahmat Allah.

Melihat bintang-bintang di langit malam ini, buat saya teringat pada satu cerita Hindi popular 90-an (opps.. saya dulu memang hantu hindustan, saya peminat filem hindi zaman 90-an). Pendek kata, dalam cerita yang tajuknya ‘Kuch Kuch Hota Hai’, ada seorang adik comel ni sangat rajin mengira bintang menggunakan jari. Bukankah itu satu tindakan yang tidak masuk akal? Kira bintang? Sampai mati pun tidak akan terkira kuantiti bintang di langit. Kerana bintang itu lebih banyak dari butir-butir pasir yang ada di semua pesisir pantai di dunia sekalipun.

Itulah besarnya kekuasaan Allah.

Bila dikaitkan dengan diri yang bergelar hamba, kita semua boleh berusaha untuk mendapat apa yang dicita-citakan. Tapi tidak semestinya apabila kita berusaha, kita akan dapat apa yang kita mahu. Macam selalu berlaku kan? Kadang kita pelik, kenapa Allah tak bagi apa yang kita mahu.

Anda ada jawapannya!

Ya, kerana Allah lebih tahu apa yang kita perlu. Tapi jangan sampai menyerahkan semua pada takdir. Kita perlu berusaha! Aja-aja~!

Redha dengan Allah, bersangka baik dengan Allah. 😉

Sebagaimana berkuasanya Allah terhadap bintang-bintang di langit, Allah juga berkuasa penuh ke atas kita.

Anda tahu mengapa?

Kerana kita hamba!

Salam kasih:-)

Leave a comment