Adik-adik comel saya.. :)

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menciptakan segala-galanya mengikut perancangan dan penelitianNya Yang Maha Bijaksana.. Juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana tiadalah nikmat Iman dan Islam tanpa pengorbanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah, hari ini saya terdetik untuk menulis sesuatu tentang adik-adik perempuan saya yang comel semuanya (ye ke comel..? hehe). InsyaAllah, semoga para pembaca dapat meneliti makna yang tersirat dari apa yang cube saya sampaikan hari ini.

“Dunia adalah perhiasan..dan seindah-indah perhiasan adalah wanita yang solehah.”



Ini adik perempuan saya yang pertama dan kedua. Mereka ni kembar, lahir pada 13 Disember 1996. Nama yang diberikan adalah Siti Solehah dan Siti Fatehah. Harapan saya agar mereka menjadi seindah-indah hiasan di dunia dan di syurga. Belajarlah sayang..agar kamu kelak menjadi insan yang diredhai Allah, menjadi dua kuntum mawar yang dikagumi sang kumbang..jadikan cintamu hanya untuk Allah dan rasulNya di usia ini. Jadikan Allah sebagai tujuan hidup ye sayang.. InsyaAllah, akak doakan kebahagiaan kamu. 🙂


Yang ni pulak, adik perempuan yang ketiga.  Nur Farazila namanye, nama manja adalah zila. Lahir pada  28 March 2003, sekarang berumur 7 tahun. Mari saya cerita sikit tentang adik saya yang sorang ni. Kriteria-kriteria menarik tentang zila, suka bercakap, aktif dan aggressif, suka menyanyi dan cepat belajar. Bak kata, memang sunyi rumah saya kalau zila ni xde..huhu. Memang xreti nak diam.. Harapan saya untuk adik saya yang satu ni, semoga menjadi seorang insan yang kata-katanya berbaur hikmah, bermanfaat untuk orang lain. Dan semoga kata-katamu mencerminkan akhlak yang baik dan solehah. (Zila jadi doktor Islamik tau..gantikan akak. hehe..akak dulu nak jadi doktor, tapi xkesampaian..xpe, Allah sentiasa tahu yang terbaik..)


Nur Aishah Aliya. Ingat lagi masa Aishah lahir, berebut2 saya dan kakak nak bagi nama. Tiba-tiba rasa teruja bila dah besar ni. (besar ke..? ) Alhamdulillah, Aishah lahir pada 8 November 2004, sekarang berusia 6 tahun insyaAllah. Aishah ni, seorang yang pendiam..senyap je kalau kat rumah, dan sangat manja dengan mak saya. asyik nak berkepit je.. Selalu menangis sebab kene buli ngan kakak dia yang kat atas tu. Kesian dia..Tak pe sayang, akak percaya Aishah adik akak, ni baik orangnya. Kelak akan menjadi seorang wanita Muslimah yang berjaya, menjaga kata-kata, menjaga akhlak dan pandangan mata. Semoga bahagia mak dan abah yang selama ini membesarkan Aishah. Contohilah Saidatina Aishah r.a..isteri Rasulullah s.a.w.


Adik perempuan saya yang kelima. Namanya Nurul Akma Haida.. saya panggil dia dengan nama Nurul, adik beradik yang lain panggil dia dengan panggilan Akma. Tak kesahlah panggil ape pun..hehe. Lahir pada 7 February 2008..saya masih ingat, masa tu saya masih berada dalam Program Latihan Khidmat Negara. Balik rumah jek, excited dah ada sorang lagi adik baru..alhamdulillah. Comel kan..? Nurul masih kecil..sangat besar harapan saya untuk mendidiknya sebaik-baiknya, semampu mungkin yang saya boleh usahakan. Agar dirinya menjadi sebuah manfaat besar untuk agama dan ummah..agar dirinya menjadi mujahidah Islam fi sabilillah.. insyaAllah. 🙂 (tibe2 rase rindu kat nurul..)


