A Comeback for Good…

IMG-20150525-WA0010.jpg

gambar masa pergi menenangkan fikiran dengan cik zaza may 2015. seronok sgt heart to heart dengan kawan sorang ni ❤

 

It’s been more than 2 years since I stop blogging here! OMGGG.. hahaha. Nasib baik masih ingat username & password.

I seriously almost forgotten my own blog until one time, my friend shared me my last post in our whassap group quoting the sentences there. haha siap tanya lagi.. “ni awak yg ckp ke saya yg tulis dlm blog?” aduiii so sorry memang lupa sungguh dah..  tapi bole nampak kan saya happy dengan kehidupan saya sekarang? 😀

Btw, korang semua apa khabar eh? (eh ada ke followers blog ni? say hi klu ada k?) harap2 korang sihat je dalam keadaan baik2 ye.

—————————————————————————————————————————————-

So what happen for the past 2 years?

Yang terjadi hanyalah jatuh bangun seorang manusia. Yang mulanya jatuh terjelepok dan tak ingat macam mane nak bangun hanya kerana manusia lain. Dan kemudian bangun kembali perlahan-lahan, mencari makna dan erti kehidupan sebenar.

And I am a happy queen now!

Jika ditanya rugi ke apa yang saya hilang dulu berbanding kebahagiaan yang saya rasa sekarang, memang tak rugi langsung! and now I start questioning myself, “eh, kenape ko depress bagai nak rak mcm orang b**** dulu ea?” hahaha padahal saya memang tak rugi apa-apa.

Yang saya alami dulu bukan sekadar kehilangan seseorang yang saya sayang, tapi juga saya mengalami suatu penyakit macam ‘i am not being honest with myself’. Senang kata saya tak suka apa yang saya rasa tentang diri saya, saya rasa saya hipokrit dengan diri saya sendiri dan orang sekeliling.

And OBVIOUSLY I DONT FEEL LIKE I AM LIVING MY OWN LIFE! haaa serious kan bunyi.. dan saya pasti bukan saya seorang yang alami benda macam ni. and despite all the test, ini yang saya rasa paling berat sebab kita berperang dengan diri sendiri. dan benda ni jadi sejak saya berada di alam universiti. Secara jujurnya, saya kurang enjoy semasa saya belajar sebab perkara yang berlaku bukan atas kerelaan hati saya. Masa tu saya pula bukan jenis yang reti cakap NO!

Jadi kalau ada antara korang yang mengenali saya semasa saya belajar, itu bukan diri saya yg sebenar. Masa tu saya sedang mencari diri saya sendiri.

———————————————————————————————————————————

Alhamdulillah. Sekarang saya rasa lebih selesa, yakin dan lebih bahagia.

Sebab apa?

Sebab saya dah reti memilih hidup saya sendiri.

Saya juga melihat erti sahabat sebenar. kawan-kawan yang korang jatuh kat ceruk mana pun diorg akan cari dan selamatkan korang.

Saya juga menyaksikan bagaimana Allah membuat kita kehilangan seseoarang dan akhirnya meminjamkan kita dengan seseorang yang kita takkan jangka boleh membuat kita jauh lebih bahagia dan menjadikan kita lebih bersyukur pada Allah.

Saya juga menyaksikan perubahan dalam diri saya. Jatuh, bangun.. buat silap dan kembali bertaubat dan memperbaiki diri. Seorang manusia tidak akan menjadi insan yang baik tanpa dia tahu rasanya berbuat kesilapan dan dosa.

Dulu pernah orang kata saya macam malaikat. Ya, sebab saya tak tau makna dan haru biru realiti hidup di luar. Saya hanya mengenali realiti itu bila saya berumur 25 tahun (sebab masa kat kampus saya solehah sangat, haha). Semasa saya berjumpa dengan kawan-kawan luar biasa yang survive dalam lingkungan masyarakat sebegitu. 🙂

ok, nanti kita cerita lg k.. dan mengantuk nak sambung.

gudnite korang. Luv u!

**kite share gambar la eh sesikit hee

IMG_20160901_132230_012.jpg

you never know what are your strength, until you are tested for your weaknesses

C360_2016-04-14-18-40-06-821.jpg

the rainbow does not come so easy, it need rain & sun or even storm. (eh ada kene mengena ke :P)

IMG_20160901_140807_746.jpg

cara kita memandang sesuatu tu berbeza & tak sama.

IMG-20170706-WA0035

my very best buddy. dok terserempak mula2 dulu kat kedai makan sapa tah.. haha uols 9 org jgn jeles tau. nt i post gambar uolss pulak. kahkah

Leave a comment