180 degree of change

image

Ada seseorang beritahu saya, seminggu lepas..

‘Saya dah lain, awak pun dah lain nazihah.. Mungkin pengalaman hidup kita masing-masing menyebabkan kita jadi seperti sekarang..’

‘Awak bukan nazihah yang saya kenal dulu.. Nazihah dulu saya respect.. Awak kuat walaupun saya tak tahu mana awak dapat kekuatan tu..’

‘Nanti awak duduk duduk, awak fikirlah apa yang awak dah lain berbanding dulu dan sekarang..’

That time, ada benda yang tersekat di kerongkong.. Dalam keadaan saya sakit, tak banyak yang saya mampu kata.. Apa yang ada dalam hati saya at that moment adalah..

‘Nazihah yang awak kenal dulu tu pura-pura kuat sedangkan dia lemah. Nazihah yang dulu hipokrit.. Nampak sempurna di mata manusia, sebenarnya tidak..’

Sebenarnya itu yang saya rasa.. That hypocrisy killing me until this moment. Hakikat sebenar dalam hati saya tiada siapa yang tahu. Allah saje yang tahu. Betapa saya cuba lari dari kepura-puraan ini, no one knows. Betapa saya cuba jaga hati manusia-manusia di sekeliling saya, betapa saya sakitkan diri sendiri. Itu semua cuma Dia yang tahu.

Betapa dulu, saya tertekan dengan tanggungjawab yang ada di atas bahu saya.. Betapa dulu saya tertekan dengan apa yang saya pernah katakan pada semua orang.. Adakah saya menyesal? Ya, saya menyesal sehingga rasa.. ‘can I just go back to the old time, and I dun want this to happen’?

Bukan seorang dua yang kata, nazihah dah berubah. Bukan seorang dua yang kata, ‘saya rindukan nazihah yang dulu..’

Ramai malah ramai di antaranya kawan kawan rapat saya.

So what?

You guys want to bring me back to that old nazihah? Try to then. See what you all can do.. 🙂

******

Saya sedang mencari fitrah diri saya. Saya sedang berperang dengan diri sendiri. Mencari mana yang baik untuk saya, mana yang tidak.

Terkadang diri lemah saya ini terlalu berharap pada yang dah berlalu pergi. Dia kalah. Dia tak kuat. Dia pendam. Dia simpan. Hingga akhirnya dia mungkin mati.

Ada yang datang mengajak saya kembali seperti dulu. Ada yang datang mengingatkan saya tentang ukhuwah. Ada yang datang mengingatkan saya tentang ‘moment kita bersama’.

If you come and telling me about ukhuwah.. Maaf saya kata, ‘that is nonsense for me now..’ Dalam diri saya sekarang kata..

‘In the end, ukhuwah is just something rhetoric to say.. In the end, we are all ALONE!

Sesiapa yang kenal saya dulu, mungkin akan kata..

‘what happen to you, nazihah..?’ atau mungkin ‘are you mad saying this thing?’

******

Guys, nazihah tetap nazihah..
Nazihah tetap hamba Allah, nazihah tetap punya cinta membantu orang susah.
Nazihah tetap mahu berbakti pada keluarganya sampai mati. Nazihah tetap nak jadi isteri terbaik untuk suaminya. Nazihah tetap ingin didik zuriyatnya dengan baik. Nazihah tetap hargai sahabat sahabat yang dekat dengan dia dan orang-orang yang dekat di hatinya.

Ini semua impian nazihah, tidak pernah ada satu pun yang berubah.

Tapi ketahuilah, nazihah insan biasa. Dia tak sempurna. Kadangkala dirinya lemah. Jarang sekali saat ini dia rasa dirinya kuat.

Bantulah saya mencari diri yang fitrah. Jangan paksa, jangan mendesak. Mungkin desakan itu akan membuat saya lebih jauh.

Doakan saya jadi hamba Allah yang berperibadi mulia. Yang sentiasa bertaubat, yang sentiasa perbaiki diri untuk ke syurga-Nya.

If you love me, pray for me. Saya hargai doa kalian.

This 180 degree of change as you all think, may it lighten my life in the future.

p/s: ramai yang mungkin takkan faham post ni. Anggap je la penulis tengah tak betul.. Hahaha.

One thought on “180 degree of change

  1. Chill Nazihah!
    Akk pun pernah menganggap yg ukhuwwah tu retorik semata-mata.
    Tapi bila dah byk makan garam, kita akan nampak ukuwwah bukanlah retorik pun.
    Networking kita ni terlalu luas utk labelkan ukhuwwah tu retorik 🙂
    Terlalu ramai manusia kat dunia ni untuk kita bina ukhuwwah.
    Being alone is a choice!
    Yet you’ll never be alone pun.
    Allah is always there for you.

    Hidup kita ni kan macam roda.
    Sekejap di atas, sekejap di bawah.
    Iman kita pun mcm tu juga.
    Nobody is perfect 10 aha~
    Kita tak bole control expectation orang pada kita.
    Teguran, bagus untuk kita muhasabah.
    Cuba sedaya upaya untuk jadi insan yang lebih baik (walaupun ya Allah, ujian sgt hebat).
    Yang paling penting kita tak lupa tujuan hidup kita kannn.

    Jom sentiasa perbaiki diri 🙂

Leave a comment