She is Athira Maisarah..my last adik perempuan in my family. Walaupun hakikatnya, kami bukanlah adik beradik kandung, tapi kehadirannya dalam hidup saya cukup untuk membuat saya rasa gembira. Gembira dengan kerenah dan gelak tawanya.. Athira baru je berumur beberapa bulan, lahir pada 31 Ogos 2009.. Jauh di sudut hati saya, saya risaukan athira. Tertanya-tanye saya, bagaimana kehidupannya di masa akan datang, saat dirinya dewasa dan telah pun mengerti segala-galanya. Di saat dia tahu siapa dia yang sebenarnya.. Ya Allah, kuatkan dia dengan ujian-ujian dan dugaan yang akan Engkau berikan padanya. Kuatkan dan tabahkanlah hatinya..amin.


Dan saya..?

Saya hanyalah insan biasa..

Saya hanyalah seorang kakak yang inginkan kebahagiaan buat adik-adik saya. Memberi selagi mana saya mampu untuk mendidik adik-adik saya menjadi insan-insan solehah. Mungkin mereka belum mengerti tentang semua ini..namun, anggaplah ini semua sebagai harapan seorang kakak untuk adik-adik yang saya kasihi. Membawa mereka sedekat-dekatnya kepada cinta Allah yang hakiki. Membawa mereka menghayati kebahagiaan memiliki kasih sayang Allah yang abadi. Mengajak mereka agar mengerti bahawa, begitu indahnya penciptaan mereka dari rusuk kiri seorang lelaki..Mungkin begitu tinggi harapan saya, namun, saya bukanlah terlalu mengharap..cukuplah sekadar berusaha dengan kudrat dan keazaman yang ada sebagai seorang insan yang bergantung pada Pencipta Yang Esa..

Dan anda..?

Doakanlah saya..anda sahabat-sahabiah yang saya kasihi kerana Allah.. doa kalian pasti bermakna buat saya..doa senjata orang mukmin kan..?

Semoga kita semua menjadi insan soleh solehah yang diredhai Allah dunia dan akhirat..amin.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah  dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada meraka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim:06)

~Semoga bermanfaat, salam kasih.. 🙂 ~


17 thoughts on “Adik-adik comel saya.. :)

  1. salam akak 🙂
    heee, adik akak comellahhh semuaaa! 😀

    adik akak yg last tu same birthday ngn yan. huuu 😀
    31st August :p

    comel comel comel!

    🙂

    p/s: yan terharu bace ni. harapan akak dekat adik2 sgt tinggi. mesti seronok jadi adik akak 😀 heeee 🙂

  2. Assalamualaikum w.b.t

    jannatulwardah, adik2 ukhti semua comel2..hehe..

    InsyaAllah, ana doakan enti menjadi seorang kakak yg solehah yg boleh membimbing adik2 enti..mmg besar tanggungjawab nie, tp insyaAllah enti boleh dgn bantuan dan pertolongan Allah..

    “mintalah pertolongan drp Allah dgn sabar dan solat.sesungguhnya Allah bersama dgn org2 yg sabar”

    wallahualam

    • waalaikumsalam..maaf di atas kelewatan membalas reply Hamba ALLAH

      syukran atas doanya..
      klu Hamba ALLAH seorang abang..ana doakan semoga Hamba ALLAh juga menjadi seorang abg yang baik utk adik2..

      klu Hamba ALLAH ni seorang kakak..ana doakan semoga Hamba ALLAH menjadi kakak yang baik utk adik2..

      klu xde adik..?? ana doakan semoga menjadi contoh terbaik buat keluarga..amin.

      jazakallah..

      asif ye, ana mengalami sedikit kekeliruan terhadap identiti Hamba ALLAH..

      apepun, syukran.

  3. salam ukhuwah fillah
    input2 dlm blog nie sumenye sngat imprtant bagi ana tau..
    bagus2!!!!
    truskn usaha ya…

    n the last thing,,,
    i want u know,,,
    i always love my sister…
    wasalam

Leave a reply to jannatulwardah Cancel reply